SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
Nasionalisme di negara kita sebelum Perang Dunia Ia terdiri daripada gerakan orang Melayu menentang campur tangan British. Gerakan awal secara terbuka mendapat tindak balas keras daripada British. Kesedaran Awal Nasionalisme Pengaruh gerakan Islam dari Timur Tengah telah dihalang oleh British sejak abad ke 20 melalui: 1. Enakmen Undang – Undang Islam 1904 di mana mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan agama dna politik Islam boleh dikenakan hukuman penjara tanpa izin Sultan. 2. Jabatan Siasatan Jenayah ( Criminal Intelligence Department) dan BiRO Siasatan politik ( Political Intelligence Bureau) ditubuhkan untuk mengawal gerakan Islah Islamiah. Britain sentiasa berwaspada terhadap sokongan orang Melayu terhadap empayar Uthmaniyah dan gerakan Pan -Islamisme. 3. Penentangan Tok Janggut adalah titik tolak kepada kesedaran politik di peringkat antarabansa di mana penentangan tempatan dan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat yang menakluk negara Islam dapat dibuktikan. Tok Jangut bangkit kerana dipengaruhi oleh penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. Khalifah empayar Uthmaniyah dianggap pelindung umat Islam seta penaung tanah suci Makkah dan Madinah. 4. Apabila Tok Janggut gagal dalam menentang British strategi lain disusun oleh masyarakat. Akhbar dan majalah digunakan oleh orang Melayu bagi meniupkan kesedaran kebangsaan. 5. Walau bagaimanapun kesedaran politik tidak boleh ditunjuk secara terang – terang kerana sekatan undang – undang British melalui akta- akta atau enakmen seperti Publishing and Book Encactment 1915 dan The Seditious Publication (Prohibition) Enactment 1915
0 Comments
SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Latar Belakang Perang Dunia
Berpunca daripada perkembangan nasionalisme di kalangan negara Eropah sehingga berlakunya persaingan antara kuasa Imperialis untuk menjaga kepentingan masing – masing. Persaingan antara kuasa imperiali telah mencetuskan; Perang Dunia Pertama (1914-1918) Perang Dunia Kedua (1939-1945) Perang Dunia Pertama Perang Dunia Pertama berlaku di kalangan negara – negara Eropah termasuk empayar Uthmaniyah. Persaingan membawa kepada permusuhan antara Perancis dan Jerman. Persaingan kuasa Imperialisme Persaingan kuasa imperialis di Eropah berpunca daripada Revolusi Perindustrian. Persaingan berlaku bagi mendapatkan tanah jajahan untuk memperolehi bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan bijih timah. Pakatan Ketenteraan Permusuhan antara kuasa Eropah menyebabkan terbentuknya Pakatan Bertiga dan Pakatan Kuasa Tengah. Negara Pakatan bersaing dalam menghasilkan senjata moden dan berperang untuk mendapatkan tanah jajahan. Pakatan ketenteraan turut menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik di Eropah. Krisis di Rantau Balkan Permusuhan antara Austria – Hungray dan Serbia telah menjurus kepada krisis di Rantau Balkan. Serbia dituduh menghasut rakyat Austria berketurunan Serb berjuang untuk membebaskan diri daripada pemerintahan Austria – Hungray. Kemuncak kepada krisis Balkan adalah pembunuhan Putera Mahkota Austria – Hungray, Archduke Ferdinand dan isterinya Sophia oleh pemuda Serbia. Peristiwa ini telah membawa Austria terjermus ke kancah Perang Dunia Pertama. Pihak dalam Perang Dunia Pertama Kuasa Tengah Jerman dan AuStria Hungray.Turut serta adalah Bulgaria dan Empayar Uthmaniyah. Kuasa Berikat Britain, Perancis dan Rusia. Sokongan daripada Itali, Serbia, Romania, Portugal dan Greece. Kronologi Perang Dunia Pertama 28 Julai 1914 Austria – Hungray dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. 30 Julai 1914 Rusia memberi bantuan kepada Serbia daripada segi ketenteraan 1 Ogos 1914 Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia. 3 Ogos 1914 Jerman turut mengisytiharkan perang terhadap Perancid yang menyebelahi Rusia. 4 Ogos 1914 British turut membantu Rusia dan Perancis menyerang Jerman yang mencerobohi Belgium. Oktober 1914 Empayar Uthmaniyah menyertai kuasa Tengah. Mac 1915 Itali turut serta Bersama Britain, Perancis dan Rusia dalam Pakatan Bertiga. April 1917 Amerika Syarikat menyertai Pakatan Bertiga. Berakhir Perang Dunia Pertama Pakatan Bertiga berjaya dalam Perang Dunia Pertama dengan Kerjasama Amerika Syarikat pada tahun 1918. Jerman terpaksa menandatangani gencatan senjata. Persidangan dan perjanjian damai diadakan selepas Perang dan meninggalkan kesan kepada negara Eropah. Pengiktirafan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama tamat. Persidangan Versaillles Diadakan pada 28 Jun 1919 di Istana Versailles, Paris Perancis. Melibatka Jerman dan Pakatan Bertiga. Jerman menghadkan saiz tentera dan bertanggungjawab atas kemusnahan akibat perang serta membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga. Selain itu wilayah dan tanah jajahan turu diserahkan kepada Pakatan Bertiga. Kesannya Liga Bangsa – Bangsa ditubuhkan untuk menggalakkan keamanan dan Kerjasama antarabangsa. Persidangan Damai Perancis Diadakan pada 19 Januari 1919 Bertujuan untuk membincangkan syarat perdamaian selepas perang. Memastikan Jerman tidak menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Mewujudkan Deklerasi 14 Perkara Woodrow Wilson berdasarkan cadangan Amerika Syarikat pada tahun 1918. Prinsip utama adalah : -Rakyat menentukan nasib sendiri -Sempadan negara berasakan bangsa Kesan Perang Dunia Pertama Keruntuhan Pemerintahan Beraja Rusia Kerajaan Komunis terbentuk apabila jatuhnya Tsar Nicholas II melalui revolusi. Kerajaan komunis ini terletak di bawah pimpinan Vladimir lenin. Empayar Uthmaniyah Pembentukan Republik Turki yang diketuai oleh Mustafa Kamal Atartuk yang menggulingkan Sultan Mehmed VI. Empayar Austria Hungray Berakhirnya Dinasti Habsburg apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya. Jerman Keiser Wihem II turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda. Kerajaan Republik dibentuk. Kemunculan Negara Baru Keruntuhan dan perpecahan empayar Austria mewujudkan negara seperti Austria, Hungray, Yugoslavia dan Czechoslovakia. Keruntuhan dan perpecahan empayar Rusia telah melahirkan negara seperti Poland, Estonia, Lithuania dan Latvia. Keruntuhan dan perpecahan Empayar Uthmaniyah telah melahirkan negara seperti Lebanon, Iraq dan Syria. Kesan terhadap Negara Kita Raja – raja Melayu diminta menandatangani pengisytiharaan perang dan sokongan serta taat setia terhadap Kerajaan British. British telah meluluskan undang – undang perang. Undang – undang perang ini memperuntukkan kuasa bagi Pesuruhjaya Tinggi British meletakkan negeri Melayu di bawah undang – undang tentera jika perlu. Wang hasil getah dan bijih timah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunai Pertama. Ekonomi negeri Melayu telah dimanipulasi. SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perang Dunia Kedua
Melibatkan dua pakatan Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Amerika Syarikat,Britain, Perancis dan Rusia. Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, itali dan Jepun Faktor Tercetus Perang Dunia Kedua di Eropah Kemunculan Ideologi Baru Fasisme di Itali Gerakan fasisme yang dipimpin oleh Benito Mussolini pada tahun 1922 berjaya menguasai Kerajaan Itali. Fasisme berunsur kepada semangat kepentingan negara yang melampau sehinnga melebihi kepentingan individu. Semangat nasionalisme yang melampau dan sanggup berperang demi meningkatkan imej negara merupakan asas kepada semangat fasisme. Itali berusaha untuk mengatasi masalah ekonomi dengan meluaskan tanah jajahan melalui penaklukan Albania dan Habsyah ( Ethiopia) . Nazisme di Jerman Dipimpin oleh Adolf Hitler. Berjaya membentuk Kerajaan jerman pada tahun 1933. Ideologi ini membanggakan serta mengagungkan bangsa Jerman. Nasionalisme Jerman dipulihkan dengan melanggar empat Perjanjian Versailles. Angkatan tentera dibina semula dan berjaya menduduki Rhineland wilayah yang hilang melalui Perjanjian Versailles. Ketidakpuasaan Hati Terhadap Perjanjian Versailles Perjanijan Versailles dianggap tidak adil dan menggugat kedaulatan Jerman. Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi. Selain itu Jerman turut kehilangan tanah Jajahan. Itali turut tidak berpuas hati terhadap perjanjian Versailles kerana dianggap berat sebelah apabila Itali tidak diberikan tanah jajahan seperti Perancis dan Poland. Kegagalan Liga Bangsa- Bangsa Liga Bangsa-Bangsa yang seharusnya menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menanangi krisis pencerobohan selepas Perang Dunia Pertama gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Dunia turut terdedah kepada konflik yang menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama: Krisis Manchuria (1931-1933) Jepun menakluki Manchuria yang berada di bawah penguasaan China. Perjanjian Perlucutan Senjata ( 1932-1934) Jerman memperbesarkan angkatan tenteranya secara terbuka dan keluar daripada Liga Bangsa – Bangsa. Krisis Habsyah (1935-1936) Itali melakukan serangan ke atas Habsyah di Itali Peristiwa Perang Dunia Kedua di Eropah Jerman menakluk Eropah Barat Jerman telah memulakan serangan Blitzkrieg selepas perang diisytiharkan untuk menakluk negara – negara di Eropah Barat. Blitzkrieg bermaksud serangan kilat. Dalam serangan ini kapal terbang Jerman mengebom sasaran musuh diikuti dengan serangan kereta kebal dan tentera bermotosikal. Jerman menguasai hampir kesuluruhan negara di Eropah Barat menjelang pertengahan tahun 1941. Jerman berjaya menawan Belanda, Belgium, Perancis, Luxembourg, Denmark, Norway dna Poland. Pengeboman terhadap Britain Jerman melancarkan serangan ke atas Britain melalui serangan udara dan laut pada September 1940 hingga Jun 1941. Pelabuhan, kawasan perindustian dan pertahanan udara Britain menjadi sasaran utama serangan Jerman. Serangan ini telah melemahkan ekonomi Britain. Itali dalam Perang Dunia Kedua Itali yang merupakan sekutu Jerman mengisytiharkan perang ke atas Britain dan Perancis pada Jun 1940. Perancis diserang oleh Itali dari arah Selatan dan Jerman menyerang dari arah utara. Serangan Jerman ke atas Rusia Serangan Jerman ke atas Rusia Jerman melancarkan operasi Barbarossa untuk menguasai Rusia dengan melakukan serangan secara besar- besaran selepas menguasai Eropah Barat. Dengan menguasai Rusia, yang merupakan empayar terbesar di Eropah maka seluruh Eropah dapat dikuasai. Operasi menguasai Rusia dijalankan dengan menguasai bandar – bandar utama di Rusia seperti Moscow, Leningrad dan Stalingrad. Operasi Barbarossa dijalankan dengan mengarahkan tiga juta tentera menyerang Rusia dengan 3,350 kereta kebal dan 2,270 kapal terbang. Operasi ini turut disertai oleh tentera Hungray, Romania dan Finland. Berakhir Perang Dunia Kedua Kejayaan Opeasi Pendaratan Tentera Bersekutu Tentera Bersekutu pada Jun 1944 berjaya mendarat di Normandy Perancis melalui operasi yang digelar sebagai Kod “D-Day”. Maklumat palsu telah disebarkan bahawa Tentera Bersekutu akan mendarat di Calais dan bukan di Normandy. Maklumat ini tleah memperdaya tentera Jerman. Kejayaan ini merupakan pemangkin kepada kejayaan membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat daripada taklukan Jerman. Tentera Jerman akhirnya menyerah kalah pada Januarai 1943 di Stalingrad. Tentera Rusia menyerang Jerman dari arah timur manakala Tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat. Pada April 1945, Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah selepas kematian Hitler dan menamatkan peperangan selama enam tahun di Eropah. Kegagalan Operasi Menawan Rusia Penaklukan berjalan lancar pada peringkat awal. Bandar utama Rusia seperti Moscow, Leningrad dan Stalingrad Berjaya dihampiri oleh tentera Jerman. Akibat peperangan yang melewati dua musim sejuk di Rusia tentera Jerman telah kehilangan banyak nyawa. Selain itu peperangan yang panjang turut menyebabkan tentera Jerman kehabisan bekalan makanan, minyak dan peluru. Keadaan ini melemahkan semangat tentera Jerman. Friedrich Von Paulus iaitu Jeneral Jerman telah mengingkari arahan Hitler untuk meneruskan peperangan. Keberkesanan Taktik / Strategi Peperangan Keputusan politik dan ketenteraan tidak berjaya dicapai oleh kuasa Paksi untuk menguasai Rusia. Strategi kuasa Bersekutu yang berada di bawah pimpinan Amerika Syarikat dapat ditonjolkan melalui pendaratan Tentera Bersekutu di Normandy Perancis. Kerjasama Kuasa Besar Petemuan sering diadakan di antara Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt dan Winston Churchill yang merupakan Perdana Menteri Britain bagi membuat Keputusan berkatian ketenteraan dan politik. Presiden Rusia turut serta dalam Kerjasama tersebut. Tentera Bersekutu daripada perkhidmatan darat, laut dan udara beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Faktor Kemenangan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua dikaitkan dengan Kerjasama antara kuasa beasr dan keberkesanan strategi serangan balas. SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik10/31/2024 SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
Dasar perluasan kuasa Jepun adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi, ketenteraan serta perkembangan politik dalam negara. Perang Pasifik berpunca daripada dasar imperialsime Jepun di rantau Asia Pasifik . Pembaharuan Meiji membawa kepada Jepun yang moden sehingga muncul sebagai negara industri dengan kuasa ketenteraan yang kuat. Kedudukan Jepun setaraf dengan kuasa Barat. Berlaku di lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Dikenali sebagai Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik ( 1941-1945) atau Perang Pasifik. Dasar Perluasan kuasa Jepun. Keperluan Perindustrian Jepun muncul sebagai kuasa industri pada akhir abad ke-19. Jepun memerlukan wilayah yang kaya dengan bahan mentah yang dapat membekalkan bahan mentah dan menjadi kawasan hasil perindustrian Pengaruh Golongan Tentera Jepun pada abad ke 20 memiliki angkatan tentera paling moden di Asia. Golongan tentera menguasai politik Jepun pada tahun 1932. Golongan tentera berpendapat bagi mengatasi masalah ekonomi usaha penaklukan kawasan yang kaya dengan bahan mentah harus dilakukan selain menjadi kawasan pasaran bagi hasil perindustrian. Order Baharu Asia Matlamat dasar luar Jepun yang berada di bawah pengaruh tentera adalah untuk mengembangkan kuasa, menentang imperialisme Barat dan mewujudkan kebebasan ekonomi. Order Baharu di Asia Timur diwujudkan oleh Jepun yang merangkumi Korea,Jepun , China dan Manchuria yang berkembang seluruh Asia. Order Baharu ini adalah rancangan Jepun yang ingin menyingkirkan kuasa imperialis Barat di Asia dan menjanjikan perkongsian kawasan kuasa dan kekayaan yang lebih adil dalam kalangan negara di Asia. Jepun pada 1910 telah menguasai Korea,menduduki Manchuria pada 1932, menduduki China pada 1937 dan 1941 menduduki Indochina. Sekatan Ekonomi ke Atas Jepun Sekatan ekonomi adalah tindakan yang diambil untuk menghentikan serta membekukan harta benda dan perdagangan yang melibatkan Jepun di wilayah yang dikuasai oleh British, Belanda dan Amerika Syarikat. Sekatan ekonomi merujuk kepada usaha Amerika Syarikat, British dan Belanda bagi menghalang Jepun daripada memperolehi bahan mentah untuk operasi perang atau sektor perindustrian. Sekatan ekonomi turut berpunca daripada aspek dasar perluasan kuasa Jepun. Jepun turut Berjaya menguasai kawasan strategik di laut China Selatan termasuklah Pulau Hainan dan Indochina. Rancangan Penaklukan Wilayah Selatan Jepun merancang menguasai wilayah di Selatan iaitu Asia Tenggara yang kaya dengan getah, bijih timah, minyak dan bauskit akibat daripada sekatan ekonomi kuasa Bersekutu. Pada 1940, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Pakatan Tiga Negara telah ditandatangani oleh Jepun, Jerman dan Itali dan dikenali juga sebagai Kuasa Paksi. Kewujudan Kuasa Paksi membolehkan Jerman menghantar pakar ke Jepun bagi mengkaji serangan ke atas wilayah Selatan dan membantu pembuatan kapal terbang Jepun. Apabila rundingan dengan Amerika Syarikat gagal dalam menamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun maka Jepun berhasrat untuk membentuk satu pemerintahan baru di Asia Pasifik. Kegagalan rundingan dengan Amerika Syarikat menyebabkan pemerintahan tentera Jepun mengarahkan serangan ke atas Asia Pasifik pada Disember 1941. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula pada 8 Disember 1841 apabila pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik iaitu di Hawai.Jepun berhasrat untuk memperluaskan kuasa di Asia Pasifik disebabkan oleh itu Pearl harbour diserang dengan tujuan untuk melumpuhkan penguasaan tentera Amerika di Pasifik. Akibat daripada serangan ke atas Pearl Harbour, Amerika Syarikat telah terlibat dalam perang di Asia Pasifik. Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang ke atas Jepun. Pada masa yang sama juga Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun. Kronologi Serangan Tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua 8 Disember 1941 Pendaratan Jepun di Kelantan dan Serangan Jepun di Pearl Harbour 10 Disember 1941 Pendaratan Jepun di Guam 16 Disember 1941 Penguasaan Jepun ke atas Miri 22 Disember 1941 Jepun mendarat di Filipina 23 Disember 1941 Pulau Wake dikuasai oleh Jepun 25 Disember 1941 Hong Kong menyerah kalah 2Januari 1942 Burma ditakluk Jepun Jepun menyerah kalah 19 Januari 1942 Sandakan dikuasai oleh Jepun 15 Februari 1942 Singapura tewas kepada Jepun 19 Februari 1942 Darwin dibom Jepun 27 Februari 1942 Jepun menewaskan Tentera Bersekutu di Laut Jawa 28 Februari 1942 Jawa diserang Jepun SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita10/30/2024 Faktor – Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita Usaha untuk mengeksplotasi sumber bahan mentah Kekayaan bahan mentah untuk dieksplotasi bagi operasi ketenteraan Jepun dan memenuhi keperluan perindustrian merupakan factor kedatangan Jepun ke negara kita. Tanah Melayu merupakan pengeluar getah dunia dan bijih timah utama. Tanah Melayu turut terkenal dengan bijih besi, bauskit, arang batu dan emas. Sarawak pula terkenal sebagai sumber minyak seperti di Miri dan Lutong. Ini menyebabkan Sarawak menjadi sasaran utama Jepun. Pendudukan Jepun di negara kita merupakan Langkah dalam usaha pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya demi mengukuhkan ekonomi Jepun. Strategik Ketenteraan Kepentingan strategik ketenteraan Jepun dapat dipelihara melalui kedudukan negara kita. Pangkalan tentera laut British berada di Singapura iaitu di hujung Semenanjung Tanah Melayu. Menguasai Singapura adalah penting bagi membuka laluan pihak Jepun untuk menguasai telaga minyak di Singapura. Jika Pulau Borneo dapat dikuasai maka operasi penaklukan Jepun di Pulau Jawa akan Berjaya. Penggunaan Propaganda Propaganda Jpeun bertujuan untuk membangkitkan semangat antipenjajah Barat dan mempamerkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia. Slogan yang digunakan adalah “ Semangat Asia” serta “ Asia untuk Orang Asia” bagi menjayakan misi pendudukan Jepun. Serangan Jepun terhadap Negara Kita Pada 8 Disember 1941, Jepun secara serentak telah menyerang Tanah Melayu di Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak, Kota Bharu dan Thailand ( Patani dan Singgora). Tentera Jepun mendarat di Thailand lalu memasuki Kedah. Kemudian, mereka berpecah kepada dua untuk menuju ke Selatan. Satu pasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan perjalanan melalui persisiran pantai barat. Satu pasukan menggunakan jalan darat ke bandar utama di negeri – negeri pantai barat. Tentera Jepun turut mendarat di Kota Bahru, Kelantan lalu meneruskan perjalanan ke Selatan melalui jalan darat di negeri – negeri pantai timur. Tentera Jepun di perairan Kuantan Berjaya menenggelamkan kapal Repulse dan Prince of Wales yang digerakkan untuk menyekat kemaraan Jepun. Pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura Berjaya ditawan oleh Jepun. Pendaratan tentera Jepun di Miri menandakan bermulanya serangan tentera Jepun ke atas Sabah dan Sarawak. Tentera Jepun menduduki Kuching dan Sibu. Sepasukan tentera Jepun pula ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama di Sabah. Seraangan Jepun di Sabah lengkap dengan pendudukan Jepun di Sandakan. SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita - Dasar Pendudukan Jepun Di Negara Kita10/23/2024 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
Dasar ini telah digariskan oleh Panglima Agung Japanese Southern Army Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera setelah menduduki negara kita. Dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah berasaskan dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial. Dasar Pentadbiran Pentadbiran Tentera Jepun Pemerintahan Tentera Tanah Melayu diperkenalkan oleh Jepun. Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan di bawah satu pentadbiran membentuk kawasan Pertahanan khas dan berada di bawah pasukan tentera Jepun ke -29 yang berpusat di Taiping, Perak. Sumatera pula ditadbir oleh tentera Jepun ke -25 yang berpusat di Bukit Tinggi Sumatera. Pentadbiran di Singapure atau dikenali sebagai Syonan- to ( Pulau Cahaya Selatan) dan Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malai Baru. Kedah, Kelantan,Perlis dan Terenggany diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Thailand. Pasukan tentera Jepun ke -37 yang diketuai oleh Gabenor Jeneral mengetuai Sabah, Sarawak dan Borneo dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Kita Boruneo yang berpusat di Kuching. Dasar terhadap Raja – Raja Kedudukan Raja – Raja Melayu diiktiraf sebagai ketua dalam hal ehwal agama Isalm dan adat Melayu dalam pentadbiran tentera Jepun. Pengiktirafan dilakukan semasa persidangan Raja- Raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura pada Januari 1943. Sultan berada di bawah pengawasan Gabenor Jepun dan dibayar pencen seperti sebelum perang. Dasar terhadap kepimpinan tempatan Cuba mendapatkan sokongan penduduk tempatan dan cuba mengatasai masalah kekurangan pegawai. Peluang kenaikan pangkat diberikan oleh tentera Jepun kepada pemimpin tempatan yang berpendidiakn tinggi dan berpengalaman. Institut Latihan Pemimpin – Pemimpin Muda ( Koa Kunrenjo) telah ditubuhkan oleh tentera Jepun untuk melatih dan menanamkan semangat perjuangan cita- cita pihak Jepun dalam kalangan penduduk tempatan. Dasar Ekonomi Disebabkan oleh kemelesetan ekonomi, pentadbiran tentera Jepu melaksanakan sistem ekonomi kawalan. Usaha dilakukan untuk mengawal selia pelupusan barangan dan penyelidikan dijalankan bagi menyelidik kegunaan baru sumber tempatan melalui Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa Barangan. Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan bagi Pembangunan industri tempatan dan memastikan penggunaan optimum daripada peralatan dan kemudahan sedia ada. Mata wang Jepun yang dikenali juga sebagai “mata wang pokok pisang” telah menggantikan mata wang British. Mata wang Jepun ini dicetak tanpa kawalan lalu menyebabkan inflasi kerana banayak wang tapi kekurangan bekalan. Mata wang Jepun ini juga rendah nilainya. Bekalan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian dan ubat – ubatan sukar diperolehi. Jika ada harganya pasti melambung tinggi. Sistem Pendidikan Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan dengan menerap semangat persaudaraan sejagat ( Hakko Ichiu),membentuk nilai Jepun, meningkatkan disiplin dan mencapai kemajuan teknologi industri. Selain itu, semangat nasionalisme Asia dan taat setia kepada Jepun dan menghapuskan pengaruh Barat turut merupakan agenda Pendidikan Jepun. Pendidikan menekankan menghormati kebudayaan dan Maharaja Jepun ( Tenno Heika) serta menekankan semangat Jepun ( Nippon Seishin). Usaha dilakukan untuk menjadikan bahasa Jepun sebagai Lingua Franca dalam lingkungan Semakmuran Asia Timur Raya. Pengajaran bahasa Jepun ( Nippon Go) dijalankan secara meluas. Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pagi menghadap arah negara Jepun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun ( Kimigayo). Sikap Jepun terhadap Agama Jepun tidak masuk campur dalam hal ehwal berkaitan adat resam tempatan dan menghormati agama Islam. Sekolah agama dan kelas pengajian Islam diteruskan. Persidangan agama Isalm diadakan di Kuala Kangsar dan Singapura manakala Majlis Agama Negeri dibentuk. Walau bagaimanapun, pegawai agama diminta menyampaikan hal yang diputuskan oleh tentera Jepun melalui kuliah dan kelas agama di masjid dan surau. Secrara halus, Jepun menyebarkan propaganda Jepun melalui pegawai agama. Masjid turut menjadi tempat bagi menyebarkan titah Sultan untuk menyokong dasar Jepun seperti tidak menyebarkan khabar angin dan menambahkan pengeluaran makanan. Catuan dan Penghasilan Makanan Akibat kekurangan bahan makanan, Jepun telah memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Barang Penting. Catuan diperkenalkan bagi mengawal penjualan barangan asas seperti garam, gula dan beras. Kempen ‘Tanam Lebih Banyak Makanan’ diperkenalkan bagi menggalakan pendduk menanam bahan makanan sendiri untuk mencukupkan makanan dalam negeri. Tempe dicipta daripada biji getah merupakan ciptaan Baharu daripada bahan tempatan hasil kreativiti rakyat akibat kesengsaraan hidup. Ramai yang terkorban akibat kekurangan makanan dan ubat – ubatan, kerja berat, pelbagai jenis penyakit dan suasana kerja yang teruk dan tidak memuaskan. Layanan Terhadap Penduduk Layanan berbeza diberikan mengikut kaum berdasarkan kepentingan tersendiri. Melayu dan Peribumi Mendapat layanan yang baik bagi melicinkan pentadbiran, pemerintahan dan mendapatkan sokongan. India Membantu dalam penubuhan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara. Tentera Kebangsaan India ini berada di bawah Subhas Chandra Bose. Cuba untuk mendapatkan Kerjasama orang India dalam usaha Jepun untuk menguasai negara India. Cina Bertindak kejam atas sebab Perang China- Jepun Dipaksa membayar wang sebagai hukuman penentangan terhadap Jepun ketika Perang China Jepun. Bukti Kekejaman Pentadbiran Tentera Jepun Landasan kereta Api Maut Orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh membina landasan kereta api dari Thailand ke Burma ( Myanmar ) melalui pergunungan dan hutan tebal tropika Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
Pemerintahan tentera Jepun adalah satu pemerintahan yang kejam dan kesengsaraan hidup yang dirasai oleh rakyat telah mencetuskan penentangan terhadap Jepun. Rejimen Askar Melayu Rejimen Askar Melayu yang terlibar dalam perjuangan menentang Tentera Jepun di Singapura telah menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi. Batalion kedua Rejimen Askar melayu Bersama pasukan Britih menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan. Semangat berani dan sifat perwira askar Melayu yang berjuang sehingga ke hujung nyawa wajar dicontohi dan menjadi iktibar kepada semua. Panglima Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu Leftenan Jeneral A.E. Percival telah menyifatkan sifat juang askar Melayu sebagai contoh ketahanan dan keteguhan yang wajar dicontohi oleh generasi akan datang. Pertempuran yang berlaku di Bukit Candu Singapura yang mempamerkan keberanian askar Melayu seperti Leftenan Adnan Saidi telah menjulang nama Rejimen Askar Melayu. Pingat Military Cross telah dikurniakan kepada Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC kerana keberanian menyelamatkan hamper 2000 orang tentera Bersekutu yang terperangkap di kawasan pantai Johor. Pingat Military Medal telah dianugerahkan kepada Koperal Yaakob Bidin atas semangat keberanian dalam pertempuran di Pasir Panjang. Penentangan MPAJA Sebahagian orang Cina yang mendapat layanan teruk daripada tentera Jepun telah mendapatkan perlindungan daripada Parti Komunis Malaya ( PKM) Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army ( MPAJA) iaitu pasukan gerila menentang Jepun. Anggota PKM seramai 165 orang telah dihantar ke Singapura dan diberi latihan di Sekolah khas untuk mengadakan perang gerila ke atas Jepun dan melakukan kerja – kerja sabotaj. Mereka kemudiannya dihantar ke Tanah Melayu lalu membentuk pasukan gerila yang merupakan asas kepada lapan rejimen MPAJA. Kerjasama MPAJA dan Parti Kuomintang Nasionalis daripada Parti Kuomintang ( KMT) seperti Lim Bo Seng telah menguasai gerila Cina. Gerila KMT telah menubuhkan Tentera Bintang Satu atau Overseas Chinese Anti Japanese Army ( OCAJA) Gerila KMT telah bersetuju untuk bekerjasama dengan KMT atau MPAJA bagi menentang tentera Jepun. Force 136 Pada tahun 1943, British telah menubuhkan South East Asia Command ( SEAC) yang berpusat di Colombo, Sri Lanka dan turut menubuhkan unit khas yang dikenali sebagai Force 136. Anggota Force 136 dilatih di India dan Sri Lanka. Anggota Force 136 ini telah dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau melalui paying terjun yang diturunkan dari kapal terbang. Tujuan adalah untuk menubuhkan pasukan gerila anti Jepun dan mendapatkan sokongan orang Melayu. Anggota terawal Force 136: -Kapten Ibrahim Ismail -Mejar Tengku Mahmood Minangkabau -Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakob -Leftenan Tengku Osman Tengku Mohd Jiwa Tengku Mahmood Mahyideen Menerima jolokan ‘ Harimau Malaya’ kerana mengendalikan siaran radio dari India yang dikenali sebagai suara Harimau Malaya. Merupakan pemimpin pasukan Melayu Force 136 yang menyeru orang Melayu menentang Jepun dan tali barutnya. Yeop Mahidin Mohamed Shariff Mengetuai operasi sekitar Kuala Lipis, Raub, sehingga Tengah Temerloh. Pemimpin wataniah Pahang yang memohon perkenan Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar sebagai pemerintah kehormat. Tindakan gerila Melayu dan Force 136 dalam menentang Jepun: Mengumpulkan maklumat Menyebarkan maklumat Melakukan sabotaj Membantu British dalam operasi Zipper. Operasi Zipper adalah operasi serangan besar- besaran menawan semula Tanah Melyu 1943. Disember 1944 Force 136 Ulu Perak dan Askar Melayu Setia Berjaya mendarat di Hulu Perak Ditubuhkan dengan bantuan Pegawai Daerah Gerik, Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman Januari 1945 Force 136 Pahang dan Wataniah Pahang Berjaya mendarat di Raub, Pahang Ditubuhkan dengan bantuan Penolong Pegawai Daerah Raub, Yeop Mahidin. Februari 1945 Force 136 Kedah Gerila Melayu Kedah. Mendarat dengan jayanya di Kampung Kuala Janing, Kedah. Ditubuhkan dengan bantuan Pegawai Daerah Kedah dan Tunku Abdul Rahman. Kerjasama MPAJA dan Force 136 MPAJA bekerjasama dengan Force 136 bagi menentang tentera MPAJA bekerjasama dengan Force 136 bagi menentang tentera Jepun pada Disember 1943. MPAJA telah mendapat latihan ketenteraan daripada tentera British selain bantuan kewangan, sejata dan ubat – ubatan , Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun - Penentangan Individu
Sybil Kathigasu Sybil Kathigasu atau Sybil Medan Daly merupakan jururawat yang berani dan cekal dalam usaha untuk membantu mangsa perang dan gerila anti Jepun di Perak. Sejak sebelum tercetusnya perang hingga kedatangan Jepun, Sybil dan Dr Abdon Clement Kathigasu mengendalikan klinik di Ipoh. Bantuan perubatan dan ubat – ubatan telah diberikan oleh pasangan ini kepada gerila anti Jepun. Maklumat daripada siaran radio British daripada radio yang disembunyikan telah diberikan kepada gerakan gerila anti Jepun. Akibat daripada hal ini Sybil dan suaminya telh ditangkap oleh tentera Jepun. Seksaan ketika berada dalam tahanan Jepun telah menyebabkan suaminya meninggal dunia. Sybil dibebaskan selepas tentera Jepun menyerah kalah dan diterbangkan ke Britaun untuk mendapatkan rawatan perubatan. Sybil Kathigasu dianugerahkan Pingat King George di istana Buckingham oleh Raja George IV. Ini adalah disebabkan oleh keberanianya semasa pendudukan Jepun. Sybil Kathigasu kekal menjadi Wanita tunggal di Tanah Melayu yang memperolehi anugerah tersebut. Gurchan Singh Sebelum pendudukan Jepun, Gurchan Singh adalah seorang polis. Beliau telah menyebarkan risalah dan propaganda dengan menggunakan nama samaran seperti ‘Lion of Malaya’ dalam usaha menentang Jepun. Risalah ini diedarkan secara teratur bagi menerangkan kepada penduduk tentang pendudukan tentera Jepun dan peperangan. Gurchan Singh menyamar sebagai wartawan dan Berjaya menghadiri siding akhbar tentera Jepun. Gurchan Singh adalah dalang dalam usaha sabotaj terhadap landasan kerata api yang menjejaskan pengangkutan tentera Jepun. Beliau telah ditangkap oleh kempetai setelah dikhianati tetapi Berjaya melarikan ke Bruma sehingga perang tamat. SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Gerakan Anti Jepun di Sabah dan Sarawak10/22/2024 Gerakan anti Jepun Di Sabah dan Sarawak
Operasi Semut Sebahagian daripada kempen Tentera Bersekutu menentang Jepun di Sarawak adalah melalaui Operasi Semut. Operasi Semut adalah siri operasi peninjauan oleh unit khas Australia. Operasi Semut adalah operasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Australia atau Australian Services Reconnaissance Department (SRD). Anggota Srd terdiri daripada tentera British, Australia dan New Zealand. Tujuan Operasi Semut adalah bagi melatih orang tempatan bagi melancarkan perang Gerilla menentang Jepun dan mengumpulkan risikan. SRD mendarat di kawasan tengah dan timur laut Sarawak bagi mengatur strategi penentangan terhadap Jepun dan persediaan bagi pendaratan tentera Bersekutu. Gerila Semut ialah rekrut tempatan yang dianggotai oleh orang Kayan, Kenyah, Kelabit, Iban dan Murut. Sebagai penduduk tempatan yang mengetahui selok belok bumi Sarawak, kepakaran Gerila Semut amat penting dalam merancang taktikal perang gerila menentang tentera Jepun. Operasi Semut Semut I – Lembah Bario hingga ke Belait dan Trusan Semut II – Lembangan Sungai Baram, Tutotng, Marudi dan Brunei. Semut III – Lembangan Sungai Rajang. Semut IV – Bintulu dan Mukah. Pemberontakan Jesselton ( Kota Kinabalu) Pemberontakan Jesselton atau dikenali sebagai pemberontakan double tenth adalah penentangan tentera Jepun di Sabah. Penentangan ini dipelopori oleh Gerila Kinablau atau Albert Kwok. Telah berlaku satu serangan pada Oktober 1943 ke atas pejabat pentadbiran dan kemudahan tentera Jepun yang menyebabkan tentera Jepun dibunuh di Kota Belud, Jesselton, Tuaran dan Menggatal. Gerila Kinabalu telah melakukan serangan ini. Serangan balas oleh pihak Jepun telah dilakukan di mana perkampungan di persisiran pantai dibom dan diserang. Bagi mencari ketua dan anggota pemberontak beratus – ratus orang diseksa dan disoal siasat. Albert Kwok akhirnya menyerah kalah pada Disember 1943 demi menamatakn serangan balas terhadap orang awam oleh tentera Jepun. Albert Kwok dan 175 orang akhirnya dihukum bunuh di Petagas manakala 131 orang dipenjara di Labuan. Wujud juda pasukan anti gerila yang lain yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun. Konflik-Dunia dan Kesan Pendudukan Jepun Di Negara Kita - Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
Perkembangan Semangat Anti Penjajah Pendudukan Jepun berlaku ketika kesedaran terhadap semangat nasionalisme mula berkembang di negara kita sebelum Perang Dunia Kedua. Slogan seperti “ Asia untuk Asia” serta “konsep lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya” yang memberi penekanan kepada kebebasan negara Aisa dan meningkatkan persaudaraan sejagat selari dengan perjuangan nasionalis Tanah melayu terutama Kesatuan Melayu Muda (KMM). Harapan KKM adalah Jepun mampu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Kekalahan British terhadap Jepun memberi Gambaran bahawa orang Asia mampu mengalahkan orang Eropah yang dianggap sebagai kuasa besar. Perjuangan untuk Menuntut Kemerdekaaan dalam Kalangan Orang Melayu Semangat nasionalsime orang Melayu semakin meningkat apabila tentera Jepun membebaskan ahli KKM yang dipenjara oleh British. Kegiatan politik KKM diberikan ruang oleh tentera Jepun kerana pihak Jepun memerlukan sokongan Masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun, akhirnya tentera Jepun pada Jun 1942, membubarkan KKM kerana tuntutan kemerdekaan daripada ahli pimpinan KKM. Strategi baru digunakan oleh KKM untuk meneruskan perjuangan mencapai kemerdekaan. Anggota KKM yang merupakan sebahagain daripada organisasi ketenteraan Jepun iaituGiyu Gun dan Ciyu Tai menyertaim gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. Tentera Jepun semakin tertekan dengan serangan tentera Bersekutu pada Jun 1945 yang berusaha untuk memenangi Kembali hati golognan nasionalis melayu. Usaha Dr Burhanuddin al – Helmi, Onon Haji Siraj dan Ibrahim Haji Yaakob untuk menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung ( KRIS) mendapat sokongan dari Jepun. Matlamat KRIS untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia melalui semangat “Asia untuk Asia” disokong oleh Jepun. Walau bagaimanapun, rancangan kemerdekaan antara Tanah Melayu dan Indonesia tidak terlaksana kerana Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 berikutan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. Perjuangan KRIS selepas pendudukan Jepun diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM). Kesedaran Politik Di Sarawak dan Sabah Sarawak Tentera Jepun mengawal kehidupan penduduk Sarawak melalui tajaan terhadap perhimpunan Dayak. Persatuan Cina Seberang Laut anjuran Jpeun iaitu Kakeo Kokokai ditubuhkan. Persatuan ini menggabungkan semua Persatuan Cina yang merangkumi pelbagai dialek, daerah dan nama keluarga yang sama di bawah satu pertubuhan. Jawatan Pegawai Daerah yang dulunya disandang oleh pegawai British kini diberikan kepada orang Melayu seperti : Empenit Adam yang merupakan Pegawai Daerah Simanggang Abang Haji Openg yang merupakan Pegawai Daerah Kcuhing. Keyakinan diri semakin meningkat apabila diberi tugas untuk mentadbir Kerajaan tempatan. Bumiputera Sarawak semakin yakin untuk menubuhkan Kerajaan sendiri selepas Perang Dunia Kedua disebabkan oleh kesedaran politik yang disemai melalui pengalaman pendudukan Jepun. Sabah Di Sabah, semangat dan kesedaran politik wujud melalui pendudukan Jepun. PKML atau Parti Kebangsaan Melayu Labuan ditubuhkan oleh Abu Bakar, Tengku Noordin dan Zakaria Gunn selepas pendudukan Jepun berdasarkan idea Harun Aminurrashid iaitu nasionalis Tanah Melayu. Parti Kebangsaan Melayu Sabah pula telah ditubuhkan oleh Orang Kaya – Kaya Abu Bakar di Bahagian Pantai Timur Sabah. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
January 2025
Categories
All
Archives
January 2025
|