KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Latar Belakang  Idea Negara Merdeka

3/15/2025

0 Comments

 
SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Latar Belakang Idea Negara Merdeka
Kesatuan Melayu Muda (1938)
Memperjuangkan konsep Melayu Raya sebagai asas kemerdekaan
Penyatuan dunia Melayu dan bangsa Melayu melalui persamaan dari segi bahasa,kebudayaan, darah dan daerah bagi membentuk rumpun Melayu adalah idea Kesatuan Melayu Muda
Setelah Kesatuan Melayu Muda diharamkan idea Melayu Raya diteruskan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945)
Dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Dr Buharnuddin Al Helmi.
Berusaha mewujudkan semangat kebangsaan dan menjalin hubungan dengan kaum lain bagi mencapai perpaduan.
Memperjuangkan konsep kemerdekaan dengan slogan Merdeka dan melalui konsep Melayu Raya
Mendaulatkan hak rakyat dalam kebudayaan, ekonomi,sosial,politik dan agama

Angkatan Pemuda Insaf (1946)
Menekankan kepada pemerintahan demokrasi, keadilan sosial dan dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat.
Risalah Testament Politik API dan slogan”Merdeka Dengan Darah” merupakan satu bentuk perjuangan bangsa dan tanah air secara lembut dan terbuka tetapi kekerasan boleh digunakan jika keadaan memaksa.
Angkatan Pemuda Insaf (1946) diharamkan oleh pihak British kerana imej radikal yang cuba dipamerkan.

Parti Kebangsaan Melayu Sarawak
Menentang penyerahan Sarawak kepada British
Inginkan kemerdekaan Sarawak di bawah pemerintahan British
Menuntut berkerajaan sendiri seperti dalam perlembagaan 1941 yang dijanjikan oleh Raja Brooke.

Pergerakan Pemuda Melayu (1946)
Sanggup berkorban demi mencapai kemerdekaan penuh Sarawak
Mewujudkan pakatan yang digelar Rukun 13 yang membunuh gabenor.. Pegawai British dan Datu Melayu yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Mempunyai semangat kebencian terhadap penjajah.
Catatan “Merdeka” pada surat – menyurat PPM dengan jelas menggambarkan hasrat PPM ingin mencapai kemerdekaan.

United Malays National Organisation (UMNO)(1946)
Diketuai oleh Dato Onn Jaafar
Bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu,mempertahankan hak orang Melayu dan
Kedudukan istimewa orang Melayu
Terkenal dengan slogan “hidup Melayu” bagi menentang Malayan Union dengan mengekalkan status quo hak orang Melayu dan kedudukan Raja – Raja Melayu
Pada tahun 1951 slogan “Merdeka digunakan bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan.

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (1946)
Berada di bawah pimpinan Tengku Noordin dan Zakaria Gunn.
Dalam penulisan surat Zakaria Gunn sering menekankan slogan “hidup Melayu Merdeka” yang membuktikan bahawa Zakaria Gunn menekankan kepentingan semangat kebangsaan dalam menuntut kemerdekaan.
Menuntut kemerdekaan daripada British dan tidak bekerjasama dengan penjajah

Malayan Indian Congress( 1946)
Kerjasama antara John Thivy dan kaum lain dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu
Menekankan kewarganegaraan yang tunggal bagi mereka yang menerima Tanah Melayu sebagai tanah air dan melafazkan taat setia kepada Tanah Melayu.

Hizbul Muslimin (1947)
Ingin menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sebagai negara Islam
Asas perjuangan tidak dipersetujui oleh British dan diharamkan.
Dipimpin oleh Abu Bakar Al Baqir,Sheikh Fadlulah Suhaimi dan sheik Abdullah Fahim.

Malayan Chinese Association (MCA)
Dipimpin oleh Tan Cheng Lock
Ingin menjadikan Tanah Melayu yang di didiami oleh berbilang kaum sebagai sebuah negara yang berdemokrasi penuh.
Berusaha untuk menyatukan semua kaum Cina dan menjalinkan hubungan dengan semua kaum bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

Parti Islam Se Tanah Melayu (1951)
Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi
Memperjuangkan idea negara Islam
Ingin mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan mengamalkan hukum Islam
Ingin mewujudkan satu negara dan satu bangsa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi yang tunggal

Indepensence of Malayan Party (IMP) (1951)
Ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar.
Berdasarkan idea untuk “Tanah Melayu untuk Malayan”
Selepas tahun 1949, permikiran Dato Onn Jaafar beralih kepada perpaduan kebangsaan.
Tuntutan kemerdekaan hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kaum Melayu dan kaum lain.
Orang Melayu perlu menjadi pemimpin kepada orang bukan Melayu yang turut mempunyai kepentingan dan hak dalam ekonomi dan politik.



Picture
0 Comments

SPM- Usaha Ke Arah Kemerderkaan - Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

3/15/2025

0 Comments

 
SPM- Usaha Ke Arah Kemerderkaan - Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Ketegangan hubungan antara kaum semakin memuncak selepas Perang Dunia Kedua sehingga menimbulkan kesedaran kepada pemimpin British dan kaum tentang kepentingan perpaduan.
Kemerdekaan hanya akan diberikan oleh British jika kerjasama antara kaum Cina, India dan Melayu dapat diwujudkan.
Bagi mencapai kestabilan ekonomi,sosial dan politik dalam usaha mencapai kerajaan sendiri perundingan antara pemimpin kaum telah diasakan.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Ditubuhkan pada Januari 1949.
Perhimpunan pemimpin utama yang mewakili masyarakat berbilang kaum.
“kesaksamaan dan Keadilan umtuk Penduduk Tanah Melayu”merupakan moto utama.

Objektif
Kajian hubungan kaum secara mendalam.
Memperbaiki kedudukan ekonomi,sosial dan politik bagi memastikan wujudnya pembahagian yang adil bagi segenap komuniti.
Mewujudkan keharmonian dan semangat muhibah di kalangan penduduk.

Keanggotaan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Pengerusi (wakil orang Ceylon)
E.E.C Thuraisingham

Penasihat (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara)
Malcom Macdonald

Wakil Orang Melayu
Dato Onn Jaafar (Menteri Besar Johor / Presiden UMNO)

Dr Mustapha Osman
(ahli Jawatankuasa Kerja UMNO)

Zainal Abidin Haji Abbas
(Setiausaha Agung UMNO)

Dato Abdul Wahab Abdul Aziz
Dato Panglima Bukit Gantang
(Menteri Besar Perak)

Mohd Salleh Hakim
(Ahli Majlis Perundangan Negeri Selangor)
Wakil Cina

Yong Shook Lin (Selangor)
C.C Tan ( Singapura)
Tan Cheng Lock (Melaka)
Lee Tiang Keng (Pulau Pinang)

Ahli – Ahli Lain
Roland Bradell (wakil orang Eropah)
L.R Doraisamy Iyer ( wakil kaum India)
Dr J.S Goonting (wakil kaum serani)

Kepentingan:
Membina bangsa dan negara
Membawa negara ke arah kemerdekaan
Meningkatkan kesedaran ke arah kerjasama politik antara kaum
Memberi kesedaran tentang pentingnya berkongsi kepentingam dan membentuk hala tuju yang sama.


Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Isu politik
Kesediaan ke arah berkerajaan sendiri
Penyelesaian
Cadangan ke arah berkerajaan sendiri dengan memberi pengalaman melalui pilihan raya kepada penduduk Tanah Melayu secara berperingkat.
Kesan ke arah perpaduan kaum
Wujudnya pilihan raya pada pelbagai peringkat seperti:
Majlis Bandaran
Majlis Negeri
Majlis Perundangan Persekutuan

Isu kedudukan istimewa orang Melayu
Orang Melayu menuntut agar kedudukan mereka sebagai penduduk asal di rantau ini diakui.
Penyelesaian
Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui kerana menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan mengiktiraf Tanah Melayu ini satu-satunya tanah air mereka .

Kesan ke arah perpaduan kaum
Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain dilindungi

Isu Kedudukan Ekonomi Orang Melayu
Orang Melayu tidak mempunyai peluang dan yang sama dengan orang bukan Melayu dalam bidang perusahaan dan perniagaan

Penyelesaian
Mencadangkan penubuhan agensi untuk membantu pendidikan dan ekonomi orang Melayu

Kesan Ke arah Perpaduan Kaum
Lembaga Pembangunan Desa ditubuhkan (RIDA)
Dato Onn Jaafar berpendapat bahawa bantuan kemajuan luar bandar dan bantuan ekonomi adalah wajar kerana orang Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada orang Bukan Melayu.

Isu Kewarganegaraan Bukan Melayu
Orang Melayu agak tegas dalam isu pemberian kewarganegaraan terhadap orang Bukan Melayu.
Penyelesaian
Bersetuju pemberian kewarganegaraan diberikan kepada orang bukan Melayu bagi memupuk kesetiaan kepada Tanah Melayu dan menjalin kerjasama dan kepentingan antara kaum.
Kesan ke arah Perpaduan Kaum
Memberi kedudukan politik kepada orang bukan Melayu melalui pemberian kewarganegaraan.
Mewujudkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara
Isu Pendidikan
Sistem pembelajaran yang berbeza mengikut kaum.
Menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran hang berbeza berteraskan kaum.
Penyelesaian
Kesetiaan dan perpaduan hanya akan dicapai melalui pembentukan sistem pelajar dan yang seragam.
Kesan ke arah Perpaduan Kaum
Mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan bagi mengkaji sistem pendidikan dan melahirkan sistem pendidikan yang seragam yang diterima oleh semua kaum.


Picture
0 Comments

SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Ahli

3/15/2025

0 Comments

 
SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Ahli
British mengamalkan dasar dekolonisasi
Ia adalah langkah yang untuk mewujudkan kerajaan sendiri secara beransur – ansur kepada tanah jajahannya selepas Peramh Dunia Kedua.
Bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dan disebabkan oleh kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan maka Dato Onn Jaafar telah menyarankan agar peluang pentadbiran dibuka kepada wakil tempatan.

Pembentukan Sistem Ahli
Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1951 mengumumkan senarai anggota Sistem Ahli.
Sistem Ahli melantik penduduk tempatan menerajui Persekutuan Tanah Melayu.
Berdasarkan Sistem Ahli latihan diberikan kepada penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
Sebelum pilihan raya MPP (Majlis Perundangan Persekutuan) diadakan pada bulan Julai 1955 Sistem Ahli telah dilaksanakan pada April 1951 hingga Jun 1955.
Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap beberapa agensi dan jabatan kerajaan.

Rombakan Sistem Ahli pada tahun 1954.
Portfolio baru diperkenalkan dan dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan anggota MPP.
Tiga portfolio kekal di bawah pentadbiran British iaitu Hal Ehwal Ekonomi,Perindustrian dan Perhubungan Sosial dan Perumahan dan Kerja Raya.

Ciri- Ciri Sistem Ahli
Bertaraf menteri
Menjaga portfolio terdiri daripada agensi kerajaan dan jabatan kerajaan
Persuruhjaya Tinggi British melantik Ahli dengan persetujuan Majlis Raja – Raja
Ahli diletakkan di bawah kuasa Persuruhjaya Tinggi British
Ahli mempunyai tanggungjawab dalam mencadangkan undang – undang yang akan dibentangkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Sistem Ahli adalah sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada tokoh masyarakat dan pegawai tadbir.

Keanggotaan Sistem Ahli
Dato Onn Jaafar
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

E.E.C Thuraisingham
Ahli Pelajaran

Lee Tiang Keng
Ahli Kesihatan

Tunku Yakub Ibni Sultan Abd. Hamid
Ahli Pertanian dan Perhutanan

Dato’ Mahmud Mat
Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan

H.S Lee
Ahli Pengangkutan

Dr. ismail Abdul Rahman
Ahli Hasil Bumi


Dato’ Nik Ahmad Kamil
Ahli Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar

Kepentingan Sistem Ahli Ke Arah Kemerdekaan
Memastikan kemerdekaan mendapat sokongan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu
Memupuk perpaduan kerana ahli – ahli terdiri daripada pemimpin pelbagai bangsa.
Memberikan pendedahan dan pembelajaran berkaitan cara mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan.
Merupakan asas melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri.



Picture
0 Comments

SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Pendidikan Kebangsaan

3/13/2025

0 Comments

 
SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Pendidikan Kebangsaan
Di Tanah Melayu terdapat sekolah aliran agama, aliran Inggeris,sekolah vernakular Melayu, Cina dan India.
Di sabah dan Sarawak terdapat sekolah aliran mubaligh kristian, vernakular Melayu dan Cina.
Sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial semakin ketara dengan adanya sistem persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang berbeza-beza.

Laporan Barnes 1951
L.J Barnes mempengerusikan Jawatankuasa Pelajaran Melayu.
Fokus terhadap kepentingan sekolah rendah bagi membina satu rupa bangsa yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal kekal dan menumpukan taat setia.
Kandungan Laporan Barnes 1951
Sekolah rendah menggunakan sebagai bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Laporan Fenn Wu 1951
Diterbitkan atas bantahan ke atas Laporan Barnes
Kajian terhadap pendidikan Cina.
Cadangan penambahbaikan pendidikan Cina kerana memberi faedah kepada penduduk Tanah Melayu.

Kandungan Laporan Fenn Wu 1951
Sekolah Cina diteruskan secara berasingan tetapi berdasarkan sistem kebangsaan
Pendidikan sekolah Cina berorientasikan Tanah Melayu

Ordinan Pelajaran 1952
Diluluskan selepas penelitian Laporan Fenn Wu 1951 dan Laporan Barnes 1951 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran.
Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutjan dibentuk.
Satu sistem berorientasikan Tanah Melayu diperkenalkan dengan semua murid pelbagai kaum disatukan.

Kandungan Ordinan Pelajaran 1952
Terdapat dua jenis sekolah di Tanah Melayu yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Cina dan Tamil hanya akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat 15 murid dalam kumpulan yang sama di sekolah rendah.
Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar di sekolah menengah.

Laporan Woodheard di Sarawak dan Sabah 1955
Perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak dipantau oleh E.W Woodhead.
Beliau turut memberi cadangan terhadap pendidikan di Sabah dan Sarawak.

Cadangan Woodhead merangkumi:
Pemerkasaan pendidikan rendah dan menegah
Penekanan terhadap penguasaan bahasa Inggeris
Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur

Sistem Pendidikan Kebangsaan di Sarawak
Mewujudkan sekolah menegah berbilang kaum dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Seragamkan sukatan pelajaran dan pendidikan
Buku teks berlatarbelakangkan unsur tempatan
Pengajaran pendidikan sivik secara formal di sekolah
Mewujudkan semangat kekitaan dan taat setia kepada Sarawak.

Pendidikan Kebangsaan di Sabah
Meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina.
Bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris di sekolah Melayu.
Peperiksaan sekolah Menengah diadakan dalam bahasa Inggeris.
Menyeragamkan pendidikan sekolah rendah dan menegah serta kurikulum.
Matlamat adalah untuk melahirkan semangat kebersamaan di kalangan kaum di Sabah.
Ordinan Pelajaran Koloni diperkenalkan pada 1956 dengan tujuan untuk meneruskan rancangan Woodhead dalam usaha menyeragamkan peperiksaan dan kurikulum sekolah rendah dan menengah.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
Dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran.
Tujuan:
Mengkaji sistem pendidikan sedia ada dan memberi idea berkaitan tentang sistem pendidikan yang baharu.
Sistem pendidikan yang baharu harus menerapkan unsur – unsur integrasi dan perpaduan kaum.
Ini dapat dicapai melalui;
Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak yang berlainan bangsa
Kandungan kurikulum yang bersifat kebangsaan dan seragam.

Cadangan Jawatankuasa Penyata Pelajaran 1956:
Sekolah (umum) rendah menggunakan bahasa Melayu.
Sekolah Jenis( umum) Rendah menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina.
Semua sekolah rendah dan menegah diwajibkan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib
Sekolah menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi salah satu mata pelajaran.



Picture
0 Comments

SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Penubuhan Parti Politik

3/4/2025

0 Comments

 
SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Penubuhan Parti Politik
Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Ditubuhkan pada Oktober 1945
Dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad , Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Ahmad Boestamam
Menekankan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum
Mewujudkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu
Berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan Melayu Raya

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
Ditubuhkan pada 1946.
Dipimpin oleh Haji Abdillah, Abang Haji Openg, Abang Haji Zaini dan Datu Patinggi Abang
Merupakan penjenamaan semula Parti Melayu Sarawak (PMS) yang diharamkan semasa Jepun menduduki Sarawak
Memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan terhadap Sarawak
Menentang penyerahan Sarawak kepada British

Angkatan Pemuda Insaf (API)
Ditubuhkan pada Februari 1946
Dipimpin oleh Ahmad Boestamam
Mengembleng tenaga pemuda sebagai penggerak kepada perubahan politik
Slogan yang digunakan adalah “Merdeka Dengan Darah”bagi memperjuangkan kemerdekaan

Pergerakan Pemuda Melayu
Ditubuhkan pada Mac 1946
Dipimpin oleh :Awang Rambli,Rosli Dhoby,Morshidi Sidek dan Mohamad Sirat Yaman
Menuntut kemerdekaan Sarawak dan menentang penyerahan Sarawak kepada British

United Malays National Organization (UMNO)
Ditubuhkan pada Mei 1946
Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman
Bertujuan untuk menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain bagi mencapai kemerdekaan

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Ditubuhkan pada Jun 1946
Dipimpin oleh Zakaria Gunn dan Tengku Noordin
Menuntut kemerdekaan Sabah daripada British
Ingin meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi Sabah

Malayan India Congress (MIC)
Ditubuhkan pada Ogos 1946
Di bawah pimpinan John Thivy dan K.L Devasar
Memelihara kepentingan kaum India di Tanah Melayu
Memperjuangkan kemajuan politik dengan semua kaum

Barisan Pemuda (BARIP)
Ditubuhkan pada Disember 1946 di Labuan dan Jesselton
Dipimpin oleh Mandur Syariff, Pengiran Ahmad dan Imam Suhaili Yaakub
Tujuan adalah untuk menuntut keadilan daripada pentadbiran British, mempsrbaili ekonomi dan politik dan menyatukan anak negeri.

Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
Ditubuhkan pada Jun 1947
Dipimpin oleh Ahmad Zaidi Adeuce dan Abang Mohd Kassim Taha
Memperjuangkan keinginan masyarakat bumiputera untuk mencapai kemerdekaan dan menentang penyerahan Sarawak kepada British

Malaya Chinese Association (MCA)
Ditubuhkan pada Februari 1949
Dipimpin oleh H.S Lee, Yong Shook Lin dan Tan Cheng Lock.
Bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina dan bekerjasama dalam menentang ancaman komunis di Tanah Melayu.

Independence of Malayan Party (IMP)
Ditubuhkan pada September 1951
Dipimpin oleh Dato Onn bin Jaafar dan Tan Cheng Lock
Berusaha untuk menyatukan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di Tanah Melayu
Berpendapat asas kerjasama antara kaum adalah penting bagi mencapai kemerdekaan

Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS)
Ditubuhkan pada November 1951
Dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmi dan Haji Ahmad Fuad Hassan
Ingin menyatukan pentadbiran Islam di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu

People Progressive Party (PPP)
Ditubuhkan pada Januari 1953
Dipimpin oleh Dr S kanapathippilai dan Dr Seenivasagam
Memperjuangkan keadilan sosio-ekonomi melalui demokrasi berparlimen dan memperjuangkan hak yang sama bagi semua kaum

Parti Negara
Ditubuhkan pada Februari 1954
Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Dato Hamzah Abdullah, Heah akok Seong, P Ramani dan E.E.C Thuraisingam
Membentuk parti bagi semua rakyat dalam usaha penubuhan Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum


Picture
0 Comments

SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Penubuhan Parti Politik

3/4/2025

0 Comments

 
SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Penubuhan Parti Politik
Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Ditubuhkan pada Oktober 1945
Dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad , Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Ahmad Boestamam
Menekankan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum
Mewujudkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu
Berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan Melayu Raya

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
Ditubuhkan pada 1946.
Dipimpin oleh Haji Abdillah, Abang Haji Openg, Abang Haji Zaini dan Datu Patinggi Abang
Merupakan penjenamaan semula Parti Melayu Sarawak (PMS) yang diharamkan semasa Jepun menduduki Sarawak
Memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan terhadap Sarawak
Menentang penyerahan Sarawak kepada British

Angkatan Pemuda Insaf (API)
Ditubuhkan pada Februari 1946
Dipimpin oleh Ahmad Boestamam
Mengembleng tenaga pemuda sebagai penggerak kepada perubahan politik
Slogan yang digunakan adalah “Merdeka Dengan Darah”bagi memperjuangkan kemerdekaan

Pergerakan Pemuda Melayu
Ditubuhkan pada Mac 1946
Dipimpin oleh :Awang Rambli,Rosli Dhoby,Morshidi Sidek dan Mohamad Sirat Yaman
Menuntut kemerdekaan Sarawak dan menentang penyerahan Sarawak kepada British

United Malays National Organization (UMNO)
Ditubuhkan pada Mei 1946
Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman
Bertujuan untuk menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain bagi mencapai kemerdekaan

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Ditubuhkan pada Jun 1946
Dipimpin oleh Zakaria Gunn dan Tengku Noordin
Menuntut kemerdekaan Sabah daripada British
Ingin meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi Sabah

Malayan India Congress (MIC)
Ditubuhkan pada Ogos 1946
Di bawah pimpinan John Thivy dan K.L Devasar
Memelihara kepentingan kaum India di Tanah Melayu
Memperjuangkan kemajuan politik dengan semua kaum

Barisan Pemuda (BARIP)
Ditubuhkan pada Disember 1946 di Labuan dan Jesselton
Dipimpin oleh Mandur Syariff, Pengiran Ahmad dan Imam Suhaili Yaakub
Tujuan adalah untuk menuntut keadilan daripada pentadbiran British, mempsrbaili ekonomi dan politik dan menyatukan anak negeri.

Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
Ditubuhkan pada Jun 1947
Dipimpin oleh Ahmad Zaidi Adeuce dan Abang Mohd Kassim Taha
Memperjuangkan keinginan masyarakat bumiputera untuk mencapai kemerdekaan dan menentang penyerahan Sarawak kepada British

Malaya Chinese Association (MCA)
Ditubuhkan pada Februari 1949
Dipimpin oleh H.S Lee, Yong Shook Lin dan Tan Cheng Lock.
Bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina dan bekerjasama dalam menentang ancaman komunis di Tanah Melayu.

Independence of Malayan Party (IMP)
Ditubuhkan pada September 1951
Dipimpin oleh Dato Onn bin Jaafar dan Tan Cheng Lock
Berusaha untuk menyatukan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di Tanah Melayu
Berpendapat asas kerjasama antara kaum adalah penting bagi mencapai kemerdekaan

Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS)
Ditubuhkan pada November 1951
Dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmi dan Haji Ahmad Fuad Hassan
Ingin menyatukan pentadbiran Islam di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu

People Progressive Party (PPP)
Ditubuhkan pada Januari 1953
Dipimpin oleh Dr S kanapathippilai dan Dr Seenivasagam
Memperjuangkan keadilan sosio-ekonomi melalui demokrasi berparlimen dan memperjuangkan hak yang sama bagi semua kaum

Parti Negara
Ditubuhkan pada Februari 1954
Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Dato Hamzah Abdullah, Heah akok Seong, P Ramani dan E.E.C Thuraisingam
Membentuk parti bagi semua rakyat dalam usaha penubuhan Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum


Picture
0 Comments

SPM – Usaha ke arah Kemerdekaan – Kerjasama Politik Ke Arah Kemerdekaan

3/4/2025

0 Comments

 
SPM – Usaha ke arah Kemerdekaan – Kerjasama Politik Ke Arah Kemerdekaan

Pakatan PUTERA – AMCJA
Dr Burhanuddin Helmi daripada Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Tan Cheng Lock yang mengetuai All Malaya Council Of Joint Action (AMCJA) telah membentuk Pakatan PUTERA- AMCJA pada Disember 1947.
Pakatan PUTERA – AMCJA merupakan perintis kepada kerjasama politik antara kaum.
Bagi membina negara bangsa yang merdeka, manifesto Perlembagaan Rakyat telah diwujudkan.
Antara perkara utama dalam manifesto berfokus kepada penerimaan satu kewarganegaraan,Dewan Perundangan dan pemerintahan sendiri.

Persidangan Kebangsaan
Pada bulan Februari 1954, Persidangan Kebangsaan telah berlangsung.
Persidangan ini membincangkan langkah- langkah yang harus diambil untuk membentuk gabungan parti politik yang bersatu.
Pilihan Raya Persekutuan turut dituntut
Persidangan ini diketuai oleh Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Dato Panglima Bukti Gantang, Menteri Besar Perak.
Disertai oleh Independence of Malayan Party, Persatuan Eurasian Malaya, Persatuan Ceylonese Malaya dan Malayan Indian Congress.

Konvensyen Kebangsaan
Fokus konvensyen adalah usaha ke arah mencapai kemerdekaan dan masa depan Tanah Melayu.
Dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman dari UMNO dan Tan Cheng Lock dari MCA.
Persatuan Melayu Semenanjung, Persatuan Melayu Kelantan dan Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) turut menyertai konvensyen kebangsaan yang diadakan pada Ogos 1954.
Resolusi telah diadakan untuk mendesak pihak British mengadakan pilihan raya persekutuan
​

Pembentukan Parti Perikatan
Ditubuhkan pada Oktober 1954.
Terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.
Merupakan kerjasama tiga kaum di Tanah Melayu.
Meletakkan kesetiaan kepada Raja dan negara dan usaha ke arah mencapai kemerdekaan.
Parti Perikatan menggunakan logo kapal layar yang melambangkan kesediaan untuk mengharungi cabaran dan rintangan demi mencapai kemerdekaan.



Picture
0 Comments

February 23rd, 2025

2/23/2025

0 Comments

 
0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly