SPM -Kedaulatan Negara – Konsep Kedaulatan
Apakah itu kedaulatan? Kedaulatan adalah satu konsep kekuasaan tertinggi dan kewibawaaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak menjalankan pemerintahan. Kedaulatan negara kita wujud pada zaman kesultanan Melayu Melaka, kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Takrif Kedaulatan Bahasa Yunani Agung atau tertinggi atau supernuus atau superanus dalam istilah yunani.Merujuk kepada negara yang bebas dan merdeka. Bahasa Inggeris Kedaulatan bermaksud sovereignity atau negara yang berkuasa penuh terhadap pemerintahan. Bahasa Arab Kedaulatan adalah daulah dalam bahasa Arab atau kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu kedaulatan bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara Pandangan Tokoh Aristotle Kuasa tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Kerajaan terikat oleh undang-undang. Jean Bodin Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. Bersifat kekal dan kuasa yang tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya. Tun Dr. Mohamed Salleh Abas Kedaulatan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa Negara merdeka mempunyai hak dan kuasa untuk menaatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing. Ibnu Khaldun Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara. Berasaskan semangat kekitaan bangsanya. Diiringi kekuatan semangat beragama yang menyebabkan sesuatu bangsa rela berkorban demi mencapai cita-cita yang sama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan. Sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Jenis – Jenis Kedaulatan Kedaulatan Tradisional Wujud sejak zaman tamadun awal manusia Pemerintahan adalah berkuasa mutlak dan seluruh urusan negara dikuasai sepenuhnya Kedaulatan negara kita berpaksi kepada kedaulatan Raja- Raja Melayu Raja adalah ketua pemerintah dengan kuasa yang tertinggi Taat setia rakyat memperkukuhkan kekuasaan raja Kedaulatan Moden Selepas Revolusi keagungan di England dan Revolusi Perancis, wujudnya idea kemunculan negara bangsa moden. Kedaulatan moden lebih fokus kepada hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan Kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme selepas Perang Dunia Kedua di mana fokus lebih menjurus kepada persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa Kedaulatan negara kita sebagai negara bangsa terbentuk melalui Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963 Kedaulatan Undang- Undang Kedaulatan Undang – undang adalah prinsip keempat dalam Rukun Negara Undang -undang harus dipatuhi oleh rakyat dan kerajaan Badan kehakiman berfungsi untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang Tujuan adalah untuk menjamin kestabilan,kemakmuran dan keamanan negara selain mewujudkan keadilan dalam hidup bermasyarakat Kedaulatan Antarabangsa Merupakan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain. Prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang telah diperkanalkan melalui Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 Negara Malaysia diiktiraf sebagai negara yang bebas,berdaulat dan merdeka dengan memaki anggota PBB Pada 17 September 1957 negara kita telah menghantar perwakilan yang terdiri daripada Dr Ismail Abdul Rahman,Ismail , Ismail Ali dan Tun’ku Jaafar untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB yang ke 12
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|