KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita -  Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union – Penentangan Raja – Raja Melayu Terhadap Malayan Union

11/13/2024

0 Comments

 
SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita -  Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union – Penentangan Raja – Raja Melayu Terhadap Malayan Union 

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946.
Malayan Union ditentang oleh Raja – raja Melayu , orang Melayu dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.

Penentangan Raja – raja Melayu terhadap Malayan Union 
Penentangan adalah disebabkan oleh : 
Malayan Union adalah bentuk penjajahan mutlak oleh Kerajaan British 
Kehilangan kuasa politik dan kedaulatan secara tipu helah dan tidak sah. 

Membawa ke Mahkamah Tinggi England 
Persidangan Raja – raja Melayu telah diadakan di Istana Iskandariah Kuala Langsar dan telah memutuskan untuk menghanta bantahan. 

Jika kehadiran Sultan Perak, Sultan Johor, dan Sultan Kedah diperlukan oleh Mahkamah Tinggi England maka baginda akan berangkat ke England. 

Berdasarkan sistem perundangan British persetujuan daripada Raja – raja Melayu telah diperolehi oleh Sir Harold MacMichael secara tipu helah dan tidak sah. 

Menghantar Surat Bantahan ke London 
Surat bantahan telah dihantar kepada George Hall oleh Sultan Kedah, Perak dan Johor atas alasan baginda diperdaya oleh Sir Harold MacMichael.

Beberapa Raja – raja Melayu mendakwa bahawa mereka diugut untuk menurunkan tandatangan tanpa menyedari kesannya dan memohon British memansuhkan persetujuan yang telah ditandatangani. 

Telegram telah diutuskan oleh Tuanku Syed Putra Jamalullail kepada Kerajaan British di London kerana baginda tidak berpuas hati dengan tindakan Sir Harold MacMichael yang tidak memberi peluang kepada Baginda untuk mendapatkan nasihat pembesar negeri. 

Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union 
Raja- raja Melayu telah berjumpa dengan Dato Onn Jaafar di Hotel Station sebelum memulaukan upacara pelantikan Gabenor Sir Edward Gent. 

Resolusi Kongres Melayu telah dibentangkan oleh Dato Onn Jaafar yang menyeru agar Raja – raja Melayu bersama dengan rakyat memboikot upacara pelantikan Gabenor Malayan Union. 
Ribuan orang Melayu berhimpun di Hotel Station sambil melaungkan ‘Hidup Melayu’ dan ‘ Daulat Tuanku’. 

Akhirnya majlis pelantikan terseebut diboikot dan sidang akhbar telah diadakan. 

Menyokong Kongres Melayu 
Tujuan Kongres Melayu adalah untuk menunjukkan kesungguhan orang Melayu menentang Malayan Union. 

Kongres Melayu pertama telah dirasmikan oleh Sultan Hishamuddin Alam Shah yang turut menderma $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor yang menjadi tuan rumah kongres Melayu Pertama. 

Gerakan menentang Malayan Union yang dipimpin oleh Permaisuri Perak. 

Ahli Parlimen British telah tiba di Kuala Kangsar, Perak pada 28 Mei 1946.

Di Padang Besar Diraja Kuala Kangsar perhimpunan besar – besaran yang menggabungkan Raja dan rakyat menentang Malayan Union telah diadakan. 

Tuanku Perak, Raja Perempuan Kelsom mengetuai barisan perarakan bersama Wanita negeri Perak. 

Perarakan berjalan melintasi Ahli Parlimen British, Raja – raja Melayu dan pemimpin UMNO. Semangat Tuanku Puteri dikagumi ramai. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly