SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 -Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 194812/3/2024 SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 -Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union ditolak oleh penduduk tempatan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu Usaha merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan oleh Jawatankuasa kerja. Persekutuan adalah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tediri daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Penubuhan Jawatankuasa kerja Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa kerja dibentuk Tugas bermula pada Ogos 1946 sehingga November 1946 Jawatankuasa Kerja bertujuan untuk membincangkan asas kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Cadangan Jawatankuasa Kerja: -syarat kewarganegaraan yang lebih ketat -Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri ditubuhkan -memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja – raja Melayu -menyatukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran termasuk dua buah negeri – negeri selat Ahli Jawatankuasa Kerja Wakil Raja – raja Melayu: Raja Ngah Mansor, Raja kamarulzaman, Dato’ Hamzah Abdullah, Dato’ Nik Ahmad kamil Mahmud, Haji Mohamad Shariff Osman Wakil Kerajaan British A.T. Newboult, W.D Godsall, K.K.O’Connor, D.W. Linehan, A.William dan D.C Watherston. Wakil UMNO Haji Megat Yunus, Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin dan Dato’ Onn Jaafar Pegawai Pemerhati dan Penasihat Undang – Undang Penasihat Raja – Raja Melayu – Theodore Adams Penasihat Undang – Undang UMNO – Roland Bradell Pemerintah dan wakil Gabenor Jeneral – Ralph Hone
0 Comments
SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Gerakan Nasionalis Radikal Melayu
Tindakan Kerajaan British menjalanakan rundingan dengan UMNO tanpa melibatkan PKMM telah dikritik oleh Nasionalis Melayu Radikal. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah dibentuk oleh golongan nasionalis Melayu hasil gabungan beberapa pertubuhan seperti berikut: Pertubuhan : Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM) Pemimpin: Dr. Burhanuddin al -Helmi Pertubuhan : Angkatan Pemuda Insaf ( API) Pemimpin : Ahmad Boestamam Pertubuhan : Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) Pemimpin: Shamisah Fakeh Pertubuhan: Hizbul Muslimin Pemimpin : Abu Bakar al – Baqir Pertubuhan: Barisan Tani Melayu ( BATAS) Pemimpin : Musa Ahmad Pertubuhan : Gerakan Angkatan Muda ( GERAM) Pemimpin : Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail Gabungan PUTERA – AMCJA AMCJA atau All Malaya Council of Joint Arction dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock dan terdiri daripada gabungan: Malayan Indian Congres (MIC), Presiden ialah John Thivy Malayan Democratic Union (MDU), Pengerusi ialah John Eber Pan Malayan Federation of Trade, Setiausaha ialah Chan Loo Penubuhan ini dikaitkan dengan golongan bukan Melayu yang menganggap British tunduk kepada tuntutan UMNO. Selain itu jawatankuasa kerja juga dianggap tidak demokratik AMCJA bergabung dengan PUTERA. Mereka menolak Perjanjian Persekutuan dan membantah pembentukan Jawatankuasa kerja kerana: -tiadanya wakil bukan Melayu -Perlembagaan Persekutuan tidak demokratik -mengukuhkan kedudukan British -bersifat perkauman Pada Julai 1947, Cadangan perlembagaan yang disemak oleh Jawatankuasa kerja telah diumumkan kepada awam. Cadangan ini telah ditentang secara terbuka oleh PUTERA – AMCJA Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal Golongan nasionalis Melayu radikal ini telah memperjuangkan kemerdekaan sejak 1930an. Matlamat perjuangan golongan Nasionalis Melayu Radikal: Menyatukan seluruh Tanah Melayu Membebaskan tanah air dairpada penjajahan Memperjuangkan hak semua kaum dalam sebuah negara Tidak berkompromi dengan penjajah dalam menuntut kemerdekaan Menekankan kebebasan bersuara, perhimpunan dan penerbitan akhbar Berjuang berdasarakn prinsip dan falsafah Membela ketidakadilan Golongan ini bukan tokoh setempat tetapi melangkaui jarak sempadan dan kenegerian sehigga menjadi tokoh politik nasional, Akhbar Suara Rakyat diterbitkan oleh Ahmad Boestamam sebagai wadah untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka. Sesetengah Masyarakat sudah menerima fahaman kebangsaan golongan nasionalis Melayu. PKMM telah menubuhkan cawangan di seluruh negeri Perak, Hulu Langat, Selangor dan Temerloh, Pahang. Keahlian PKMM mencecah 53 ribu orang pada Julai 1947. SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948- Kandungan Perlembagaan Rakyat
Kandungan Perlembagaan Rakyat -Tanah Melayu disatukan dengan Singapura -Kewarganegaraan Malaya dinamakan Melayu -Perhatian khas kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu -Bahasa rasmi Tunggal bagi Malaya adalah bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan. -Dewan Perundangan Pusat dan Majlis – Majlis Negeri ditubuhkan bagi seluruh Tanah Melayu. -Warna merah dan putih dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu. -Orang Melayu melalui Majlis Khas mengetuai hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. -Petahanan dan hal – ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Tanagh Melayu dan Kerajaan British. -Raja – raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan turut menerima nasihat daripada Majlis Mesyuarat. -Kewarganegaraan yang sama bagi orang yang menganggap Malaya sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi. Perlembagaan Rakyat ditolak oleh Pihak British British menerima perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang digubal Jawatankuasa kerja. Pada 20 Oktober 1947 telah diadakan Hari Hartal Se- Malaya. Dewan Perniagaan Cina telah menyokong Hari Hartal Sedunia dan ia diadakan di bandar utama di Tanah Melayu. Sebelum itu, PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal pada 20 September 1947 dan menyeru agar semua peniaga menutup kedai sebagai tanda bantahan. SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Cadangan PUTERA – AMCJA
PUTERA – AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948. Perlembagaan Rakyat telah dicadangkan sebagai alternatif. PUTERA – AMCJA tidak bersetuju dengan Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada Raja – raja Melayu, UMNO dan British. PUTERA telah mencadangkan dan memberikan perhatian kepada isu: -Kedudukan Bahasa Melayu -Pertahanan dan hal – ehwal luar negeri -Syarat kewarganegaraan Tanah Melayu -Bendera dan Lagu Kebangsaan Cadangan AMCJA pula berfokus kepada : -sebuah Kerajaan Pusat yang kuat -Tanah melayu bergabung dengan Singapura -Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu -Syarat kewarganegaraan -Adat istiadat dan agama Islam -Raja – raja Melayu sebagai Raja berperlembagaan Perlembagaan Rakyat dibentuk pada akhir Mac 1947 hasil gabungan Cadangan PUTERA – AMCJA. SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Faktor – Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 194811/26/2024 SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Faktor – Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union Pelaksanaan Malayan Union ditentang oleh orang Melayu, Raja – raja Melayu dan Cendiakawan Melayu serta UMNO. Ahli Parlimen British L.D.Gammans dan David Rees William melaporkan hasil lawatan tersebut ke Dewan Parlimen British selepas Kembali ke England. Pelaksanaan Malayan Union akan menyebabkan keadaan huru- hara di Tanah Melayu tegas L.D Gammans. Raja – raja Melayu, British dan UMNO telah mengadakan rundingan bagi menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan UMNO dan Raja – Raja Melayu Rundingan dengan Raja – Raja Melayu diadakan pada 27 Mei 1946 oleh Gabenor Jeneral Malcom MacDonald dan Gabenor Malayan Union Sir Edward Gent di Kuala Kangsar berkaitan cara mengatasi konflik orang Melayu dan Kerajaan British berkaitan Malayan Union. Antara Cadangan – Cadangan Raja – raja Melayu adalah : -Gabenor digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi. -Raja berkuasa dalam perundangan -Persekutuan bertaraf naungan dan bukan tanah jajahan -Perjanjian baharu menggantikan Malayan Union Perkataan “Negeri – negeri Melayu” perlu ada dalam Persekutuan yang baharu. Sir Edward Gent telah didesak oleh Sultan Perak yang merupakan jurucakap Raja – raja Melayu agar British menerima usul pembentukan Persekutuan sebelum membincangkan perkara lain. Surat bantahan telah dihantar oleh L.D Gammans dan Rees Williams daripada Sultan Perak di Parlimen British. Sokongan Pentadbir British Pentadbir British seperti Sir Malcom MacDonald, Sir Edward Gent, Sir Ralph Hone, L.D. Gammans, Roland Braddell, Theodore Adams, W.Linehan dan A.T. Newboult menyokong konsep Persekutuan yang dapat mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi. Raja – raja Melayu berdasarkan Cadangan Sir Ralph Hone harus diberikan kuasa tertentu dalam Majlis Perundangan dan Majlis Negeri. Sir Edward Gent telah mengadakan pertemuan dengan UMNO pada Mei 1946 di Pulau Pinang dan 18 Julai 1946 di King’s House Kuala Lumpur. Dato’ Onn Jaafar dan Raja – raja Melayu telah diberi peluang oleh British mengemukakan Cadangan balas. Persekutuan akan mendorong pelaburan asing dengan wujudnya politik yang stabil dan keamanan. British turut menjalankan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( PBB) melalui Piagam Atlantik. Dasar dekolonisasi ialah proses ke arah berkerajaan sendiri. SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Ciri – Ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
Ciri – Ciri Pentadbiran Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang ditadbir berasingan. Persekutuan Tanah Melayu 1948 terdiri daripada gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri – negeri Selat. Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai kuasa eksekutif menerajui Kerajaan Persekutuan. Sebarang hal berkaitan kewangan dan kepentingan bersama diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan. Bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan telah diwujudkan. Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum manakala Majlis Mesyuarat Persekutuan terdiri daripada ahli rasmi dan ahli tidak rasmi. Pada peringkat permulaan ahli tidak rasmi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi. Kuasa Raja – Raja Melayu Raja – raja Melayu diberi kuasa untuk memberi pandangan melalui Majlis Raja – Raja. Sultan diberi kuasa untuk memperkenankan rang undang – undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. Perundangan Pesuruhjaya Tinggi mengetuai Majlis Perundangan Persekutuan. Majlis Perundangan Persekutuan mempunyai bidang kuasa yang mencakupi hal – ehwal luar, kehakiman, ketenteraman awan, perdagangan, percukaian dan komunikasi. Perkenan Raja – Raja Melayu melalui Majlis Raja – Raja diperlukan bagi setiap rang Undang – Undang. Kewarganegaraan Secara Pendaftaran Mereka yang lahir di Persekutuan dan telah bermaustatin selama 15 tahun daripada 20 tahun dari hari permohonan. Perlu mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, bersetuju untuk mencurahkan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu serta menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Secara Kuat Kuasa Undang – Undang Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British. Pemohon yang lahir di luar negeri bapanya mestilah rakyat Raja dan Rakyat British. Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas Tarikh perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Rakyat Raja ialah orang Melayu atau orang Asli yang lahir dan menetap di negeri Melayu yang mempunyai Sultan. Rakyat British ialah mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang, dan mana – mana tanah jajahan British yang lain. Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat boleh memohon melalui mana – mana undang – undang yang dikuatkuasakan. SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948- Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Mengembalikan Kedudukan Raja – raja Melayu Kuasa Raja – raja Melayu dikembalikan melalui Persekutuan Tanah Melayu 1948. Peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan Majlis Raja – raja. Majlis Raja – raja Melayu dianggotai oleh sembilan orang Raja Melayu dan seorang menjadi Pengerusi. Raja akan selalu dirujuk untuk memberi pandangan berkaitan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Kedudukan Istimewa Orang Melayu Terpelihara Persekutuan Tanah Melayu 1948 akan menjaga kedudukan Istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. Membuka Ruang Kewarganegaraan Orang bukan Melayu boleh menjadi warganegara dan orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang menerima kedudukan Istimewa. Wujud Kerjasama Kaum Communities Liasion Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan sebagai membuka ruang ke arah perpaduan dan Kerjasama antara kaum. Majlis perundangan Persekutuan meluluskan Cadangan CLC dimasukkan ke dalam usul perundangan. CLC berjaya dalam memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum. Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan titik tolak kepada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1948. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
January 2025
Categories
All
Archives
January 2025
|
Proudly powered by Weebly