KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis – Perang Saraf

2/17/2025

0 Comments

 
SPM - Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis – Perang Saraf
Perang Saraf adalah usaha untuk menghapuskan komunis dengan memenangi hati dan fikiran rakyat.
Dilaksanakan pada tahun 1952 apabila Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya British di Tanah Melayu
Menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan agar mereka bekerjasama dengan kerajaan dan menyampaikan maklumat tentang komunis.
Usaha ini berjaya memupuk semangat bekerjasama antara kaum dalam membanteras komunis.

Rancangan Perang Saraf
Lawatan
Templer telah melakukan 122 lawatan ke kampung, sekolah, dispenseri, hospital, pondok polis,bilik operasi, pasukan keselamatan, estet serta lombong dan bersedia menerima perwakilan.
Diringi dengan isteri lawatan diadakan selama 2 hingga 3 hari.
20 lawatan diadakan di kampung baru dan kampung melayu.
Isteri beliau menubuhkan cawangan Pandu Puteri, Palang Merah dan Pusat Komuniti.
Rakyat didampingi untuk memberi nasihat dan mendengar pandangan mereka.

Kelonggaran Syarat Kewarganegaraan
Pada 14 September 1952 sebanyak lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi warganegara.
Tujuan kelonggaran syarat kewarganegaraan ini adalah untuk menarik sokongan kaum bukan melayu dan mewujudkan bangsa bersatu.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
Adalah Pilihan Raya pertama bagi menggalakkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam politik dalam usaha untuk menentang komunis.

Tawaran Hadiah Wang Tunai
Menaikkan jumlah tawaran hadiah untuk pemberi maklumat dan sesiapa yang berjaya menangkap komunis.
Menawarkan sebanyak $250 000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng.
hidup atau mati.

Mendapatkan kepercayaan orang Asli
Sokongan orang asli diperlukan untuk menentang Komunis.
14 kubu didirikan untuk mendapatkan sokongan komunis
Kubu ini menyediakan tempat kemudahan seperti kemudahan barangan keperluan harian, pendidikan, perlindungan dan perubatan.

Memajukan Perkhidmatan Penerangan
Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat agar menyokong kerajaan membanteras Komunis.
Menyebarkan risalah anti komunis kepada penduduk dan risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan.

Kawasan Hitam dan Kawasan Putih
Di kawasan hitam perintah berkurung diperkenalkan dan kegiatan komunis agak aktif.
Di kawasan putih tiada pengaruh komunis.
Sehingga tahun 1984, Melaka,Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Terengganu diisytiharkan sebagai kawasan putih.

Rundingan Baling
Tujuan adalah untuk menamatkan ancaman komunis dan ingin mencapai kemerdekaan.
Pada 28 Disember 1955, perjumpaan diadakan di Sekolah Inggeris Baling kedah di antara Tunku Abdul Rahman dan pemimpin PKM.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, David Marshall san Tan Cheng Lock.
PKM diwakili oleh Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien.
Tunku Abdul Rahman menyarankan agar PKM dibubarkan, menyerah diri dan meletakkan senjata.
Chin Peng hanya bersetuju untuk meletakkan senjata dan menyerah diri jika PKM diiktiraf sebagai parti politik yang sah.
Rundingan gagal kerana Tunku Abdul Rahman tidak menerima cadangan tersebut.



Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly