KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak

11/12/2024

0 Comments

 
SPM - Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak 

Golongan menentang dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. 

Golongan menyokong dipimpin oleh Datu Amar Abang Haji Suleiman dan Abang Haji Mustapha 

Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak 

Vyner Brooke bertindak bertentangan dengan Perlembagaan 1941

Prinsip Kelapan dalam Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak. 

Penduduk Sarawak akan dibantu dalam mentadbir Sarawak. 

Vyner Brooke telah melanggar Prinsip Kelapan Perlembagaan 1941 apabila menyerahkan pemerintahan kepada British serta menafikan hak rakyat Sarawak untuk mendapatkan pemerintahan sendiri. 

Wasiat Charles Brooke diketepikan oleh Vyner Brooke

Vyner Brooke membuat Keputusan menyerahkan Sarawak kepada British tanpa berbincang dengan Raja Muda ( Anthony Brooke) dan Tuan Muda Bertram Brooke. 

Tujuan mengapa wujudnya golongan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British kerana ingin memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke supaya dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah. 

Muslihat Gerard T MacBryan 

Pelbagai muslihat dalam bentuk sogokan, pujukan dan desakan digunakan oleh Gerard T MacBryan bagi mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan. 

Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan 

Penubuhan Kumpulan Rukun 13

Pada 20 Ogos 1948, golongan muda telah menubuhkan gerakan anti penyerahan yang dikenali sebagai Rukun 13. 

Rukun 13 ditubuhkan secara sulit oleh pemimpin Penyerahan Pemuda Melayu ( PPM) di Sibu serta dipimpin oleh Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Santong. 

Kumpulan Rukun 13 telah menyasarkan untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak. Pada 3 Disember 1949 di Sibu mesyuarat sulit diadakan untuk membunuh Duncan Stewart. 


Menulis Surat Bantahan 

BPS telah menghantar referendum bagi memansuhkan penyerahan Sarawak pada tahun 1949. 

Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM) telah menghantar surat kepada Kerajaan British di London yang menyatakan bantahan penyerahan Sarawak. 

Surat bantahan telah dihantar kepada Perdana Menteri British Clement Attle dengan Salinan kepada Gabenor. 

Penyerahan kepada British turut ditentang oleh Anthony Brooke dengan menggunakan sistem perundangan. Rayuan dibuat di Privy Council. 

Kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi British pada 16 Jun 1948, namun rayuan ditolak. 

Menggunakan Akhbar 

Utusan Sarawak merupakan wadah yang diterbitkan pada Januari 1949 dengan tujuan untuk menyebarkan idea penentangan terhadap penyerahan Sarawak. 

Kritikan tajam ditujukan kepada usaha penyerahan Sarawak. 

Sebagai contoh ulasan berita tentang tindakan Kerajaan British yang menyekat Anthony Brooke daripada memasuki Sarawak pada 16 September 1949. 

Bantahan Golongan Wanita 

Golongan Wanita yang terlibat dalam menyatakan bantahan ke atas penyerahan Sarawak ke atas British adalah Cikgu Lily Eberwein, Hajah Sipah, Tuanku Othman, Cikgu Ajibah Abal dan Dayang Fauziah. 

Cikgu Lily Eberwein mengetuai kaum ibu pergi ke rumah panjang untuk mengadakan kempen kesedaran. 

Masa dan tenaga dikorbankan untuk mengadakan demonstrai menentang penyerahan Sarawak. 

Kaum Wanita yang diketuai oleh Cikgu Ajibah Abal telah bergabung dengan gerakan anti penyerahan dalam memperjuangkan kemerdekaan Sarawak. 

Meletakkan Jawatan Beramai – Ramai 

Kebanyakan pemimpin anti penyerahan terdiri daripada guru dan pegawai perkhidmatan awam. 

Pekeliling No.9 / 1946 ( Circular No. 9) telah dikeluarkan pada Disember 1946 yang melarang pegawai awam menyertai gerakan anti penyerahan. 

Seramai 4099 kakitangan Kerajaan meletakkan jawatan pada 2 April 1947 termasuk guru, petugas pos dan telegraf, Jabatan Marin,Perubatan dan Kesihatan, Jabatan Tanah dan Ukur, Bomba, Jabatan Kerja Raya dan Perbendaharaan. 

56 orang pelajra maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian sebagai bantahan terhadap Pekeliling No. 9.

Demonstrasi 

Ketika Gabenor Pertama Sarawak, Charles Arden Clarke tiba di Astana pada 30 Oktober 1946, satu demonstrasi telah diadakan. 

Demonstrasi ini diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dan disertai 16 Persatuan Melayu. 

British didesak oleh PKMS untuk berundur dari Sarawak. Antara kata yang tertulis termasuklah “ kami membantah dengan sekeras- kerasnya atas tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada Kolonial Inggeris”, “Leburkan Kolonial”, Sarawak adalah hak kami” dan “ No Cession”.

Sepanduk serta poster antipenyerahan ditampal di perahu, pokok dan jeti. 

Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM) menerajui demonstrasi di Sibu. 

Mengadakan Persidangan 

Sharkawi Osman dan Johari Anang telah menganjurkan satu persidangan yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak. 

Tujuan persidangan ini adalah untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai sebagai menentang penyerahan Sarawak.

Persidangan ini diketuai oleh Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM), Barisan Pemuda Sarawak ( BPS), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak ( PKMS), Persatuan Melayu Miri dan Kesetiaan Muda Matu dan Persekutuan Bumiputera. 

Peristiwa Sungkit Berdarah 
Gabenor British kedua Sarawak, Duncan Stewart telah ditikam oleh Rosli Dhoby dan meninggal dunia sebulan kemudian di Hospital Singapura. 

Peristiwa ini dikenali sebagai “Sungkit Berdarah”

Tindakan tegas dan keras digunakan kepada golongan anti penyerahan akibat pembunuhan Duncan Stewart. 

British menutup pejabat BPS, PKMS dan Angkatan Semanagat Anak Negeri Sarawak (ASAS) dan PPM pada 6 Disember dan 7 Disember 1949. 

Anthony Brooke pada 5 Disember 1951 kemudian merayu agar semuas persatuan anti penyerahan menghentikan usaha menentang penyerahan. 

Morhsidi Sidek, Rosli Dhoby dan Awang Rambli serta Bujang Santong dihukum gantung hinnga mati setelah didapati bersalah. 

Anggota Rukun 15 yang lain dikenakan hukuman penjara. 

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly