KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

​SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita -  Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union –  Penentangan Rakyat Terhadap Malayan Union

11/13/2024

0 Comments

 
​SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita -  Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union –  Penentangan Rakyat Terhadap Malayan Union 

Bantahan  Secara Besar – Besaran oleh UMNO 

Ahli Parlimen British L.D Gammans daripada Parti Konservatif dan David Rees Williams daripada Parti Buruh telah tiba di Tanah Melayu selepas penubuhan Umno. 

Ahli – ahli Parlimen British telah diarahkan untuk melakukan tinjauan berkaitan kebangkitan rakyat menentang Malayan Union. 

Tunjuk perasaan besar – besaran telah diadakan oleh UMNO ketika lawatan ahli Parliamen tersebut. 

Laporan telah dibuat kepada Pejabat Tanah Jajahan dengan mengatakan bahawa Sultan yang menandatangani perjanjian Malayan Union tidak menyedari kesan daripada perjanjian tersebut. 

Alor Setar Kedah
50 000 orang meyertai bantahan dengan memenuhi tebing jalan raya Dari Titi Bumbung Lima hingga Bandar Alor Setar 

Ipoh, Perak 
Perhimpunan diadakan di Pekan Ahad, Jalan Datuk, Ipoh. 
Sepanduk dibawa dengan solang seperti “Kami berkehendak Naungan Bukan Penaklukan”, “Janagn kecewakan kami” dan laungan “ hidup melayu bergema”.

Pulau Pinang 
Rapat umum diadakan di Francis Light School. Wujudnya sepanduk yang berbunyi seperti “ Humbankan Perjanjian MacMichael” serta laungan “ hidup Melayu”.

Seremban, Negeri Sembilan 
Orang ramai berkumpul serta berbaris di sepanjang jalan masuk ke istana dengan sepanduk yang tertulis “ MacMichael ialah imperialis” dan “ kekalkan takhta Kerajaan Raja – Raja Melayu”.

Kuala Lumpur 
Satu rapat umum diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baru di mana pemimpin Melayu berucap membantah Malayan Union. 


Klang, Selangor
Orang Melayu berkumpul di padang dan perkarangan Istana Alam Shah dalam usaha membantah Malayan Union. 

Mengadakan Kongres Melayu 

Perjuangan mula berkembang ke peringkat kebangsaan apabila Za’ba yang merupakan Yang DiPertua Persatuan Melayu, Selangor menghubungi Tunku Abdul Rahman di Kedah, Dato Panglima Bukit Gantang di Perak dan Dato Onn Jaafar di Johor. 

Sebuah badan induk telah dizahirkan sebagai pemangkin menentang Malayan Union. 

Kongres Melayu telah ditubuhkan atas persetujuan pemimpin dan cendiakawan Melayu. 

Kongres Melayu Pertama 
Didakan pada 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946. 41 pertubuhan Melayu telah menghantar wakil yang terdiri daripada tokoh ekonomi, politik dan sosial serta perniagaan untuk menentang Malayan Union. Kongres Bersetuju menubuhkan UMNO. 

Malayan Union diumpamakan sebagai semboyan yang memanggil orang Melayu dari seluruh negeri untuk menyertai satu kongres serta merupakan obor yang membakar semangat bangsa Melayu. 

UMNO telah Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. 

Orang Melayu menganggap hari lahirnya Malayan Union sebagai hari kematian maka disebabkan oleh itu Lilitan kain putih dikenakan pada songkok menandakan sebagai berkabung. 

Kongres Melayu Kedua 
Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Kedua diadakan di Istana Johor, Johor Bahru. 

Pada 11 Mei 1946, UMNO telah ditubuhkan di Istana Johor. 
UMNO menjadi penggerak bagi memupuk semangat perpaduan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu 

Bantahan di Negeri – negeri Melayu 
Di Kelantan 
Di Kelantan pada 15 Disember 1945, 10 000 orang telah berkumpul di Kota Bharu ketika Sir Harold MacMichael dating bagi mendapatkan tandatangan Sultan Kelantan. 

Di Kedah 
Ribuan orang Melayu berarak di Alor Setar pada 19 Januari 1946 menentang Malayan Union. 

Perarakan dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS, Persatuan Melayu Kedah dan Kesatuan Ulama Kedah. 

Tuan Haji Hussein Che Dot, Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah dan Senu Abdul Rahman yang merupakan Setiausaha Agung SABERKAS telah mengkritik kandungan Kertas Putih Malayan Union yang mencabul kedaulatan bangsa Melayu. 

Di Johor 
Lembaga Kesatuan Melayu Johor pada Januari 1946, telah melancarkan gerakan menentang Malayan Union. 

Turut serta termasuklah Persatuan Melayu Johor Dr Hamzah dan Ungku Omar Abdullah Naib Presiden Lembaga Kesatuan Melayu Johor turut berucap. 

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada 10 Februari 1946, pimpinan Dato ‘ Onn Jaafar telah berhimpun menentang Malayan Union. 

20,000 orang Melayu telah berhimpun di Batu Pahat. Beliau berucap menggesa orang Melayu bangkit menentang penjajah British. 

Bantahan persatuan Melayu 
Pertubuhan Melayu diwujudkan dan diaktifkan semula sebagai tindak balas terhadap Malayan Union. 

Menganjurkan rapat umum untuk membantah tindakan Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja – raja Melayu. 
Orang Melayu dari seluruh negara berjaya dikumpulkan oleh Persatuan Melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi ( SABERKAS), Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Singapura dna persatuan Melayu Johor. 

Bantahan Bekas Pegawai British 
Pegawai tadbir British seperti Frank Swettnenham, Cecil Clementi Smith, Roland Bradell, George Maxwell, Frederik Weld dan Richard Winstedt yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu turut menentang dan mengkritik rancangan Malayan Union. 

Bantahan Tokoh Wanita 
Cikgu zaharah Abdullah ( Batu Pahat), Saleha Mohd Ali, Halimahton Abd Majid ( Rembau) Saleha Mohd Ali, Zaharah Tamin ( Selangor) , Datin Paduka Mariah Ibrahim Rashid ( Perak) dan Hasnah Ishak (Pulau Pinang) merupakan antara benteng barisan hadapan menentang Malayan Union. 

Bantahan Tokoh Pentadbir Melayu 

Dato’ Abdul Rhamn Mohammad Yassin, Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Hamzah Abdullah, Wan Md Yussof ( Panglima Kinta, Perak), Abdul Wahab Abdul Aziz ( Panglima Bukit Gantang), Tengku Mohamed , Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Za’ ba telah menggunakan pelbagai strategi bagi menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union. 

Bantahan akhbar Melayu 

Akhbar seperti Utusan Melayu ( Singapura), Warta Negara ( Pulau Pinang) dan Majlis ( Kuala Lumpur) memainkan peranan dalam : 
Menyuarakan bantahan secara keras, mengutuk dan mengecam  Malayan Union yang merugikan orang Melayu. 
Menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar – besaran menentang Malayan Union 
Melaporkan perkembangan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly