KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM -Kedaulatan Negara – Konsep Kedaulatan

4/24/2025

0 Comments

 
SPM -Kedaulatan Negara – Konsep Kedaulatan
Apakah itu kedaulatan?
Kedaulatan adalah satu konsep kekuasaan tertinggi dan kewibawaaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak menjalankan pemerintahan.
Kedaulatan negara kita wujud pada zaman kesultanan Melayu Melaka, kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Takrif Kedaulatan
Bahasa Yunani
Agung atau tertinggi atau supernuus atau superanus dalam istilah yunani.Merujuk kepada negara yang bebas dan merdeka.
Bahasa Inggeris
Kedaulatan bermaksud sovereignity atau negara yang berkuasa penuh terhadap pemerintahan.

Bahasa Arab
Kedaulatan adalah daulah dalam bahasa Arab atau kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu kedaulatan bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara



Pandangan Tokoh
Aristotle
Kuasa tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.
Kerajaan terikat oleh undang-undang.

Jean Bodin
Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara.
Bersifat kekal dan kuasa yang tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya.

Tun Dr. Mohamed Salleh Abas
Kedaulatan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa
Negara merdeka mempunyai hak dan kuasa untuk menaatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing.

Ibnu Khaldun
Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara. Berasaskan semangat kekitaan bangsanya.
Diiringi kekuatan semangat beragama yang menyebabkan sesuatu bangsa rela berkorban demi mencapai cita-cita yang sama

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan.
Sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat

Jenis – Jenis Kedaulatan
Kedaulatan Tradisional
Wujud sejak zaman tamadun awal manusia
Pemerintahan adalah berkuasa mutlak dan seluruh urusan negara dikuasai sepenuhnya
Kedaulatan negara kita berpaksi kepada kedaulatan Raja- Raja Melayu
Raja adalah ketua pemerintah dengan kuasa yang tertinggi
Taat setia rakyat memperkukuhkan kekuasaan raja

Kedaulatan Moden
Selepas Revolusi keagungan di England dan Revolusi Perancis, wujudnya idea kemunculan negara bangsa moden.
Kedaulatan moden lebih fokus kepada hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan
Kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme selepas Perang Dunia Kedua di mana fokus lebih menjurus kepada persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa
Kedaulatan negara kita sebagai negara bangsa terbentuk melalui Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963

Kedaulatan Undang- Undang
Kedaulatan Undang – undang adalah prinsip keempat dalam Rukun Negara
Undang -undang harus dipatuhi oleh rakyat dan kerajaan
Badan kehakiman berfungsi untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang
Tujuan adalah untuk menjamin kestabilan,kemakmuran dan keamanan negara selain mewujudkan keadilan dalam hidup bermasyarakat

Kedaulatan Antarabangsa
Merupakan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.
Prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang telah diperkanalkan melalui Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970
Negara Malaysia diiktiraf sebagai negara yang bebas,berdaulat dan merdeka dengan memaki anggota PBB
Pada 17 September 1957 negara kita telah menghantar perwakilan yang terdiri daripada Dr Ismail Abdul Rahman,Ismail , Ismail Ali dan Tun’ku Jaafar untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB yang ke 12



Picture
0 Comments

SPM -Kedaulatan Negara – Ciri Negara yang Berdaulat

4/24/2025

0 Comments

 
SPM -Kedaulatan Negara – Ciri Negara yang Berdaulat
Wujudnya Pemerintah
Malaysia adalah negara persekutuan
Mengamalkan konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Pemerintahan yang teratur adalah penting bagi menjamin kestabilan ekonomi,sosial,keamanan dan pertahanan.

Wujudnya rakyat
Rakyat adalah penduduk sesebuah negara
Rakyat yang berbilang kaum,agama bangsa dan adat resam
Disatukan melalui satu bahasa, kebudayaan.identiti nasional yang sama dan Rukun Negara
Undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah diguna pakai kepada rakyat

Wujudnya Sempadan
Sempadan adalah garis pemisah antara negeri atau negara
Sempadan bagi Malaysia adalah Filipina,Singapura,Thailand dan Indonesia
PBB mengakui sempadan Malaysia
Sempadan yang tetap memudahkan pentadbiran, pemerintahan, pembangunan ekonomi dan pertahanan.
​

Wujudnya Sistem Perundangan
Merupakan asas peraturan negara
Asas perundangan negara adalah Perlembgaan Persekutuan
Parlimen mempunyai tanggungjawab menggubal dan menentukan hala tuju undang-undang negara kita.
Undang-Undang dapat memelihara kesejahteraan,melindungi rakyat dan menjamin keadilan



Picture
0 Comments

SPM – Kedaulatan Negara – Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat

4/21/2025

0 Comments

 
SPM – Kedaulatan Negara – Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
Keberkesanan Pentadbiran
Kedaulatan membolehkan negara menjalankan pentadbiran tanpa campur tangan kuasa luar.
Pentadbiran negara diletakkan di bawah kuasa kementerian dan Jemaah Menteri.
Keberkesanan pentadbiran turut dicapai melalui pengagihan kuasa san kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan telah mengukuhkan sistem pentadbiran di negara kita.

Kemakmuran Ekonomi
Selepas mencapai kemerdekaan, pelbagai cara telah diambil untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
Dasar pembangunan ekonomi diperkenalkan bertujuan untuk memajukan ekonomi dalam bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan
Kedaulatan membolehkan negara mengamalkan dasar untuk memakmurkan ekonomi tanpa campur tangan pihak luar

Kesejahteraan Sosial
Kedaulatan memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar sosial demi kesejahteraan rakyat
Dasar sosial meliputi pendidikan yang boleh melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
Melalui pendidikan rakyat dapat memberikan sumbangan demi kemajuan negara
Bagi memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara kaum dasar kebudayaan, bahasa kebangsaan, Rukun Negara dan sukan diperkenalkan

Kecemerlangan Hubungan Luar
Kedaulatan membolehkan negara kita menjalinkan hubungan dengan negara lain
Kedaulatan membolehkan negara kita menjalinkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara lain dan dengan ini Malaysia mempunyai kelebihan dalam mempertahankan kedaulatan.
Imej negara dapat ditingkatkan dengan keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Kebolehan negara kita diakui oleh masyarakat antarabangsa setanding dengan negara lain dan ini akan meningkatkan imej negara


Picture
0 Comments

​SPM – Kedaulatan Negara – Langkah Mempertahankan Kedaulatan

4/20/2025

0 Comments

 

​SPM – Kedaulatan Negara – Langkah Mempertahankan Kedaulatan  

Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi 

Peranan Pemerintah 

Undang- undang negara dijalankan berlandaskan perlembagaan. 

Pentadbiran yang cekap dan amalan rasuah dielakkan 

Mengagihkan sumber kekayaan negara secara sama rata antara kaum agar melalui pembangunan ekonomi. 

Peranan Rakyat  

Memberikan kesetiaan kepada Raja dan negara 

Segala usaha dan dasar kerajaan disokong bagi menjamin kestabilan politik  

Mematuhi undang-undang negara 

 

Mengekalkan Perpaduan Kaum  

Peranan Pemerintah  


Menggubal undang -undang dan dasar -dasar yang dapat memupuk perpaduan nasional. 

Mewujudkan kempen dan program yang dapat memupuk integrasi nasional dan perpaduan antara kaum. 

Perbelanjaan diperuntukan untuk program yang dapat memupuk semangat perpaduan. 

Memastikan dasar yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi kerajaan berkaitan tentang bahasa,pendidikan dan kebudayaan adalah berkesan. 


Peranan Rakyat  

Menghormati dan memahami agama dan budaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama. 

Semangat hormat-menghormati,toleransi san bekerjasama harus ada. 

Banyak melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan 

Menghayati prinsip Rukun Negara dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai langkah memupuk perpaduan antara kaum. 

 

Memupuk Patriotisme 

Peranan Pemerintah  

Bagi melahirkan perasaan cinta dan kesetiaan kepada negara Hari Kemerdekaan dan Hari Pahlawan telah diadakan  

Bagi mewujudkan generasi yang peka kepada sejarah negara maka subjek sejarah telah dijadikan subjek mata pelataran teras di sekolah  

Kempen,filem dan rencana yang bersifat patriotisme telah dilancarkan  

Mengabdikan nama rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara sebagai nama jalan dan bangunan. 

 
Peranan Rakyat  


Menghormati jata negara. Lagu. Negaraku dan bendera negara iaitu Jalur Gemilang. 

Menghargai dan menyanjung adat resam dan budaya negara kita. 

Melakarkan kejayaan dalam bidang ekonomi, sukan dan pendidikan bagi menaikkan imej negara  

Menghargai tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara tanpa mengira kaum,agama dan bangsa 


Mengukuhkan Pertahanan Negara  

Peranan Pemerintah  


Dasar dan undang-undang digubal bagi menjamin keselamatan negara. 

Perjanjian pertahanan dan latihan ketenteraan diadakan dengan rakan serantau dan antarabangsa 

Mengukuhkan badan pertahanan dan memodenkan aset ketenteraan  

Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia  

Peranan Rakyat  

Peka terhadap isu keselamatan negara  

Melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap pencerobohan terhadap sempadan negara 

Harus mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara 

Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara 

Sanggup berkorban nyawa dan harta bagi mempertahankan kedaulatan negara 


Picture
0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly