SPM – Kesan Kemerdekaan Terhadap Negara Kita – Peringkat Antarabangsa
Dasar Luar Kumpulan pertama pengawal telah dihantar ke Britain bagi mendapatkan latihan pada awal tahun 1957. Langkah ini bertujuan bagi mengukuhkan Kementerian Luar. Dasar luar negara berperanan melalui PBB dan Komanwel. Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie merupakan antara Menteri Luar yang pernah dilantik. Menganggotai Komanwel Negara kita diterima untuk menganggotai pertubuhan Komanwel setelah mencapai kemerdekaan. Penyertaan dalam Komanwel membolehkan negara kita menunjukkan komitmen dan minat terhadap isu yang dihadapi oleh negara anggota. Selain itu menjadi ahli Komanwel memboleh negara kita menjalinkan hubungan sosioekonomi dengan negara anggota yang lain. Pertahanan Negara Kerjasama pertahanan antara British, Australia dan New Zealand telah melindungi negara kita sebelum merdeka. Selepas merdeka negara kita masih belum mempunyai sistem pertahanan yang kuat dan masih bergantung kepada bantuan ketenteraan daripada Britain. Dengan ini maka wujudnya Perjanjian Pertahanan Anglo Malayan Defence Agreement ( AMDA) pada tahun 1957. Tunku Abdul Rahman turut mengekalkan hubungan yang baik dengan Britain dan negara Komanwel. Penyertaan Dalam Blok Sterling Pound sterling digunakan oleh negara kita dalam urusan perdagangan antarabangsa. Kekuatan pound sterling dikukuhkan melalui kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara berpendapatan tinggi melalui hasil bijih timah dan getah. Kedudukan ekonomi yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel ( Commonwealth Preferential Tariff System) turut pada masa yang sama memperkukuhkan kedudukan ekonomi ahli- ahlinya. Pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) Pada persidangan PBB 17 September 1957, negara kita telah diterima sebagai ahli PBB yang ke 82. Bendera negara kita dikibarkan secara Rasmussen di Ibu pejabat PBB pada 15 Oktober 1957 di New York. Prinsip PBB dijunjung negara kita iaitu melindungi hai asasi manusia. Negara kita turut mengikuti misi pengaman PBB di Congo. Ini menggambarkan kepercayaan PBB dalam memberi pengiktirafan kepada sebuah negara yang baharu dalam menguruskan konflik antrarabangsa.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|