SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Gagasan Malayan Union
Tujuan Gagasan Malayan Union adalah untuk menggantikan British Military Administration ( BMA) Matlamat British adalah untuk: -Mengukuhkan sektor pertahanan -Orang asing dikekalkan sebagai sumber tenaga kerja bagi meningkatkan ekonomi -Melancarrkan sistem pentadbiran -Meningkatkan pelaburan ekonomi Pentadbiran Malayan Union telah dirangka oleh Unit Perancang Tanah Melayu, iaitu Mejar Jeneral Ralph Hone. Kronologi Pelaksanaan Gagasan Malayan Union Februari 1943-Unit Perancangan Tanah Melayu diwujudkan di Tanah Melayu. 25 April 1943- Persatuan Pelajar Melayu Britain telah menghantar memorandum di mana mereka meminta agar hak kewarganegaraan di Tanah Mleayu tidak mengikut Jus Soli. 10 Oktober 1945- George Henry Hall iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British telah membentangkan rancangan Malayan Union di Parlimen British. 25 Janurari 1946 – Pembentangan Kertas Putih 6274 yang mengandungi 13 Perakra Kandungan Malayan Union yang diluluskan oleh Parlimen British di London. 1 Apirl 1946 – Pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu. Ciri – Ciri Perlembagaan Malayan Union Negeri – Negeri Melayu Bersekutu, Negeri – Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri – Negeri Selat kecuali Singapura diletakkan dalam satu unit pentadbiran. Gagasan Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Raja England. Majlis Perundangan dan Majlis Eksekutif diwujudkan dan berada di bawah Pesuruhjaya Tinggi British. Raja – Raja Melayu Sultan hanya berperanan sebagai Ahli Majlis Raja – Raja dan hanya terlibat dalam hal – hal yang berkaitan tentang agama Islam dan adat istiadat Kewarganegaraan ( Prinsip Jus Soli) Proses kewarganegaraan berasaskan Prinsip Jus Soli: -Rakyat yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga Malayan Union. -Meraka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermaustatin selama 10 tahun hingga 15 tahun akan diberi kewarganegaraan. -Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun turut diberikan kewarganegaraan jika ibu = bapanya adalah warganegara. British Mendapatkan Tandatangan Sultan H.C Wilan menghadap Raja – raja Melayu H.C Wilan menjalankan tugasnya dari 8 September 1945-29 September 1945. H.C Wilan telah menghadap Sultan Johor, Sultan Selangor( Sultan Hisamuddin Alam Shah), Sultan Kedah, Raja Perlis dan Sultan Perak. Pada 23 Disember 1945, beliau menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan 28 September 1945 menemui Sultan Pahang. Kemudiannya Sultan Ali di Terengganu dan akhirnya Sultan Kelantan. Beliau yakin dalam laporannya Raja – raja Melayu akan menyokong dan menandatangi perjanjian Malayan Union. Misi Sri Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan Sir Harold MacMichael Berjaya mendapatkan tandatangan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim pada 20 Oktober 1945 setelah menghadap Sultan Johor pada 18 Oktober 1945. Pada 24 Oktober 1945, Sultan Hisamuddin Alam Shah telah menurunkan tandatangan. Pada 31 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael telah menghadap Sultan Pahang iaitu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al – Muadzam Shah dan tandatangan telah diturunkan pada 2 November 1945. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman selepas didesak oleh Sir Harold MacMichael terpaksa menurukan tandatangan pada 14 November 1945. Pada 22 November 1945, Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Aziz telah menurukan tandatangan setelah melengah – lengahkan masa.a Perdebatan berlaku dengan Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah namun Sir Harold MacMichael tetap Berjaya mendapatkan tandatangan baginda pada 2 Disember 1945. Pada 4 Disember 1945, Sir Harold MacMichael Berjaya mendapatkan tandatangan Raja perlis iaitu Tuanku Syed Putra Jamalulail. Sir Harold MacMichael telah mengugut Sultan Ibrahim iaitu Sultan Kelantan pada 15 Disember 1945 dengan menyatakan bahawa kedudukan takhta Raja- raja Melayu yang enggan menurukan tandatangan tidak akan diiktiraf. Akhirnya baginda beralah dan menurukan tandatangan perjanjian pada 17 Disember 1945. Sultan Ismail Nasirrudin Shah enggan menurukan tandatangan kerana bertentangan dengan Undang – Undang Tubuh Negeri Terenggau tetapi akhirnya terpaksa akur dan menandatangani perjanjian pada 21 Disember 1945.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
November 2024
Categories
All
Archives |
Proudly powered by Weebly