SPM -Perlembagaan Persekutuan – Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan
Sebelum kedatangan British negara kita mengamalkan pemerinahan beraja. Pemerintahan Raja Berdaulat adalah ketika zaman kerajaan British menduduki negara kita Perlembagaan yang merupakan unsur terpenting bagi negara kita lahir setelah negara mencapai kemerdekaan. Asas Pembentukan Perlembagaan Undang -Undang Negeri Melayu Sultan adalah pemerintah Rakyat mencurah sepenuh taat setia kepada pemerintah. Pemerintah/ raja berkuasa dalam menentukan bentuk pemerintahan dan Undang-undang Hukum Kanun Melayu dan Undang- Undang Laut Melaka yang merupakan undang-undang zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mempengaruhi kandungan undang -undang bertulis di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Undang-Undang Johor, Undang -undang Kedah,Undang -Undang 99 Perak dan Hukum Kanun Pahang. Perubahan pada Undang -Undang Negeri Melayu selaras dengan perkembangan masyarakat sehinggalah pada awal abad ke 19 undang -undang barat diperkenalkan. Undang – Undang Inggeris Undang-undang Negeri Selat dikenali sebagai Charter of Justice. Charter of Justice diambil daripada undang-undang Inggeris. Tujuan utama Charter of Justice adalah untuk melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan. Tahun 1807- Charter of Justice diperkenalkan di Pulau Pinang Tahun 1826 – Charter of Justice II diperkenalkan di Singapura,Pulau Pinang dan Melaka Tahun 1855- Charter of Justice III diperkenalkan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka Perlembagaan Sabah Pada tahun 1950 Majlis Undangan dan Majlis Kerja diperkenalkan. Majlis Undangan memberikan kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang -undang dalam pemerintahannya Sabah Application of Laws Ordinance diperkenalkan pada tahun 1951. Perlembagaan Sarawak The Sarawak Application of Laws Ordinance yang menggunakan The Common Law of England diperkenalkan pada tahun 1949. Perlembagaan Sarawak pada Ogos 1955 memberikan kuasa kepada Council Negeri (Majlis Negeri) menggubal undang-undang. Majlis Negeri terdiri daripada 45 orang ahli dan diketuai oleh Ketua Setiausaha Gabenor pula mempengerusikan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh Ketua Setiausaha,Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan. Perlembagaan Sarawak pada tahun 1959 memberikan kuasa kepada Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi untuk menguruskan pentadbiran negeri.
0 Comments
SPM- Perlembagaan Persekutuan – Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Tahun 1877 Raja Muda Yusuf mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak bagi menggubal undang-undang negeri Perak. Adalah titik tolak kepada wujudnya undang-undang di negara kita. Semua Majlis Negeri di setiap negeri turut memainkan peranan yang sama. Tahun 1946 Majlis Undangan Negeri meggubal Undang-Undang di Negeri-Negeri Selat. Majlis Negeri menggubal Undang-Undang di Negeri –Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Majlis Persekutuan menggubal Undang – Undang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tahun 1948 Perlembagaan baharu telah dilahirkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam usaha membentuk Persekutuan yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Negeri-Negeri Melayu. Kandungan Perlembagaan merangkumi kuasa Raja-Raja Melayu, pentadbiran, perundangan dan kewarganegaraan. Tahun 1957 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid ditubuhkan sebagai Suruhanjaya Perlembagaan. Sejurus selepas Negeri Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuatkuasa berasakan model Westminster. Merupakan asas kepada Perlembagaan hari ini. SPM – Perlembagaan Persekutuan – Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan
Terbahagi kepada ciri- ciri tradisional dan ciri-ciri moden Ciri-Ciri Tradisional Kesultanan atau Pemerginag Tertinggi Negeri – negeri Melayu telah diperintah melalui sistem pemerintahan beraja untuk berabad lamanya. Sistem pemerintah beraja disesuaikan dengan demokrasi berparlimen selepas kemerdekaan dengan Yang Di Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi. Agama Islam Ketika zaman British, Raja-raja Melayu tidak perlu menerima nasihat daripada penasihat British dalam hal-hal yang berkaitan kedaulatan raja, adat-istiadat dan agama Islam. Agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja di negeri masing-masing selepas kemerdekaan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan negeri yang tidak beraja Bahasa Melayu Bahasa Melayu dijadikan lingua franca ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera diletakkan di bawah kuasa raja dan ketua peribumi sebelum merdeka Yang Di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum lain Ciri- Ciri Moden Sistem Kerajaan Persekutuan Negara kita mempunyai sistem kerajaan Persekutuan Dalam sistem Kerajaan Persekutuan wujudnya kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dengan kuasa -kuaaa yang tertentu Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi Sistem Demokrasi Berparlimen Perlembagaan memperuntukkan demokrasi di Malaysia. Pilihan raya umum diadakan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin untuk menubuhkan kerajaan Suruhanjaya Pilihanraya diadakan bagi memastikan pilihan raya diadakan dengan adil Kewarganegaraan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah memperkenalkan kewarganegaraan Persekutuan pada tahun 1948 Sebelum itu tidak wujudnya satu kewarganegaraan yang sama bagi rakyat.Rakyat dikategorikan sebagai rakyat raja dan jika dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dikenali akan mendapat kerakyatan British Pembentukan kerakyatan yang sama berjaya dikecapi dengan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia SPM – Perlembagaan Persekutuan-Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965
Pindaan Perlembagaan 1963 Selepas pembentukan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan 1957 dipinda dengan klausa baharu dimasukkan pada bahagian tertentu bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. Jawatan Yang Di Pertua Negeri Selepas pembentukan Malaysia, Sabah dan Sarawak diketuai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Yang Di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Di Sabah,Yang Di-Pertua Negeri dibantu oleh kabinet Negeri yang memberi nasihat berkaitan pentadbiran. Di Sarawak, Yang Di-Pertua Negeri mendapatkan nasihat daripada Majis Tertinggi dalam menjalankan tugas Mahkamah Tinggi Borneo Kedudukan Mahkamah Tinggi Malaya dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan Soal kehakiman di Sabah dan Sarawak diuruskan oleh Mahkamah Tinggi Borneo Jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan dan berpusat di Kuching Sarawak pada tahun 1963 Pada tahun 1994 nama jawatan tersebut diubah kepada Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Struktur Mahkamah Atasan Struktur mahkamah atasan adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Struktur mahkamah atasan adalah berdasarkan model Mahkamah Tertinggi England yang terbahagi kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan Tiga Mahkamah Atasan dibentuk di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan Tanah Melayu, Mahkamah Persekutuan Singapura,Mahkamah Persekutuan Sabah dan Sarawak. Mahkamah Persekutuan mendengar sebarang pertikaian antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dan sebarang soal perlembagaan. Pindaan Perlembagaan 1965 Turut dikenali sebagai Pindaan Singapura Pindaan perlembagaan diusulkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 7 Ogos 1965 Usul telah diluluskan oleh Parlimen bagi membolehkan Singapura keluar dari Malaysia Perkara yang berkaitan dengan Singapura seperti imigresen,hubungan luar,kewangan dan pertahanan |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2025
Categories
All
Archives
June 2025
|