SPM – Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen – Latar Belakang Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Pemerintahan Beraja Semasa Kesultanan Melayu Melaka Raja mempunyai kuasa pemerintahan dalam bidang pentadbiran,perundangan dan kehakiman . Raja juga merupakan ketua agama,ketua kerajaan dan sumber undang-undang dan rakyat harus memelihara dan mempertahankan adat dan struktur masyarakat Melayu. Konsep Islam yang menjadikan raja sebagai ketua agama telah memperkukuhkan konsep pemerintahan beraja. Ciri -ciri sistem Perlembagaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat melalui Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Adat istiadat dan tradisi Kesultanan Melayu Melaka diwarisi oleh Kesultanan Johor Riau,Pahang dan Perak . Pemerintahan Beraja Sebelum Perang Dunia Kedua Penjajahan British di Tanah Melayu adalah sukar kerana wujudnya pemerintahan beraja di negeri- negeri Melayu. Sistem Residen diperkenalkan di Negeri- Negeri Melayu Bersekutu dan Sistem Penasihat diperkenalkan di Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Surat pengisytiharan dan perjanjian daripada Raja-Raja Melayu membolehkan Raja-Raja Melayu memerintah dengan campur tangan British. Pentadbiran di peringkat pembesar negeri telah diambil oleh British di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu. Raja -Raja masih kekal sebagai pemerintah yang berdaulat walaupun menerima nasihat daripada Residen British. Pada peringkat Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu, pembesar masih menjalankan pentadbiran negeri dan kedudukan raja adalah lebih kukuh. Ciri – Ciri Pemerintahan Beraja dapat dilihat pada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911. Kedaulatan Raja -Raja Melayu dapat dilihat melalui tugas sebagai ketua negeri dalam mengesahkan undang-undang. Kebijaksanaan Raja-Raja Melayu dalam mempertahankan kedaulatan negeri dapat dilihat apabila menjalankan hubungan diplomasi dengan pihak British. Perjanjian antara Raja -Raja Melayu dan British sebelum Perang Dunia Kedua tidak memindahkan kedaulatan negeri-negeri Melayu. Negeri -negeri Melayu hanya menjadi negeri naungan British dan bukan jajahan British seperti (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) Pemerintahan Beraja Semasa Pendudukan Jepun Semasa pendudukan Jepun kedudukan Raja -Raja Melayu diletakkan di bawah penguasaan Gabenor Jepun di Tanah Melayu Raja -Raja Melayu kekal sebagai ketua dalam hal ehwal agama Semasa Persidangan Raja-Raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan pemerintah Tentera Jepun pada Januari 1943, pengiktirafan telah dibuat. Raja -Raja Melayu menerima pendapatan seperti sebelum pendudukan Jepun Pemerintahan Beraja Selepas Perang Dunia Kedua Cabaran muncul pada tahun 1946 apabila Malayan Union diperkenalkan oleh pihak British Raja -Raja Melayu perlu menyerahkan kuasa kepada Ratu England. British memerintah secara langsung Tanah Melayu dan diletakkan di bawah Gabenor British Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa dan kedaulatan sebagai pemerintah. Penentangan oleh Raja -Raja Melayu menyebabkan Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum Perang Dunia Kedua melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Raja-Raja Melayu kemudiannya menubuhkan Undang -Undang Tubuh di negeri masing -masing dan mengangkat raja sebagai Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan dan Demorkasi Berparlimen Selepas Kemerdekaan Melalui rundingan dan persetujuan Raja -Raja Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Bagi menyesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen, pemerintahan beraja yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan diteruskan dengan pindaan. Ketua Utama Negara adalah Yang Di Pertuan Agong. Kuasa san tugas Yang Di Pertuan Agong adalah seperti yang termaktub dalam Perpembagaan Persekutuan Kedudukan raja sebagai pemerintah tertinggi negara diiktiraf melalui konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Melalui pilihan raya rakyat berhak memilih wakil mereka dalam membentuk kerajaan.
0 Comments
SPM -Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen – Sejarah dan Kedudukan Institusi Raja- Raja Melayu
DURBAR Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1897 adalah seiring dengan penubuhan Durbar. Durbar adalah majlis persidangan bagi Raja – raja Melayu untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pegawai British . Selain itu, Durbar juga merupakan forum bagi Raja-raja Melayu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk memulihkan dan merapatkan hubungan dengan pihak British Durbar dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Ahli – ahli Durbar adalah Raja-raja Melayu dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan, Residen British dan Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Majlis Sultan -Sultan Semasa Malayan Union Melalui Perlembagaan Persekutuan 1948, sebuah Majlis Raja- raja (Council of Raja) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union. Terdiri daipada Sembilan orang Raja- raja Melayu dan tiga orang prgawai British. Majlis Sultan -sultan membincangkan tentang undang-undang yang berkaitan tentang agama Islam dan menasihati Gabenor tentang permata yang dibangkitkan oleh Raja -Raj Melayu. Majlis tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila Raj-Raja Melayu menentang Malayan Union Majlis Raja-raja semasa Persekutuan Tanah Melayu Apabila Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union,Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan pada tahun 1948 Merupakan institusi formal yang diuruskan sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu dengan mempunyai sekreteriat dan kuasa yang bersesuaian dengan kedudukannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyertai persidangan untuk memeterai keputusan persidangan. Raja-raja Melayu ada hak dan kuasa untuk mendapatkan penerangan daripada Pesuruhjaya Tinggi British berkaitan tentang penggubalan undang -undang dan dasar-dasar kerajaan Persekutuan. Majlis Raja -Raja Selepas Merdeka Setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Majlis Raja-Raja dikekalkan. Yang Di Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menganggotai Majlis Raja-Raja. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1953. Yang Di Pertua Negeri Sabah dan Sarawak turut menyertai Majlis Raja-Raja. Walau bagaimanapun, Yang Di Pertua Negeri tidak terlibat dalam mesyuarat khas dalam pemilihan Yang Di Pertuan Agong atau Timbalan Yang Di Pertuan Agong. Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa sebagai sebahagian daripada institusi Raja Berperlembagaan. Majlis Raja-Raja boleh bertindak menggunakan budi bicara dalam melaksanakan peranannya. Majlis Raja -raja memainkan peranan penting sebagai pengimbang dalam amalan demokrasi melalui: Hak berbincang mengenai hal-hal berkaitan dasar negara Hak berunding dalam pelantikan penting Pelantikan jawatan yang memerlukan rundingan dengan Majlis Raja-raja adalah: Ketua Hakim Negara Ketua Audit Negara Panglima Angkatan Tentera Pengerusi dan Ahli SPR Peranan Majlis Raja-Raja : Memperkenankan pindaan perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu Memperkenankan perubahan persempadanan negeri setelah mendapat perkenan daripada raja negeri itu. Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu Memilih Yang Di Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di Pertuan Agong Memberi nasihat tentang pelantikan jawatan tertentu Menjadi sumber rujukan bagi perubahan dasar yang berkaitan tentang keistimewaan orang Melayu,bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. Bersetuju atau tidak bersetuju dengan sebarang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja -Raja. SPM -Raja Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen – Yang Di Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan peranan institusi beraja yang melahirkan konsep Raja Berperlembagaan. Institusi beraja merupakan penaung kepada rakyat tanpa mengira bangsa,agama,budaya dan fahaman politik. Raja berperlembagaan merangkumi: Majlis Raja-Raja Institusi beraja di negeri-negeri Yang Di Pertuan Agong di peringkat persekutuan Institusi Yang Di Pertuan Agong Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,jawatan Yang Di Pertuan Agong telah diperkenalkan. Yang Di Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Yang Di Pertuan Agong adalah lambang kedaulatan, perpaduan,ketaatan, kemuliaan dan kebesaran negara. Yang Di Pertuan Agong dilantik oleh Majlis Raja -Raja berdasarkan Peraturan Majlis Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan. Yang Di Pertuan Agong dilantik di kalangan sembilan Raja yang memerintah negeri-negeri dalam Persekutuan iaitu Perlis, Kedah, Perak,Pahang,Negeri Sembilan, Johor, Kelantan,Terengganu dan Selangor. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kedudukan Yang Di Pertuan Agong. Keutamaan Kedudukan dalam Perlembagaan Persekutuan Yang Di Pertuan Agong Raja Permaisuri Agong Raja -raja dan Pemangku Raja Yang Di Pertua bagi Negeri -negeri Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan daripada Kerajaan Persekutuan Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Kuasa Yang Di Pertuan Agong Kuasa Eksekutif Yang Di Pertuan Agong akan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri Seorang Perdana Menteri akan dilantik di kalangan ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Rakyat Dengan nasihat daripada Perdana Menteri melantik Menteri- menteri dan Timbalan -timbalan Menteri di kalangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara Pelantikan Jawatan Penting Melantik Ketua Audit Negara, Peguam Negara dan Panglima Angkatan Tentera Melantik sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Tentera. Melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ahli-ahli Suruhanjaya Polis. Diplomatik Menerima untuk menghadap diplomat asing sebelum mereka memulakan tugas di Malaysia. Melantik diplomat Malaysia ke luar negara Ketenteraan Merupakan pemerintah tertinggi bagi Angkatan Tentera Malaysia Dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia dalam urusan pentadbiran, pemerintahan dan tatatertib Angkatan Tentera serta perkara yang berkaitan tentang gerakan tentera. Kuasa Kehakiman Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa pengampunan Kuasa pengampunan terhadap orang yang dihukum kerana melakukan kesalahan di Wilayah Persekutuan terletak pada Yang Di-Pertuan Agong. Lembaga Pengampunan memberi nasihat kepada Yang Di Pertuan Agong berkaitan tentang pengampunan. Yang Di Pertuan Agong boleh memberi pengampunan, meringankan atau menangguhkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera, Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Melaka,Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Yang Di Pertuan Agong berkuasa dalam lantikan hakim. Hakim Mahkamah Atasan dilantik atas pertimbangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman setelah berunding dengan Majlis Raja-raja dan atas nasihat Perdana Menteri. Hakim Mahkamah Atasan merangkumi Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi. Kuasa Perundangan Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam perundangan dengan memperkenankan rang Undang-Undang yang telah melalui proses pembentangan di Desan Rakyat dan Dewan Negara. Persidangan Parlimen Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen dan menghentikan serta membubarkan Parlimen. Pengisytiharan Darurat Yang Di Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat. Darurat diisytiharkan apabila Yang Di Pertuan Agong memastikan kebenaran bahawa wujudnya keadaan yang akan mengancam keamanan awam dan ekonomi. Hak dan Keistimewaan Yang Di Pertuan Agong memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Yang Di-Pertuan Agong melindungi kepentingan sah kaum lain di Malaysia Agama Yang Di- Pertuan Agong adalah ketua agama Islam di negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Raja atau Sultan yang memerintah negeri sendiri adalah ketua agama Islam negeri masing-masing. SPM -Raja Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen – Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa
Sistem pentadbiran negara adalah berlandaskan demorkasi berparlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Amalan demokrasi meliputi pilihan raya,jaminan kebebasan hak asasi dan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Amalan Pilihan Raya Pilihan raya diadakan lima tahun sekali Pilihan raya merupakan petanda bahawa amalan demokrasi adalah subur di negara kita sejak mencapai kemerdekaan sehingga ke har ini. Kempen Pilihan raya membolehkan rakyat mengenali calon dan memahami manifesto parti politik Selain itu rakyat juga dapat memilih wakil mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Undian dijalankan secara sulit melalui prosedur yang teratur dan sistematik Kebebasan Asasi Kebebasan asasi merupakan hak asasi seorang individu dari segi undang -undang. Kebebasan / hak asasi ini telah termaktub dalam perlembagaan di mana hak kebebasan asasi ini adalah tidak mutlak dan masih bergantung kepada sekatan yang ditentukan oleh undang -undang yang digubal oleh Parlimen. Sekatan terhadap kebebasan asasi adalah perlu bagi menjamin ketenteraman dan keamanan awam dicapai dalam masyarakat yang demokratik. SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia adalah institusi Hak Asasi Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 Akta 597 SUHKAM berperanan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi semua orang di negara kita. Kebebasan Asasi Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Kebebasan diri Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya, kecuali mengikut undang-undang. Kebebasan beragama Islam ialah agama Persekutuan. Penganut agama lain boleh mengamalkan agama masing-masing secara bebas dan harmoni. Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. Hak berkenaan dengan pendidikan Tidak dibenarkan diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. Pengasingan Kuasa Dalam Pemerintahan Kepentingan pengasingan kuasa adalah untuk memastikan tiada pertindihan kuasa antara badan tertentu, mengelakkan berlakunya pemusatan kuasa dan penyalahgunaan kuasa akibat daripada pemusatan kuasa dan membolehkan setiap badan bertindak berlandaskan bidang kuasa tertentu tanpa dipengaruhi oleh badan-badan yang lain Kuasa pemerintahan negara dibahagi kepada : Badan Perundangan ( legislatif) Badan Kehakiman (judisiari) Badan Eksekutif (pelaksana) Badan Perundangan /legislatif adalah meliputi Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang menggubal undang -undang Badan Eksekutif / pelaksana adalah Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Kementerian Badan Kehakiman / Judisiari adalah Ketua Hakim Negara, Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan Badan Perundangan Peranan Badan Perundangan adalah untuk menggubal undang-undang Bagi peringkat Kerajaan Persekutuan Parlimen menggubal undang-undang manakala bagi peringkat Kerajaan Negeri, Dewan Undangan Negeri menggubal undang -undang Parlimen Parlimen berfungsi untuk menggubal undang-undang, meminda undang-undang,memeriksa dasar kerajaan, meluluskan belanjawan negara dan meluluskan sistem cukai yang baharu. Parlimen meliputi Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia Yang Di Pertuan Agong Mempunyai kuasa untuk memanggil agar sidang parlimen diadakan dan membubarkan parlimen. Memperkenankan undang-undang Tonggak kuasa dalam bidang perundangan Dewan Rakyat Ahli dipilih melalui pilihan raya Menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat Dewan Negara Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam badan perundangan di negara kita Membahaskan rang undang-undang dengan teliti setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terdiri daripada Ketua Negeri iaitu Sultan atau Yang DiPertua Negeri. Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Menggubal undang -undang berkaitan negeri masing -masing Terdapat di semua negeri kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang hanya terdiri daripada ahli Parlimen sahaja. Badan Eksekutif Turut dikenali sebagai badan pemerintah yang menjalankan tanggungjawab berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, badan eksekutif adalah Jemaah Menteri manakala di peringkat negeri dikenali sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Jemaah Menteri Terdiri daripada Perdana Menteri dan para menteri bagi kementerian masing -masing seperti Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan lain -lain menteri lagi. Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri dan memimpin kerajaan di samping menjalankan pentadbiran di peringkat Kerajaan Persekutuan. Jemaah Menteri bertugas untuk melaksanakan tanggungjawab memajukan negara dan menggubal dasar-dasar kerajaan. Jemaah Menteri memegang tanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen Menteri yang mengetuai kementerian akan melaksanakan dasar kerajaan yang ditentukan oleh Jemaah Menteri. Menteri harus mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri. Menteri harus meletakkan jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri jika tidak bersetuju dengan dasar kerajaan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kuasa eksekutif diletakkan di bawah Yang Di Pertua Negeri atau Sultan Kuasa eksekutif digunakan oleh Executive Council / ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia. Di Sabah dan Sarawak badan eksekutif adalah Kabinet Negeri Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri. Badan Kehakiman Badan kehakiman mempunyai peranan dalam mentafsir dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Badan kehakiman turut berperanan dalam menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Badan kehakiman juga mengadili sebarang konflik antara individu atau kerajaan dan individu. Kuasa badan kehakiman dijalankan oleh mahkamah. Ketua badan kehakiman adalah Ketua Hakim Negara. Hakim bebas daripada pengaruh politik dalam usaha memelihara integriti badan kehakiman dalam usaha untuk menegakkan keadilan dan demi kesejahteraan rakyat dan negara Hakim dilantik untuk menegakkan sistem kehakiman dan keadilan. Fungsi badan kehakiman bergantung kepada jenis mahkamah iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan serta Mahkamah Khas. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Mahkamah Bawahan terdiri daripada Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret SPM -Raja Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen -Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen Di Negara Kita
Gabungan antara unsur tradisional dan moden dalam pentadbiran Unsur tradisional adalah pemerintahan beraja. Pemerintahan beraja adalah warisan sosiopolitik masyarakat Melayu Unsur moden adalah amalan demokrasi berparlimen Demokrasi berparlimen adalah berasaskan Model Westminster England Gabungan antara unsur tradisional dan unsur moden adalah perlu bagi mencapai keseimbangan dalam masyarakat kita yang berbilang agama,bangsa dan budaya. Mekanisme Semak dan Imbang dalam Pentadbiran Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen merupakan mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran. Amalan demokrasi diimbangi dengan pemerintahan beraja yang tidak boleh mencampuri hal ekonomi,politik dan dasar negara. Konflik dalam amalan demokrasi seperti pertikaian antara parti politik dan ketegangan kaum dapat diselesaikan melalui kuasa pengimbang yang pada raja. Mekanisme semak dan imbang dapat dicapai melalui pengasingan kuasa antara kuasa eksekutif, kuasa kehakiman dan kuasa perundangan. Kuasa Budi Bicara Raja Kuasa budi bicara telah diberikan melalui Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk melantik Ketua Kerajaan Persekutuan iaitu Perdana Menteri. Kuasa budi bicara Yang DiPertuan Agong merangkumi tidak memperkenankan pembubaran Parlimen Di peringkat negeri, Raja- Raja Melayu dan Yang Di Pertua Negeri berkuasa untuk melantik Ketua Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dan Ketua Menteri dan turut mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) Kerjasama Politik Kerjasama politik berteraskan perkongsian kuasa antara kaum dengan prinsip bertolak ansur antara kaum dan rundingan bagi mewakili suara semua kaum. Parti -parti politik yang berbeza kaum dan ideologi dapat bergabung dan membentuk kerajaan serta berkongsi kuasa dalam pemerintahan dengan adanya sifat muafakat antara parti -parti politik ini. Gabungan parti politik berasakan kaum telah wujud pada Pilihan Raya Umum yang pertama pada 1955 melalui Parti Perikatan. Parti Perikatan telah bertukar nama kepada Barisan Nasional dan telah memenangi 13 Pilihan Raya Umum untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Pada Pilihan Raya Umum yang ke 14 Parti Harapan mencipta sejarah dengan membentuk Kerajaan Persekutuan. Kerjasama politik telah mewujudkan Perikatan Nasional pada tahun 2020 bagi menggantikan Pakatan Harapan. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2025
Categories
All
Archives
June 2025
|