KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM – Pilihan Raya – Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu

3/18/2025

0 Comments

 
SPM – Pilihan Raya – Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
Pilihan raya merupakan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti untuk membentuk kerajaan.
Pilihan raya juga adalah asas untuk berkerajaan sendiri.
Pilihan raya diadakan selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pilihan raya yang diadakan adalah berperingkat iaitu pada peringkat majlis perbandaran, peringkat negeri dan peringkat Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Kajian dan perbincangan berkaitan pilihan raya diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan.
Pada tahun 1950 Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diadakan bagi memberi kuasa kepada Majlis Tempatan mengadakan pilihan raya.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town, Pulau Pinang
Merupakan pilihan raya perbandaran yang pertama diadakan pada 1951.
Sebelum wujudnya pilihan raya, ahli Majlis Perbandaran dipilih oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Pilihan raya ini diadakan dengan tujuan memilih sembilan ahli Persuruhjaya Perbandaran George Town.
Hari pendaftaran pemilih diadakan selama enam minggu iaitu dari 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951 dan seramai 14,514 orang pengundi telah membuang undi.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
Diadakan pada Februari 1952
Terdapat 12 kerusi Ahli Majlis Perbandaran Kuala Lumpur bagi kawasan Imbi, Sentul, Petaling Jaya dan Bangsar.
Kerjasama diadakan antara UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor dan dikenali sebagai Perikatan. Kerjasama ini membuahkan hasil melalui kemenangan pada pilihan raya majlis perbandaran yang seterusnya.
Pilihan raya majlis perbandaran kemudian diadakan di Johor Bahru,Ipoh, Alor Setar dan Melaka serta Seremban.

Pilihan Raya Peringkat Negeri
Diadakan pada tahun 1954.
Kerjasama antara UMNO – MCA membuahkan hasil apabila memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi.
Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara kaum boleh diterima oleh masyarakat dan betapa pentingnya amalan demokrasi.
Pilihan raya memberi pengalaman kepada rakyat mengendalikan pilihan raya dan juga merupakan persediaan ke arah berkerajaan sendiri



Picture
0 Comments

SPM – Pilhan Raya – Proses Pilihan Raya yang Pertama

3/18/2025

0 Comments

 
SPM – Pilhan Raya – Proses Pilihan Raya yang Pertama
Pilihan raya adalah asas untuk berkerajaan sendiri dan membolehkan rakyat memilih wakil untuk membentuk kerajaaan.
Pilihan Raya Umum yang pertama diisytiharkan oleh Sir Donal MacGillivray
Pilihan Raya Umum yang pertama ini mendapat persetujuan daripada Majlis Raja – Raja dan merupakan perintis ke arah kemerdekaan.
Tujuan Pilihan Raya Umum ini diadakan adalah bagi melantik Ahli Majlis Perundangan Persekutuan.
Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk pada 1 Februari 1945.
Jawatankuasa ini terdiri daripada 46 orang.
Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji hal – hal yang berkaitan dengan perlaksanaan pilihan raya.
Terdapat dua bentuk penyata susunan yang berkaitan tentang MPP. Penyata dalam bentuk A dan Penyata dalam bentuk B.
Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih bentuk A manakala Jawatankuasa Pilihan Raya memilih Bentuk B

Bentuk A
Seorang Speaker
Sebelas orang wakil negeri
Tiga orang ahli dilantik
Dua puluh orang dilantik mewakili kepentingan tertentu
Tiga orang mewakili golongan minoriti
Dua orang ahli rasmi iaitu Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi
Enam puluh orang ahli dipilih melalui pilihan raya
Pilihan raya diadakan tidak lewat dari November 1954
Bentuk B

Seorang Speaker
Sebelas orang wakil negeri
Tiga orang ahli dilantik
Dua puluh orang dilantik mewakili kepentingan tertentu
Tiga orang mewakili golongan minoriti
Dua orang ahli rasmi iaitu Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi
Empat puluh empat orang ahli dipilih melalui pilihan raya manakala lapan lagi dilantik oleh Persuruhjaya Tinggi British
Tiada tarikh tertentu ditetapkan untuk pilihan raya

Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Husein, T.H.Tan dan Tan Cheng Lock pada 21 April 1954 telah berangkat ke London untuk meminta agar tiga perlima daripada jumlah anggota MPP dipilih melalui pilihan raya.

Tunku Abdul Rahman dengan bantuan Lord Ogmore berjaya bertemu dengan ahli Parlimen daripada Parti Liberal, Parti Konservatif dan Parti Buruh British.
Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat rombongan melalui akhbar kepada ahli Parlimen dan rakyat British

Tunku Abdul Rahman kemudian mengadakan rundingan di London dengan Oliver Lyttelton iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British pada 14 Mei 1954 tetapi gagal untuk mendapatkan tiga perlima ahli MPP yang akan dipilih melalui pilihan raya.

Akhirnya jumlah sebanyak 52 orang ahli MPP dipilih melalui pilihan raya dipersetujui oleh Parti Perikatan dan pihak British.

Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
1)Menetapkan bilangan ahli MPP
Membentuk Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan -52 kawasan pilihan raya dibentuk pada 26 April 1954

2)Rang Undang – Undang
Rang Undang -Undang Pilihan Raya diluluskan pada Ogos 1954 bagi membolehkan pilihan raya diadakan

3)Pendaftaran Pengundi
Pendaftaran pengundi diadakan pada -8 Oktober 1954 di seluruh Tanah Melayu san pada 29 Oktober 1954 di Terengganu

4)Penamaan Calon pada 15 Jun 1955
Penamaan calon diadakan. Syarat menjadi calon : warganegara Persekutuan Tanah Melayu, berumur 21 tahun ke atas dan tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam 12 bulan sebelum hari penamaan calon dan berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

5)Kempen Pilihan Raya
Kempen pilihan raya diadakan selama 45 hari

6)Hari Mengundi pada 27 Julai 1955
Syarat menjadi pengundi – berumur 21 tahun ke atas,warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh enam bulan terdahulu dari tarikh 17 Oktober 1954 di Tanah Melayu dan 28 Oktober 1954

7)Pengiraan Undi
Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi untuk dikira
8)Pengumuman Keputusan
​

Pegawai Pengurus akan mengumumkan keputusan pilihan raya. Calon yang mendapat undi majoriti diisytiharkan dan disahkan sebagai wakil yang mewakili bahagian pilihan raya tersebut.
Dalam Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi. Ini menunjukkan kerjasama kaum adalah penting untuk menyatukan kaum yang berbilang bangsa.

Pilihan Raya Awal di Sarawak
Pada tahun 1956 pilihan raya tempatan yang pertama telah diadakan bagi kawasan Kuching Municipal Council (KMC). Ini merupakan perintis ke arah berkerajaan sendiri.
Kawasan Kuching dibahagikan kepada 9 kawasan(wars)
Hasil daripada pilihan raya tempatan, William Tan telah dilantik sebagai pengerusi Kuching Municipal Council (KMC) dan Ong Kee Hui sebagai timbalan Pengerusi (KMC).
Pada 1957 pilihan raya diadakan bagi Sibu Urban District Council (SUDC).
Ting Chen Huat dipilih sebagai pengerusi SUDC dan John Loo Ling Chong sebagai timbalan pengerusi SUDC

Pilihan Raya Awal di Sabah
Pada 16 Disember 1962, pilihan raya kerajaan tempatan yang pertama telah diadakan bagi 118 kawasan ( ward) di bawah Local Government Election Oedinance.
Tanggungjawab menguruskan pilihan raya ini digalas oleh Setiausaha Kolonial Kerajaan Tematan sebagai Penguasa Pilihan Raya.
Seramai 202 calon bertanding bagi 118 kawasan (ward). Sebanyak 53 orang calon menang tanpa bertanding.


Picture
0 Comments

SPM – Pilihan Raya – Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

3/17/2025

0 Comments

 

SPM – Pilihan Raya – Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
Parti Perikatan telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 dan telah membentuk kerajaan Persekutuan yang pertama.
Majlis Perundangan Persekutuan berfungsi untuk menggubal undang -undang pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu bagi melicinkan pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu
Jawatan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama disandang oleh Tunku Abdul Rahman.

Perbezaan antara Majlis Perundangan Persekutuan 1948 dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Majlis Perundangan Persekutuan 1948
Jumlah ahli 77 orang
52 orang adalah ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu
11 orang ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan.
2 orang wakil dari Negeri – Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang.
9 orang Residen British dari 9 buah Majlis Negeri
3 orang ex Officio iaitu Peguam Besar Persekutuan, Ketua Setiausaha Kerajaan dan Setiausaha Kewangan.

Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Jumlah ahli 100 orang
52 orang ahli dipilih melalui pilihan raya umum
35 orang yang dilantik bagi mewakili kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam industri keusahawanan, pertanian, perindustrian dan perlombongan.
11 orang Menteri Besar
2 orang wakil dari Negeri – Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang

Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
Ketua Menteri adalah Tunku Abdul Rahman.
Ketua Menteri mengetuai Kerajaan dan mengambil alih kuasa pentadbiran Tanah Melayu daripada Persuruhjaya Tinggi British.
Proses pembaharuan dan pertukaran mengambil masa dan dilakukan secara berperingkat
Tampuk pemerintahan di peringkat atasan masih dipegang oleh Persuruhjaya Tinggi British dan menentukan hala tuju negara.
Sistem Ahli dimansuhkan. Kuasa pegawai British beransur – ansur diberikan kepada pegawai tempatan. Walau bagaimanapun Pegawai British berperanan sebagai penyelia atau penasihat keselamatan.

Keanggotaan MPP menunjukkan kejayaan dalam amalan demokrasi kerana ia menggambarkan kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dan dipimpin oleh penduduk tempatan yang dipilih oleh rakyat.



Picture
0 Comments

SPM – Pilihan Raya – Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

3/16/2025

0 Comments

 
SPM – Pilihan Raya – Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu  

Selepas Pilihan Raya Umum 1955 kabinet pertama dibentuk. 

Peranan Kabinet Pertama 

Mengurangkan  kuasa pemerintahan British  

Membatalkan kuasa veto Persuruhjaya Tinggi British  

Membincangkan isu berkaitan keselamatan dalam negeri dan pertahanan 

Membincangkan isu berkaitan kewangan dan keperluan orang ramai dalam perkhidmatan awam. 

Mengunakan Sistem Westminter yang digunakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) iaitu sistem demokrasi berparlimen di British  

Jawatan Ketua Menteri yang pertama disandang oleh Tunku Abdul Rahman dan mempunyai kuasa bagi melicinkan pentadbiran negara dengan menubuhkan kabinetnya sendiri. 

Kabinet ini terdiri daripada 10 orang Menteri dan dibantu oleh pegawai British sebagai Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi, Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Kewangan. 

Persuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray  telah mengumumkan Jemaah Menteri setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja – Raja pada 4 Ogos 1955 di King’s House Kuala Lumpur  

 

Anggota kabinet pertama dan jawatan menteri  

Tunku Abdul Rahman – ketua Menteri 

Menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemerdekaan. 

Dato Abdul Razak Hussein – Menteri Pelajaran  

Menyatu padukan bangsa melalui pendidikan  

Dato Sulaiman Dato Abdul Rahman – Menteri  Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancangan Bandar  

Dr Ismail Abdul Rahman – Menteri Tanah dan Galian  

H.S Lee – Menteri Pengangkutan  

Sardon Jubir – Menteri Kerja Raya  

V.T. Sambanthan – Menteri Buruh 

Ingin menjadikan perkhidmatan awam yang lebih ke arah tempatan dengan mengurangkan secara berperingkat pegawai Eropah dalam Malayan  Civil Services (MMCS). 

Leong Yew Koh – Menteri Kesihatan  

Usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan perubatan  secara mungkin 

Ong Yoke Lin – Menteri Pos dan Telekom 

Abdul Aziz Ishak – Menteri Pertanian  
Picture
0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly