SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita -British Military Administration ( BMA)
Selepas tentera Jepun menyerah kalah, British Military Administration telah bermula pada 12 September 1945 di Tanah Melayu. Pentadbiran tentera atau BMA ini diletakkan di bawah Lord Mountbatten yang merupakan Komander Tertinggi Tentera Bersekutu Aisa Tenggara ( 1943-1946). Brigedier Jeneral H.C Wilan yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Hal – Ehwal Awam bertindak dalam perancangan bagi hal – ehwal awam di Tanah Melayu. Tujuan utama BMA adalah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat agar menyokong kepulangan British ke Tanah Melayu semula. British berusaha membaiki prasaran, kemudahan Kesihatan, ladang getah, lombong bijih timah yang dimusnahkan oleh Jepun. Pemulihan sosioeknomi diharapkan agar dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada British. Namun sosioeknomi agar sukar dipulihkan. Ini berpunca daripada kesukaran membawa masuk jentera, mesin, teknologi dan alat ganti. Rakyat berasa hampa di atas kegagalan BMA mengatasi masalah sosioeknomi seperti yang diharapkan. Tujuan Utama British Military Administration ( BMA) BMA pada 1 Disember 1945, telah memulihkan kestabilan dan keamanan dengan membubarkan pasukan MPAJA. Senjata yang diberi semasa pendudukan Jepun diarah untuk dikembalikan namun BMA gagal mengumpulkan semua senjata. BMA telah gagal dalam membanteras keganasan, jenayah, Kongsi gelap dan masalah ketegangan kaum. Memulihkan Kepercayaan Rakyat Pemerintahan Jepun menyebabkan rakyat mengalami kesusahan hidup Bahan ubat – ubatan dan makanan sukar untuk diperolehi. Jika ada harga melambung tinggi. Kekurangan zat makanan menyebabkan penyakit mudah merebak seperi beri – beri. Rakyat tiada wang untuk membeli makanan. Kebuluran berlaku di merata – rata tempat. Di Kuala Lumpur, kegiatan pasar gelap ,meyorok barang, peras ugut dan amalan rasuah semakin tidak terkawal. Pentadbiran BMA diharapkan dapat menyelamatkan kehidupan rakyat yang menderita kesan pemerintahan Jepun.
0 Comments
SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Gagasan Malayan Union
Tujuan Gagasan Malayan Union adalah untuk menggantikan British Military Administration ( BMA) Matlamat British adalah untuk: -Mengukuhkan sektor pertahanan -Orang asing dikekalkan sebagai sumber tenaga kerja bagi meningkatkan ekonomi -Melancarrkan sistem pentadbiran -Meningkatkan pelaburan ekonomi Pentadbiran Malayan Union telah dirangka oleh Unit Perancang Tanah Melayu, iaitu Mejar Jeneral Ralph Hone. Kronologi Pelaksanaan Gagasan Malayan Union Februari 1943-Unit Perancangan Tanah Melayu diwujudkan di Tanah Melayu. 25 April 1943- Persatuan Pelajar Melayu Britain telah menghantar memorandum di mana mereka meminta agar hak kewarganegaraan di Tanah Mleayu tidak mengikut Jus Soli. 10 Oktober 1945- George Henry Hall iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British telah membentangkan rancangan Malayan Union di Parlimen British. 25 Janurari 1946 – Pembentangan Kertas Putih 6274 yang mengandungi 13 Perakra Kandungan Malayan Union yang diluluskan oleh Parlimen British di London. 1 Apirl 1946 – Pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu. Ciri – Ciri Perlembagaan Malayan Union Negeri – Negeri Melayu Bersekutu, Negeri – Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri – Negeri Selat kecuali Singapura diletakkan dalam satu unit pentadbiran. Gagasan Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Raja England. Majlis Perundangan dan Majlis Eksekutif diwujudkan dan berada di bawah Pesuruhjaya Tinggi British. Raja – Raja Melayu Sultan hanya berperanan sebagai Ahli Majlis Raja – Raja dan hanya terlibat dalam hal – hal yang berkaitan tentang agama Islam dan adat istiadat Kewarganegaraan ( Prinsip Jus Soli) Proses kewarganegaraan berasaskan Prinsip Jus Soli: -Rakyat yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga Malayan Union. -Meraka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermaustatin selama 10 tahun hingga 15 tahun akan diberi kewarganegaraan. -Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun turut diberikan kewarganegaraan jika ibu = bapanya adalah warganegara. British Mendapatkan Tandatangan Sultan H.C Wilan menghadap Raja – raja Melayu H.C Wilan menjalankan tugasnya dari 8 September 1945-29 September 1945. H.C Wilan telah menghadap Sultan Johor, Sultan Selangor( Sultan Hisamuddin Alam Shah), Sultan Kedah, Raja Perlis dan Sultan Perak. Pada 23 Disember 1945, beliau menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan 28 September 1945 menemui Sultan Pahang. Kemudiannya Sultan Ali di Terengganu dan akhirnya Sultan Kelantan. Beliau yakin dalam laporannya Raja – raja Melayu akan menyokong dan menandatangi perjanjian Malayan Union. Misi Sri Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan Sir Harold MacMichael Berjaya mendapatkan tandatangan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim pada 20 Oktober 1945 setelah menghadap Sultan Johor pada 18 Oktober 1945. Pada 24 Oktober 1945, Sultan Hisamuddin Alam Shah telah menurunkan tandatangan. Pada 31 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael telah menghadap Sultan Pahang iaitu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al – Muadzam Shah dan tandatangan telah diturunkan pada 2 November 1945. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman selepas didesak oleh Sir Harold MacMichael terpaksa menurukan tandatangan pada 14 November 1945. Pada 22 November 1945, Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Aziz telah menurukan tandatangan setelah melengah – lengahkan masa.a Perdebatan berlaku dengan Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah namun Sir Harold MacMichael tetap Berjaya mendapatkan tandatangan baginda pada 2 Disember 1945. Pada 4 Disember 1945, Sir Harold MacMichael Berjaya mendapatkan tandatangan Raja perlis iaitu Tuanku Syed Putra Jamalulail. Sir Harold MacMichael telah mengugut Sultan Ibrahim iaitu Sultan Kelantan pada 15 Disember 1945 dengan menyatakan bahawa kedudukan takhta Raja- raja Melayu yang enggan menurukan tandatangan tidak akan diiktiraf. Akhirnya baginda beralah dan menurukan tandatangan perjanjian pada 17 Disember 1945. Sultan Ismail Nasirrudin Shah enggan menurukan tandatangan kerana bertentangan dengan Undang – Undang Tubuh Negeri Terenggau tetapi akhirnya terpaksa akur dan menandatangani perjanjian pada 21 Disember 1945. SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union – Penentangan Raja – Raja Melayu Terhadap Malayan Union
Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946. Malayan Union ditentang oleh Raja – raja Melayu , orang Melayu dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Penentangan Raja – raja Melayu terhadap Malayan Union Penentangan adalah disebabkan oleh : Malayan Union adalah bentuk penjajahan mutlak oleh Kerajaan British Kehilangan kuasa politik dan kedaulatan secara tipu helah dan tidak sah. Membawa ke Mahkamah Tinggi England Persidangan Raja – raja Melayu telah diadakan di Istana Iskandariah Kuala Langsar dan telah memutuskan untuk menghanta bantahan. Jika kehadiran Sultan Perak, Sultan Johor, dan Sultan Kedah diperlukan oleh Mahkamah Tinggi England maka baginda akan berangkat ke England. Berdasarkan sistem perundangan British persetujuan daripada Raja – raja Melayu telah diperolehi oleh Sir Harold MacMichael secara tipu helah dan tidak sah. Menghantar Surat Bantahan ke London Surat bantahan telah dihantar kepada George Hall oleh Sultan Kedah, Perak dan Johor atas alasan baginda diperdaya oleh Sir Harold MacMichael. Beberapa Raja – raja Melayu mendakwa bahawa mereka diugut untuk menurunkan tandatangan tanpa menyedari kesannya dan memohon British memansuhkan persetujuan yang telah ditandatangani. Telegram telah diutuskan oleh Tuanku Syed Putra Jamalullail kepada Kerajaan British di London kerana baginda tidak berpuas hati dengan tindakan Sir Harold MacMichael yang tidak memberi peluang kepada Baginda untuk mendapatkan nasihat pembesar negeri. Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union Raja- raja Melayu telah berjumpa dengan Dato Onn Jaafar di Hotel Station sebelum memulaukan upacara pelantikan Gabenor Sir Edward Gent. Resolusi Kongres Melayu telah dibentangkan oleh Dato Onn Jaafar yang menyeru agar Raja – raja Melayu bersama dengan rakyat memboikot upacara pelantikan Gabenor Malayan Union. Ribuan orang Melayu berhimpun di Hotel Station sambil melaungkan ‘Hidup Melayu’ dan ‘ Daulat Tuanku’. Akhirnya majlis pelantikan terseebut diboikot dan sidang akhbar telah diadakan. Menyokong Kongres Melayu Tujuan Kongres Melayu adalah untuk menunjukkan kesungguhan orang Melayu menentang Malayan Union. Kongres Melayu pertama telah dirasmikan oleh Sultan Hishamuddin Alam Shah yang turut menderma $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor yang menjadi tuan rumah kongres Melayu Pertama. Gerakan menentang Malayan Union yang dipimpin oleh Permaisuri Perak. Ahli Parlimen British telah tiba di Kuala Kangsar, Perak pada 28 Mei 1946. Di Padang Besar Diraja Kuala Kangsar perhimpunan besar – besaran yang menggabungkan Raja dan rakyat menentang Malayan Union telah diadakan. Tuanku Perak, Raja Perempuan Kelsom mengetuai barisan perarakan bersama Wanita negeri Perak. Perarakan berjalan melintasi Ahli Parlimen British, Raja – raja Melayu dan pemimpin UMNO. Semangat Tuanku Puteri dikagumi ramai. SPM – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union – Penentangan Rakyat Terhadap Malayan Union
Bantahan Secara Besar – Besaran oleh UMNO Ahli Parlimen British L.D Gammans daripada Parti Konservatif dan David Rees Williams daripada Parti Buruh telah tiba di Tanah Melayu selepas penubuhan Umno. Ahli – ahli Parlimen British telah diarahkan untuk melakukan tinjauan berkaitan kebangkitan rakyat menentang Malayan Union. Tunjuk perasaan besar – besaran telah diadakan oleh UMNO ketika lawatan ahli Parliamen tersebut. Laporan telah dibuat kepada Pejabat Tanah Jajahan dengan mengatakan bahawa Sultan yang menandatangani perjanjian Malayan Union tidak menyedari kesan daripada perjanjian tersebut. Alor Setar Kedah 50 000 orang meyertai bantahan dengan memenuhi tebing jalan raya Dari Titi Bumbung Lima hingga Bandar Alor Setar Ipoh, Perak Perhimpunan diadakan di Pekan Ahad, Jalan Datuk, Ipoh. Sepanduk dibawa dengan solang seperti “Kami berkehendak Naungan Bukan Penaklukan”, “Janagn kecewakan kami” dan laungan “ hidup melayu bergema”. Pulau Pinang Rapat umum diadakan di Francis Light School. Wujudnya sepanduk yang berbunyi seperti “ Humbankan Perjanjian MacMichael” serta laungan “ hidup Melayu”. Seremban, Negeri Sembilan Orang ramai berkumpul serta berbaris di sepanjang jalan masuk ke istana dengan sepanduk yang tertulis “ MacMichael ialah imperialis” dan “ kekalkan takhta Kerajaan Raja – Raja Melayu”. Kuala Lumpur Satu rapat umum diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baru di mana pemimpin Melayu berucap membantah Malayan Union. Klang, Selangor Orang Melayu berkumpul di padang dan perkarangan Istana Alam Shah dalam usaha membantah Malayan Union. Mengadakan Kongres Melayu Perjuangan mula berkembang ke peringkat kebangsaan apabila Za’ba yang merupakan Yang DiPertua Persatuan Melayu, Selangor menghubungi Tunku Abdul Rahman di Kedah, Dato Panglima Bukit Gantang di Perak dan Dato Onn Jaafar di Johor. Sebuah badan induk telah dizahirkan sebagai pemangkin menentang Malayan Union. Kongres Melayu telah ditubuhkan atas persetujuan pemimpin dan cendiakawan Melayu. Kongres Melayu Pertama Didakan pada 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946. 41 pertubuhan Melayu telah menghantar wakil yang terdiri daripada tokoh ekonomi, politik dan sosial serta perniagaan untuk menentang Malayan Union. Kongres Bersetuju menubuhkan UMNO. Malayan Union diumpamakan sebagai semboyan yang memanggil orang Melayu dari seluruh negeri untuk menyertai satu kongres serta merupakan obor yang membakar semangat bangsa Melayu. UMNO telah Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Orang Melayu menganggap hari lahirnya Malayan Union sebagai hari kematian maka disebabkan oleh itu Lilitan kain putih dikenakan pada songkok menandakan sebagai berkabung. Kongres Melayu Kedua Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Kedua diadakan di Istana Johor, Johor Bahru. Pada 11 Mei 1946, UMNO telah ditubuhkan di Istana Johor. UMNO menjadi penggerak bagi memupuk semangat perpaduan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu Bantahan di Negeri – negeri Melayu Di Kelantan Di Kelantan pada 15 Disember 1945, 10 000 orang telah berkumpul di Kota Bharu ketika Sir Harold MacMichael dating bagi mendapatkan tandatangan Sultan Kelantan. Di Kedah Ribuan orang Melayu berarak di Alor Setar pada 19 Januari 1946 menentang Malayan Union. Perarakan dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS, Persatuan Melayu Kedah dan Kesatuan Ulama Kedah. Tuan Haji Hussein Che Dot, Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah dan Senu Abdul Rahman yang merupakan Setiausaha Agung SABERKAS telah mengkritik kandungan Kertas Putih Malayan Union yang mencabul kedaulatan bangsa Melayu. Di Johor Lembaga Kesatuan Melayu Johor pada Januari 1946, telah melancarkan gerakan menentang Malayan Union. Turut serta termasuklah Persatuan Melayu Johor Dr Hamzah dan Ungku Omar Abdullah Naib Presiden Lembaga Kesatuan Melayu Johor turut berucap. Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada 10 Februari 1946, pimpinan Dato ‘ Onn Jaafar telah berhimpun menentang Malayan Union. 20,000 orang Melayu telah berhimpun di Batu Pahat. Beliau berucap menggesa orang Melayu bangkit menentang penjajah British. Bantahan persatuan Melayu Pertubuhan Melayu diwujudkan dan diaktifkan semula sebagai tindak balas terhadap Malayan Union. Menganjurkan rapat umum untuk membantah tindakan Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja – raja Melayu. Orang Melayu dari seluruh negara berjaya dikumpulkan oleh Persatuan Melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi ( SABERKAS), Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Singapura dna persatuan Melayu Johor. Bantahan Bekas Pegawai British Pegawai tadbir British seperti Frank Swettnenham, Cecil Clementi Smith, Roland Bradell, George Maxwell, Frederik Weld dan Richard Winstedt yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu turut menentang dan mengkritik rancangan Malayan Union. Bantahan Tokoh Wanita Cikgu zaharah Abdullah ( Batu Pahat), Saleha Mohd Ali, Halimahton Abd Majid ( Rembau) Saleha Mohd Ali, Zaharah Tamin ( Selangor) , Datin Paduka Mariah Ibrahim Rashid ( Perak) dan Hasnah Ishak (Pulau Pinang) merupakan antara benteng barisan hadapan menentang Malayan Union. Bantahan Tokoh Pentadbir Melayu Dato’ Abdul Rhamn Mohammad Yassin, Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Hamzah Abdullah, Wan Md Yussof ( Panglima Kinta, Perak), Abdul Wahab Abdul Aziz ( Panglima Bukit Gantang), Tengku Mohamed , Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Za’ ba telah menggunakan pelbagai strategi bagi menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union. Bantahan akhbar Melayu Akhbar seperti Utusan Melayu ( Singapura), Warta Negara ( Pulau Pinang) dan Majlis ( Kuala Lumpur) memainkan peranan dalam : Menyuarakan bantahan secara keras, mengutuk dan mengecam Malayan Union yang merugikan orang Melayu. Menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar – besaran menentang Malayan Union Melaporkan perkembangan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. SPM - Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Penyerahan Sarawak kepada British
Sarawak diserahkan oleh pihak British pada Perang Dunia Kedua. Penyerahan ini menimbulkan pelbagai reaksi oleh penduduk tempatan. Pentadbiran Tentera Di Sarawak Pada 11 September 1945, tentera Australia telah mendarat di Kuching, Sarawak dan memperkenalkan pentadbiran tentera British Borneos Civil Affair Unit ( BBCAU). Pada tahun 1946, BMA diperkenalkan di Sarawak. Pada I julai 1946, Kerajaan British menerima Sarawak yang diserahkan oleh Vyner Brooke. Faktor Penyerahan Sarawak kepada British Masalah Kewangan Selepas Perang Dunia Kedua, Vyner Brooke menghadapai masalah untuk memulihkan Sarawak. Ekonomi Sarawak terjejas akibat lombong minyak yang musnah dan ladang getah yang terbakar. Desakan Kerajaan British Pejabat Tanah Jajahan telah mendesak Vyner Brooke pada 19 Jun 1944. Dengan menguasai Sarawak British dapat menguasai kekayaan ekonomi dan menjaga kepentingan pelaburan British di Sarawak. Kemudahan dari segi lapangan terbang, jalan raya, Pendidikan dan Kesihatan perlu dipulihkan. Walau bagaimanapun, Vyner Brooke tidak mampu memulihkan Sarawak. Masalah Perwarisan Takhta Vyner Brooke sudah tua, uzur dan tidak mempunayi anak lelaki sebagai warisnya. Beliau walau bagaimanapun tidak mahu menyerahkan takhta kepada anak saudaranya iaitu Anthony Brooke. Pejabat Tanah Jajahan telah mengutuskan surat kepada Vyner Brooke mengenai pendirianj untuk menyerahkan Sarawak kepada British. Akhirnya Vyner Brooke bersetuju. Proses Penyerahan Sarawak kepada British Pejabat Tanah Jajahan pada 28 Februari 1945, telah mengutus surat kepada Vyner Brooke untuk menandatangai perjanjian dengan George Henry Hall yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan. Beliau bersetuju menyerahkan Sarawak kepada British pada 24 Oktober 1945 Setiausaha peribadi Vyner Brooke iaitu General T MacBryan telah dihantar untuk mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan. Gerard T MacBryan bersama – sama dengan dokumen yang ditandatangani ketua tempatan Sarawak telah pulang ke England. Vyner Brooke bersetuju dalam penyerahan Sarawak kepada British. Penyerahan berlaku tanp pengetahuan rakyat Sarawak. Walau bagaimanapun, Vyner Broke telah diarahkan oleh Kerajaan British untuk mendapatkan persetujuan rakyat Sarawak dan Kelulusan Majlis Negeri terlebih dahulu. Dua orang ahli Parlimen Kerajaan British iaitu Gammans dan Rees Williams telah dihantar untuk membuat tinjauan. Pada 2 Mei 1946, mereka tiba di Sarawak . Hasil tinjauan mendapati : Orang Cina menyokong penyerahan Sarawak . Sebahagian besar peribumi menentang penyerahan Sarawak Terdapat rakyat Sarawak yang tidak memahami isu penyerahan Sarawak. Laporan Gammans. Dan Rees Williams dibawa ke Majlis Negeri untuk diundi. Majlis Negeri kemudain mengeluarkan rang Undang – Undang penyerahan ( Cession Bill). Golongan pro penyerahan menang dengan 15 undi dan 16 undi menentang. Taraf Sarawak sebagai negeri naugan British dimansuhkan. Sarawak menjadi tanah jajahan british. Hari penyerahan Sarawak diisytiharkan pada 1 Julai 1946 di Kuching. SPM - Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak
Golongan menentang dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Golongan menyokong dipimpin oleh Datu Amar Abang Haji Suleiman dan Abang Haji Mustapha Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak Vyner Brooke bertindak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 Prinsip Kelapan dalam Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak. Penduduk Sarawak akan dibantu dalam mentadbir Sarawak. Vyner Brooke telah melanggar Prinsip Kelapan Perlembagaan 1941 apabila menyerahkan pemerintahan kepada British serta menafikan hak rakyat Sarawak untuk mendapatkan pemerintahan sendiri. Wasiat Charles Brooke diketepikan oleh Vyner Brooke Vyner Brooke membuat Keputusan menyerahkan Sarawak kepada British tanpa berbincang dengan Raja Muda ( Anthony Brooke) dan Tuan Muda Bertram Brooke. Tujuan mengapa wujudnya golongan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British kerana ingin memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke supaya dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah. Muslihat Gerard T MacBryan Pelbagai muslihat dalam bentuk sogokan, pujukan dan desakan digunakan oleh Gerard T MacBryan bagi mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan. Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan Penubuhan Kumpulan Rukun 13 Pada 20 Ogos 1948, golongan muda telah menubuhkan gerakan anti penyerahan yang dikenali sebagai Rukun 13. Rukun 13 ditubuhkan secara sulit oleh pemimpin Penyerahan Pemuda Melayu ( PPM) di Sibu serta dipimpin oleh Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Santong. Kumpulan Rukun 13 telah menyasarkan untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak. Pada 3 Disember 1949 di Sibu mesyuarat sulit diadakan untuk membunuh Duncan Stewart. Menulis Surat Bantahan BPS telah menghantar referendum bagi memansuhkan penyerahan Sarawak pada tahun 1949. Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM) telah menghantar surat kepada Kerajaan British di London yang menyatakan bantahan penyerahan Sarawak. Surat bantahan telah dihantar kepada Perdana Menteri British Clement Attle dengan Salinan kepada Gabenor. Penyerahan kepada British turut ditentang oleh Anthony Brooke dengan menggunakan sistem perundangan. Rayuan dibuat di Privy Council. Kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi British pada 16 Jun 1948, namun rayuan ditolak. Menggunakan Akhbar Utusan Sarawak merupakan wadah yang diterbitkan pada Januari 1949 dengan tujuan untuk menyebarkan idea penentangan terhadap penyerahan Sarawak. Kritikan tajam ditujukan kepada usaha penyerahan Sarawak. Sebagai contoh ulasan berita tentang tindakan Kerajaan British yang menyekat Anthony Brooke daripada memasuki Sarawak pada 16 September 1949. Bantahan Golongan Wanita Golongan Wanita yang terlibat dalam menyatakan bantahan ke atas penyerahan Sarawak ke atas British adalah Cikgu Lily Eberwein, Hajah Sipah, Tuanku Othman, Cikgu Ajibah Abal dan Dayang Fauziah. Cikgu Lily Eberwein mengetuai kaum ibu pergi ke rumah panjang untuk mengadakan kempen kesedaran. Masa dan tenaga dikorbankan untuk mengadakan demonstrai menentang penyerahan Sarawak. Kaum Wanita yang diketuai oleh Cikgu Ajibah Abal telah bergabung dengan gerakan anti penyerahan dalam memperjuangkan kemerdekaan Sarawak. Meletakkan Jawatan Beramai – Ramai Kebanyakan pemimpin anti penyerahan terdiri daripada guru dan pegawai perkhidmatan awam. Pekeliling No.9 / 1946 ( Circular No. 9) telah dikeluarkan pada Disember 1946 yang melarang pegawai awam menyertai gerakan anti penyerahan. Seramai 4099 kakitangan Kerajaan meletakkan jawatan pada 2 April 1947 termasuk guru, petugas pos dan telegraf, Jabatan Marin,Perubatan dan Kesihatan, Jabatan Tanah dan Ukur, Bomba, Jabatan Kerja Raya dan Perbendaharaan. 56 orang pelajra maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian sebagai bantahan terhadap Pekeliling No. 9. Demonstrasi Ketika Gabenor Pertama Sarawak, Charles Arden Clarke tiba di Astana pada 30 Oktober 1946, satu demonstrasi telah diadakan. Demonstrasi ini diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dan disertai 16 Persatuan Melayu. British didesak oleh PKMS untuk berundur dari Sarawak. Antara kata yang tertulis termasuklah “ kami membantah dengan sekeras- kerasnya atas tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada Kolonial Inggeris”, “Leburkan Kolonial”, Sarawak adalah hak kami” dan “ No Cession”. Sepanduk serta poster antipenyerahan ditampal di perahu, pokok dan jeti. Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM) menerajui demonstrasi di Sibu. Mengadakan Persidangan Sharkawi Osman dan Johari Anang telah menganjurkan satu persidangan yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak. Tujuan persidangan ini adalah untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai sebagai menentang penyerahan Sarawak. Persidangan ini diketuai oleh Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM), Barisan Pemuda Sarawak ( BPS), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak ( PKMS), Persatuan Melayu Miri dan Kesetiaan Muda Matu dan Persekutuan Bumiputera. Peristiwa Sungkit Berdarah Gabenor British kedua Sarawak, Duncan Stewart telah ditikam oleh Rosli Dhoby dan meninggal dunia sebulan kemudian di Hospital Singapura. Peristiwa ini dikenali sebagai “Sungkit Berdarah” Tindakan tegas dan keras digunakan kepada golongan anti penyerahan akibat pembunuhan Duncan Stewart. British menutup pejabat BPS, PKMS dan Angkatan Semanagat Anak Negeri Sarawak (ASAS) dan PPM pada 6 Disember dan 7 Disember 1949. Anthony Brooke pada 5 Disember 1951 kemudian merayu agar semuas persatuan anti penyerahan menghentikan usaha menentang penyerahan. Morhsidi Sidek, Rosli Dhoby dan Awang Rambli serta Bujang Santong dihukum gantung hinnga mati setelah didapati bersalah. Anggota Rukun 15 yang lain dikenakan hukuman penjara. SPM - Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Reaksi Penduduk Tempatan Sabah Terhadap Penyerahan British
Sabah diserahkan kepada British pada 15 Julai 1946 Tiada penentangan daripada Rakyat Sabah akibat faktor berikut: Dasar British Penindasan Kegiatan Berpersatuan Dasar British yang menindas kegiatan berpersatuan menyebabkan pemimpin Sabah agak sukar untuk menyatutpadukan semua etnik dalam satu pertubuhan kerana penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai ethnic yang berbeza dari sudut, budaya dan kepercayaan, serta bahasa, penempatandan kegiatan ekonomi. Persatuan ayng wujud adalah Persaudaraan Sahabat Pena Sabah ( PASPAS) dan Persatuan Kebangsaan Melayu yang berada di bawah pimpinan Tengku Noordin Zakaria Gunn dan Abu Bakar K. Ahmad. Barisan Pemuda Sabah (BARIP) pula dianggotai oleh Imam Suhaili Yaajub, Mandur, Mohammad Sharif, Zulkifli Apong Abang Abdul Hadi dan Seruji Yaakub. Tujuan awal pertubuhan ini adalah untuk memperbaiki ekonomi dan politik kaum bumpiutera. Pemimpin persatuan kemudan berusaha untuk membangkitkan kesedaran politik di Kalanga penduduk masyarakat setempat. British menawar ganjaran kenaikan pangkat kepada ahli persatuan bagi mengurangkan pengaruh pemimpin persatuan yang akan menggugat kedudukan British di Sabah. Ahli dan pemimpin yang aktif dalam kegiatan berpersatuan turut dipindahkan ke bandar yang lain. Persatuan menjadi lemah akibat kekurangan pemimpin yang berkebolehan dan mengalami masalah kewangan. Pemimpin Barisan Pemuda Sabah ( BARIP) H.M. Salleh – ditawarkan bekerja dengan Kerajaan. Pengiran Muhd Yusof Jamil Umar – Dihantar berkursus ke SITC Mandur Syarif – dihantar pulang ke Indonesia Imam Suhaili – dihantar ke Labuan Seruji Yaakub – mengetuai Khairiat Jummat Muslimin (KJM) Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) Tengku Noordin – dipindahkan ke Jesselton pada September 1946 dan ditawarkan bekerja di Treasury Jesselton sebelum pulang ke Tanah Melayu. Zakaria Gunn – ditukarkan ke Jesselton Apong Kerahu – ditukarkan dari Tawau ke Sandakan Mengehadkan Peluang Dalam Pentadbiran Penduduk Sabah kurang pengalaman dalam sistem birokrasi Barat kerana dasar British yang mengehadkan peluang bagi penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran. Kepentingan Sosioekonomi Penduduk Tempatan Apabila Briitish diserahkan kepada British ini dianggap dapat memberi peluang kepada penduduk tempatan bagi melibatkan diri dalam pentadbiran, meluaskan jaringan perdagangan dan memajukan perniagaan. Sabah turut dianggap akan maju selepas perang jika diserahkan kepada British. Disebabkan oleh faktor ini maka penduduk Sabah enggan terlibat dalam menentang penyerahan Sabah kepada British. Penduduk tempatan turut tidak memahami tujuan penyerahan Sabah dan ini menyebabkan tiada penentangan terhadap penyerahan Sabah. Kurangnya kesedaran nasionalisme ini disebabkan oleh dasar British yang menindas kesedaran nasionalisme tempatan. Apabila British mula memperkenalkan Langkah ke arah berkerajaan sendiri maka semangat nasionalisme bangkit di Sabah. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
January 2025
Categories
All
Archives
January 2025
|
Proudly powered by Weebly