SPM – Kedaulatan Negara – Langkah Mempertahankan Kedaulatan Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Peranan Pemerintah Undang- undang negara dijalankan berlandaskan perlembagaan. Pentadbiran yang cekap dan amalan rasuah dielakkan Mengagihkan sumber kekayaan negara secara sama rata antara kaum agar melalui pembangunan ekonomi. Peranan Rakyat Memberikan kesetiaan kepada Raja dan negara Segala usaha dan dasar kerajaan disokong bagi menjamin kestabilan politik Mematuhi undang-undang negara Mengekalkan Perpaduan Kaum Peranan Pemerintah Menggubal undang -undang dan dasar -dasar yang dapat memupuk perpaduan nasional. Mewujudkan kempen dan program yang dapat memupuk integrasi nasional dan perpaduan antara kaum. Perbelanjaan diperuntukan untuk program yang dapat memupuk semangat perpaduan. Memastikan dasar yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi kerajaan berkaitan tentang bahasa,pendidikan dan kebudayaan adalah berkesan. Peranan Rakyat Menghormati dan memahami agama dan budaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Semangat hormat-menghormati,toleransi san bekerjasama harus ada. Banyak melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan Menghayati prinsip Rukun Negara dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai langkah memupuk perpaduan antara kaum. Memupuk Patriotisme Peranan Pemerintah Bagi melahirkan perasaan cinta dan kesetiaan kepada negara Hari Kemerdekaan dan Hari Pahlawan telah diadakan Bagi mewujudkan generasi yang peka kepada sejarah negara maka subjek sejarah telah dijadikan subjek mata pelataran teras di sekolah Kempen,filem dan rencana yang bersifat patriotisme telah dilancarkan Mengabdikan nama rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara sebagai nama jalan dan bangunan. Peranan Rakyat Menghormati jata negara. Lagu. Negaraku dan bendera negara iaitu Jalur Gemilang. Menghargai dan menyanjung adat resam dan budaya negara kita. Melakarkan kejayaan dalam bidang ekonomi, sukan dan pendidikan bagi menaikkan imej negara Menghargai tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara tanpa mengira kaum,agama dan bangsa Mengukuhkan Pertahanan Negara Peranan Pemerintah Dasar dan undang-undang digubal bagi menjamin keselamatan negara. Perjanjian pertahanan dan latihan ketenteraan diadakan dengan rakan serantau dan antarabangsa Mengukuhkan badan pertahanan dan memodenkan aset ketenteraan Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia Peranan Rakyat Peka terhadap isu keselamatan negara Melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap pencerobohan terhadap sempadan negara Harus mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara Sanggup berkorban nyawa dan harta bagi mempertahankan kedaulatan negara
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|