KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Usaha Rundingan Kemerdekaan

3/21/2025

0 Comments

 
SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Usaha Rundingan Kemerdekaan
Usaha ke arah kemerdekaan negara dipengaruhi tentang apa yang berlaku di dalam dan luar negara
Di luar negara – kebangkitan rakyat menentang penjajah dan ingin mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua seperti di Filipina, India, Mesir dan Burma
Di dalam negara – jaminan British bahawa dengan secepat mungkin akan membantu Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri
Rundingan kemerdekaan melibatkan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan pihak British
Asas kepada terbentuk perlembagaan persekutuan ke arah berkerajaan sendiri adalah melalui Pilihan Raya Umum 1955.
Wakil Raja – raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa rombongan bagi rundingan di London adalah perlu bagi beberapa perkara seperti:
-Hubungan British dan Tanah Melayu
-Penggubalan perlembagaan bagi negara yang merdeka
-hal -hal keselamatan

Perjalanan Rombongan Rundingan Kemerdekaan
Rombongan Merdeka ke London
Tunku Abdul Rahman dan rombongan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura
Rombongan merdeka kemudiannya meneruskan perjalanan dari Tanjung Pagar, Singapura ke London. Seramai 10 000 orang menghantar rombongan Tunku Abdul Rahman ke London.
Rombongan merdeka menaiki kapal laut V.M Asia dari Tanjung Pagar, Singapura ke London pada 1 Januari 1956. Kesempatan ini digunakan untuk mengatur strategi
Rombongan Merdeka tiba di Karachi Pakistan dan kemudian menaiki kapal terbang dari Pakistan ke London. Pada 14 Januari 1956 rombongan Merdeka tiba di London.

Rundingan kemerdekaan bermula dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956 di Lancaster House,London

Perkara yang dirunding dan disepakati di London
Perwakilan Tanah Melayu
Tidak melewatkan kemerdekaan Tanah Melayu melebihi 31 Ogos 1957.
Inginkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di kalangan penduduk tempatan.
Jawatan Setiausaha Kewangan dihapuskan dan digantikan dengan Menteri Kewangan.
Ingin melantik rakyat tempatan sebagai Menteri Pertahanan dan menggantikan Pegawai Gerakan yang disandang oleh pegawai British.
Rundingan berkaitan isu Perlembagaan Persekutuan,kewangan,keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam.

Perwakilan British
Antara Persekutuan Tanah Melayu dan British wujudnya Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan.
Bantuan pertahanan akan diberikan oleh pihak British dan Komanwel kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Persuruhjaya Tinggi akan melantik ahli Majlis Eksekutif dengan nasihat Ketua Menteri selain daripada Peguam Negara dan Ketua Setiausaha


Hasil Rundingan Kemerdekaan
Laporan setebal 20 halaman dihasilkan
British bersetuju memberikan kemerdekaan Tanah Melayu melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956.
Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk bagi merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 selepas menerima pandangan daripada Sheikh Abdullah Fahim, ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang

Sambutan Bersejarah di Melaka
20 Februari 1956, Rombongan Merdeka tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.
Rombongan Merdeka diarak hingga ke Padang Banda Hilir Melaka.
Anggaran seramai 100 000 orang hadir dengan berjalan kaki, menaiki lori dan bas dari seluruh negara.
Orang ramai berkumpul untuk mendengar ucapan pengumuman tarikh kemerdekaan.
Hari Kemerdekaan diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957.
Laungan “Merdeka” oleh rakyat dengan gemuruh




Picture
0 Comments

SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957- Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

3/20/2025

0 Comments

 
SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957- Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid diwujudkan pada Jun 1956 setelah mendapat persetujuan di London dan diperkenan oleh Raja -raja Melayu.

Anggota Suruhanjaya Reid / Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada :
Lord Reid
Sir William Ivor Jennings
Sir William McKell
Hakim B.Malik
Hakim Abdul Malik
​

Tugas utama Suruhanjaya Reid :
-membincang, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan terma- terma berikut:
-melindungi kedudukan Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
-menjaga keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
-mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu
-mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dan kerajaan negeri dengan autonomi yang tertentu
-cadangan terhadap jawatan ketua negara iaitu Yang di Pertuan Besar yang kini dikenali sebagai Yang di Pertuan Agong
-memeriksa aturan perlembagaan di seluruh Tanah Melayu dan mengambil kira kedudukan Ratu England dan Raja – raja Melayu.
-cadangan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi satu unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan komanwel berdasarkan demokrasi berparlimen dan dua Dewan Perundangan

Gerak Kerja Suruhanjaya Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu / Suruhanjaya Feid
Menerima cadangan daripada semua penduduk secara lisan dan bertulis
Memorandum bertulis daripada semua pihak diterima untuk diteliti
Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Peraekutuan
Menghadap Raja – raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai
Bermesyuarat dan mengadakan lawatan ke negeri Melayu dan Negeri -negeri Selat
Persidangan diadakan untuk membincangkan pelbagai isu
118 perjumpaan diadakan di antara bulan Jun hingga Oktober 1956
Mengkaji, membuat laporan dan memberi cadangan dalam usaha membentuk perlembagaan bagi sebuah negara yang merdeka




Picture
0 Comments

SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957- Langkah  Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

3/20/2025

0 Comments

 
SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957- Langkah  Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka  

Mendapatkan memorandum  

Perlu nendapatkan memorandum daripada Raja. Raja Melayu  

Menadangkan agar  Yang di Pertuan  Agong menjadi ketua nagara bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. 

Tempoh jawatan Yang di Pertuan Agong adalah selama lima tahun dan dilantik di kalangan Raja -Raja Melayu berdasarkan prinsip kekananan. 

Yang di Pertuan Agong atas persetujuan Majlis Raja -Raja boleh meletakkan jawatan. 

Raja – Raja Melayu memainkan peranan penting dalam melindungi hak istimewa orang Melayu dan menjaga kepentingan sah kaum lain. 

Memorandum daripada Parti Politik dan Pihak Awam  

Kewarganegaraan  

Parti Perikatan mencadangkan melalui Testament Amanah Politik Perikatan. 

Dewan Perniagaan Melayu mencadangkan agar kewarganegaraan diperketatkan. 

Persatuan Dewan Perniagaan Cina Se Malaya pula menggesa kewarganegaraan berasakan kelahiran. 

Masyarakat India pula menuntut agar kewarganegaraan mereka diteliti. 

Masyarakat Serani menuntut agar hak mereka dipertahankan  

 
Bahasa dan Pendidikan  

MCA mencadangkan agar semua sekolah aliran Inggeris dan Vernakular diteruskan san mencadangkan agar sekolah kebangsaan mempelajari bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. 

 
Draft Perlembagaan  

Konsep Raja Berperlembagaan . 

Yang di Pertuan Agong  dipilih bagi Persekutuan Tanah Melayu . 

Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu. 

Pembentukan Parlimen dengan dua Majlis Mesyuarat iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 

Konsep Jus soli juga digunakan bagi mereka yang lahir di Tanah Melayu bagi isu berkata in dengan kewarganegaraan. 


Reaksi terhadap Draft Perlembagaan  

UMNO 

Terdapat ahli UMNO yang menentang draft perlembagaan ini kerana khuatir kedudukan istimewa orang Melayu akan terjejas melalui prinsip Jus Soli. Agama Islam dan Bahaa Melayu harus diangkat sebagai agama dan bahasa rasmi. 

PAS 

Mengkritik isu kewarganegaraan  yang dikatakan tidak menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. 

Ingin menjadikan agama Islam sebagai asas pemerintahan negara. 

Ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 


Parti Negara  

Dato Onn Jaafar menentang dan menolak syarat kewarganegaraan yang longgar  

MIC  

Mahukan penggunaan bahasa Tamil dan syarat kewarganegaraan diberi perhatian  


Kongres telah diadakan pada 4-7 Mei  1957 oleh PAS, Parti Rakyat dan Parti Negara bagi mengkaji draft perlembagaan. 

Sebahagian masyarakat Cina ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan 

 
Penerbangan ke London  

Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Hussein,V.T. Sambanthan dan Ong Yoke Lin mengadakan rombongan ke London untuk membincangkan isu kewarganegaraan dan beberapa isu yang belum muktamad. 

 
Pindahan dan Pindaan  Perlembagaan Persekutuan 1957  

Hasil daripada pindaan dan perubahan disembah perkenaan dan dibincangkan oleh Majlis Raja – raja.  

Pada 10 –11 Julai 1957, draf perlembagaan ini dbentangkan dan dibahaskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. 

Draf  Perlembagaan Persekutuan ini kemudiannya diluluskan oleh Parlimen British dan Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.  

Pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Berkuat kuasa.  
Picture
0 Comments

SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

3/19/2025

0 Comments

 
SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Pada 5 Ogos 1957 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara Raja – Raja Melayu dan Sir Donald MacGillivray bagi pihak Queen Elizabeth II di King’s House, Kuala Lumpur.

Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Raja Berperlembagaan dan konsep demokrasi berparlimen

Yang Di-Pertuan Agong dilantik di kalangan Raja- Raja Melayu pada setiap lima tahun berdasarkan Bahagian IV, Negeri Persekutuan Perkara 32(1).

Kewarganegaraan

Untuk menjadi warganegara Persekutuan setiap yang lahir pada atau selepas hari merdeka akan menjadi warganegara.

Cara-cara untuk menjadi warganegara:

-Perkara 14

Warganegara melalui penguatkuasaan Undang – Undang

-Perkara 15

Warganegara melalui permohonan untuk menjadi rakyat

-Perkara 19

Naturalisasi atau memohon untuk menukar kewarganegaraan.


Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

Termaktub dalam Perkara 153(1), kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara dan semua rakyat di Tanah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai hak dan kewajipan yang sama.

Kedudukan Agama Islam

Perkara 3(1) Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan agama lain boleh diamalkan

Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152(1) di mana Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa pengantar dan komunikasi


Picture
0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly