KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM – Pemasyhuran Kemerdekaan -Pengertian Kemerdekaan

4/13/2025

0 Comments

 
SPM – Pemasyhuran Kemerdekaan -Pengertian Kemerdekaan

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (insiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah).
Rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara.

Rashid Rida
Merupakan tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir.
Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk
membebaskan diri daripada penjajah Barat.
Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman.

Mahatma Gandhi
Merupakan tokoh pejuang kemerdekaan India. Bellau memperjuangkan pembebasan rakyat India daripada belenggu kemiskinan dan penindasan kasta.
Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral.
Setiap warganegara berhak menguruskan sendiri negaranya walaupun sukar agar setiap komuniti hidup dalam harmoni.

Nelson Mandela
Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas.
Kebebasan boleh dicapai melalui politik, bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan.
Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan.
Soekarno
Kemordekaan bererti bebas selama-lamanya.
Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik.
Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yang dijajah itu
akan terus didominasi oleh mereka.
Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan.
Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta.

Tunku Abdul Rahman
Kemerdekaan Ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat.
Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan.

Tun Temenggong Jugah anak Barieng
Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat.
Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
Kemerdekaan juga dapat mengatasi ancaman komunis.

Tun Fuad Stephens
Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin.
Usaha pembangunan yang pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu rakyat.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah.
Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun.



Picture
0 Comments

SPM-Pemashyuran Kemerderkaan -Persediaan Menyambut Pemashyuran Kemerdekaan Negara

4/13/2025

0 Comments

 
SPM-Pemashyuran Kemerderkaan -Persediaan Menyambut Pemashyuran Kemerdekaan Negara
Bagi menyambut kemerdekaan dua buah jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Persediaan Fizikal dan Jawatankuasa Sanmbutan .
Tumpuan tempat bagi mengadakan sambutan kemerdekaan Tanah Melayau adalah stadium Merdeka dan Padang Kelab Selangor
Kronologi sambutan kemerdekaan
8 Julai 1957
Tunku Abdul Rahman menyeru dalam radio agar rakyat menyambut hari kemerdekaan dengan meriah.

3 Ogos 1957
Dato Abdul Razak Hussein memaklumkan melalui Radio Malaya aturcara sambutan HRI kemerdekaan
31 Ogos 1957
Sambutan hari kemerdekaan diadakan di Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka

Jawatankuasa Persediaan Fizikal
Menyediakan prasarana fizikal dalam usaha menonjolkan identiti negara

Stadium Merdeka
S.E Jewkes mereka bentuk stadium Merdeka.
Menelan kos sebanyak RM 2.5 juta ringgit
Selama 6 bulan diperlukan untuk membina stadium Merdeka dan siap sepenuhnya pada 21 Ogos 1957.
Mempunyai 22000 tempat duduk dengan 3000 tempat duduk berbumbung.

Istana Negara
Dibina sebagai kediaman Seri Paduka Baginda Yang di – Pertuan Agong.

Lagu Negaraku
Berasal daripada lagu Terang Bulan yang merupakan lagu negeri Perak dan lirik ditulis oleh Saiful Bahari.
Tunku Abdul Rahman merupakan pengerusi bagi Jawatankuasa Permiliham Lagu Kebangsaan dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff iaitu Pengarah Jabatan Penerangan) dalam memilih lagu kebangsaan.
Lagu Negaraku dicipta untuk diperdengarkan semasa upacara pengisytiharan kemerdekaan.

Jata Negara
Raja raja Melayu telah memperkenankan penggunaan Jata Negara pada 30 Mei 1957.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Dicipta oleh Mohamed Hamzah yang merupakan kakitangan Kerja Raya Negeri Johor l.
Mula dikibarkan pada 26 Mei 1950 secara rasminya di Istana Sultan Selangor

Bunga Kebangssaan
Bunga Raya telah dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan hasil tinjauan Kementerian Pertanian terhadap pandangan rakyat.

Jawatankuasa Sambutan
Berperanan dalam memeriahkan sambutan kemerdekaan pada peringkat ibu kota dan negeri

Sebanyak 75000 bendera Persekutuan Tanah Melayu ditempah khas dari kilang kain di Jepun
Lampu menghiasi bangunan di sekitar jalan raya,bandar dan Padang Kelab Selangor
Menteri san pegawai tinggi kerajaan menerima pakaian khas yang diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pakaian khas ini adalah pakaian negeri Kedah iaitu “baju muskat” yang diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam san bersongket,bersamping dan tengkolok.

Kursus khas protokol diadakan oleh pihak kerajaan yang melibatkan lebih kurang 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari. Mereka merupakan pegawai penerangan pegawai pengiring tetamu dan jemputan luar negara.
Bagi memastikan kelancaran sambutan hari kemerdekaan, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu:
-Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka diketuai oleh Dato Abdul Razak Hussein
-Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan yang dipengerusikan oleh H.S Lee
-Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman
-Jawatankuasa Derma Perayaan Kemerdekaan ditubuhkan untuk mengutip derma bagi membantu perbelanjaan





Picture
0 Comments

SPM-Pemashyuran Kemerdekaan - Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

4/7/2025

0 Comments

 
SPM-Pemashyuran Kemerdekaan - Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
Peristiwa bersejarah di Padang Kelab Selangor
Pada 10.00 malam:
Sardon Jubir mengetuai wakil Parti Perikatan daripada Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam mengambil tempat duduk. Lampu dipadamkan dan seluruh kawasan menjadi gelap gelita.

Pada10.30 malam:
Ismail Bontak mengetuai 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat dan mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (Menara Jam)

Pada 11.58 malam:
Kawasan menjadi gelap gelita apabila seluruh lampu dipadamkan di Padang Kelab Selangor

Pada 12.00 tengah malam:
Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12.00 tengah malam.Laungan merdeka oleh orang ramai didengar sejurus jam berbunyi pada 12.00 tengah malam.Tunku Abdul Rahman berada di hadapan pentas menghadap tiang bendera.
Tahir Abdul Majid bertindak menurunkan bendera UnIon Jack diringi dengan lagu God Save the Queen.
Penurunan bendera Union Jack disertakan dengan tempukan gemuruh dan Laungan Merdeka
Buat kali pertama bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan diringi dengan lagu Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum.
Tabik hormat diberikan oleh Tunku Abdul Rahman ketika bendera dinaikkan.
Sorakan merdeka dilaungkan sebanyak tujuh kali.

Pada 12.10 tengah malam:
Di samping menerima tabik hormat Tunku Abdul Rahman turut memeriksa perbarisan perwakilan negeri.Dulang berisi sebutir pingat emas dibawa oleh Abdul Majid Othman yang mengetuai 24 wakil pemuda Perikatan.
Pada pingat emas tu terukir peta semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul Rahman.
Gelaran “Bapa kemerdekaan Tanah Air” ditulis pada bahagian tepi peta yang merujuk kepada Tunku Abdul Rahman.

Pada 12.25 tengah malam :
Sardon Jubir mengkalungkan pingat ke leher Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan “Bapa Kemerderkaan Tanah Air” sebanyak tiga kali.
Pada 12.55 tengah malam
Tuan Haji Massood Hayati mengakhiri majlis dengan bacaan doa selamat.

Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka
Pada 8.15 pagi:
Upacara sambutan Hari Merdeka diadakan pada 31 Ogos 1957. Seramai 20 000 orang terlibat yang merangkumi perarakan barisan ketenteraan dan orang ramai.
Nafiri berbunyi setiap kali para pembesar negara tiba. Tunku Abdul Rahman tiba terlebih dahulu diikuti oleh Raja-Raja Melayu,Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri serta Duke and Duchess of Gloucester.

Disaksikan oleh Raja-Raja Melayu surat Perlembagaan Serahan Kuasa diberikan oleh Duke of Gloucester kepada Tunku Abdul Rahman.Pemashyuran kemerdekaan dibaca oleh Tunku Abdul Rahman sebagai tanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan kedaulatan.
Tunku Abdul Rahman melaungkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali dan disambut oleh para hadirin.
Rasa kesyukuran terhadap kemerdekaan yang diberi dizahirkan melalui azan dan bacaan doa oleh Ustaz Hassan Azhari.
Seterusnya bendera kebangsaan dikibarkan dan diringi dengan lagu kebangsaan Negaraku.
101 das tembakan dilepaskan bagi menandakan negara yang Merdeka dan berdaulat.

Pada 11.00 pagi:
Di Balairong Seri istiadat perlantikan dan angkat sumpah Yang Di Pertuan Agong telah diadakan.ini diikuti pula dengan perlantikan jawatan Perdana Menteri,Jemaah Menteri,Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.

Pada 1.30 tengah hari:
Satu majlis jamuan diadakan di Reaidensi sebagai tanda ucapan selamat jalan kepada Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu iaitu Donald MacGillivray.

Pada 5.25 petang:
Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas ke England dari Lapanagn Terbang Kuala Lumpur.
Barisan kehormat Batalion keempat Askar Melayu memberi penghormatan kepada beliau.




Picture
Picture
0 Comments

SPM – Kesan Kemerdekaan Terhadap Negara Kita – Peringkat Antarabangsa

4/5/2025

0 Comments

 
SPM – Kesan Kemerdekaan Terhadap Negara Kita – Peringkat Antarabangsa
Dasar Luar
Kumpulan pertama pengawal telah dihantar ke Britain bagi mendapatkan latihan pada awal tahun 1957. Langkah ini bertujuan bagi mengukuhkan Kementerian Luar.
Dasar luar negara berperanan melalui PBB dan Komanwel.
Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie merupakan antara Menteri Luar yang pernah dilantik.

Menganggotai Komanwel
Negara kita diterima untuk menganggotai pertubuhan Komanwel setelah mencapai kemerdekaan.
Penyertaan dalam Komanwel membolehkan negara kita menunjukkan komitmen dan minat terhadap isu yang dihadapi oleh negara anggota.
Selain itu menjadi ahli Komanwel memboleh negara kita menjalinkan hubungan sosioekonomi dengan negara anggota yang lain.

Pertahanan Negara
Kerjasama pertahanan antara British, Australia dan New Zealand telah melindungi negara kita sebelum merdeka.
Selepas merdeka negara kita masih belum mempunyai sistem pertahanan yang kuat dan masih bergantung kepada bantuan ketenteraan daripada Britain.
Dengan ini maka wujudnya Perjanjian Pertahanan Anglo Malayan Defence Agreement ( AMDA) pada tahun 1957.
Tunku Abdul Rahman turut mengekalkan hubungan yang baik dengan Britain dan negara Komanwel.

Penyertaan Dalam Blok Sterling
Pound sterling digunakan oleh negara kita dalam urusan perdagangan antarabangsa. Kekuatan pound sterling dikukuhkan melalui kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara berpendapatan tinggi melalui hasil bijih timah dan getah.
Kedudukan ekonomi yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel ( Commonwealth Preferential Tariff System) turut pada masa yang sama memperkukuhkan kedudukan ekonomi ahli- ahlinya.

Pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB)
Pada persidangan PBB 17 September 1957, negara kita telah diterima sebagai ahli PBB yang ke 82. Bendera negara kita dikibarkan secara Rasmussen di Ibu pejabat PBB pada 15 Oktober 1957 di New York.
Prinsip PBB dijunjung negara kita iaitu melindungi hai asasi manusia.
Negara kita turut mengikuti misi pengaman PBB di Congo.
Ini menggambarkan kepercayaan PBB dalam memberi pengiktirafan kepada sebuah negara yang baharu dalam menguruskan konflik antrarabangsa.



Picture
0 Comments

SPM -Pemasyhuran Kemerdekaan -Kesan Kemerderkaan Terhadap Negara Kita – Sosial

3/29/2025

0 Comments

 
SPM -Pemasyhuran Kemerdekaan -Kesan Kemerderkaan Terhadap Negara Kita – Sosial 

Dewan Bahasa dan Pustaka  
Berdasarkan Fasal 1 Perkara  152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu 

Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru,Johor sebagai satu jabatan di bawah kementerian Pelajaran. 

Jabatan Penerangan  
Merupakan lidah rasmi kerajaan yang menerangkan kepada rakyat berkaitan perkara yang berlaku di dalam dan luar negara. Di samping itu turut menerangkan kepada rakyat berkaitan falsafah,dasar dan wawasan negara menjelang dan pada awal selepas  kemerdekaan. 


Kesihatan  
Pembinaan hospital dan pusat kesihatan bagi meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat penduduk luar bandar. 

Pada tahun 1957 sudah terdapat 65 buah hospital di negara kita  

Kementerian Kesihatan berfungsi dalam memulihkan isu sosial  dan membangunkan masyarakat demi kesejahteraan rakyat 

​
Kemudahan Asas 

Perhatian diberikan kepada pembinaan dan pembangunan kemudahan asa seperti bekalan air dan elektrik demi keselesaan dan kesihatan penduduk 

Tujuan kemudahan ini diberikan adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan merapatkan jurang perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar.  
Picture
0 Comments

SPM -Pemasyhuran Kemerdekaan -Kesan Kemerderkaan Terhadap Negara Kita – Ekonomi

3/28/2025

0 Comments

 
SPM -Pemasyhuran Kemerdekaan -Kesan Kemerderkaan Terhadap Negara Kita – Ekonomi
Rancangan Malaysia Pertama 1956-1960
Tumpuan pada sektor luar bandar bagi menjamin pertumbuhan ekonomi
Agar tidak bergantung kepada sektor getah kepelbagaian keluaran pertanian diutamakan
Meningkatkan peluang pekerjaan dengan harapan membasmi kemiakinan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
FELDA ditubuhkan pada 1956 bertujuan untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran dan penempatan semula masyarakat.
Keluarga dipindahakn dari kawasan luar bandar ke tanah rancangan FELDA bagi menanam kelapa sawit dan getah.
Kemudahan asas pertanian untuk peneroka dan penempatan disediakan

Instituti Kewangan Tempatan
Kwong Yik Bank telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1913.
Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Malaya adalah bank orang Melayu yang pertama dan ditubuhkan oleh Maarof Zakaria di Klang Street Kuala Lumpur
Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari 1959 bagi mengalakkan kestabilan kewangan dengan menyediakan persekitaean yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi

Pembangunan Luar Bandar
Pada 17 November 1959, Kementerian Luar Bandar ditubuhkan untuk membangunkan infrastruktur, ekonomi dan sosial kawasan luar bandar
Rancangan dan perlaksanaan projek pembangunan adalah di bawah kuasa Majlis Pembangunan Luar Bandar peringkat daerah dan negeri.
Keutamaan diberikan kepada masyarakat luar bandar dari segi kemudahan

Rancangan Buku Merah
Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961 dan mengandungi projek pembinaan jalan raya,jambatan,surau,bekalan air dan bekalan elektrik z
Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod dalam Buku Meraah diletakkan di Bilik Gerakan Kemajuan Negara di peringkat daerah,negeri dan pusat.


Picture
0 Comments

SPM- Pemasyhuran Kemerdekaan- Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita Politik

3/27/2025

0 Comments

 
SPM- Pemasyhuran Kemerdekaan- Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
Politik
Pengenalan kepada Sistem Raja Berperlembagaan
Dalam sistem Raja Berperlembagaan Yang di Pertuan Agong diletakkan sebagai pemerintah tertinggi Persekutuan Tanah Melayu dengan bidang kuasa yang tertentu.

Demokrasi Berparlimen
Demokrasi berparlimen membawa maksud bahawa rakyat melibatkan diri dalam pentadbiran negara.
Ini berlaku apabila rakyat mempunyai kuasa untuk memilih wakil mereka melalui pilihan raya.
Rakyat turut mempunyai kebebasan bersuara dan memilih wakil pemimpin yang dapat menentukan hala tuju negara.
Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang pada peringkat negeri.
Parlimen menggubal undang -undang pada peringkat Persekutuan.
Sistem ini memastikan kemakmuran negara.

Pentadbiran Negara
Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama manakala Dato Abdul Razak Hussein menjadi Timbalan Perdana Menteri yang pertama.
Jawatan ahli kabinet dikekalkan seperti sebelum ini.
Buat pertama kalinya jawatan Menteri Luar disandang oleh Tunku Abdul Rahman. Jawatan in melambangkan kebebasan negara dalam menjalankan dasar luar tanpa pengaruh kuasa asing.

Cabaran kepada Pentadbiran Persekutuan
Ingin menggantikan pegawai Eropah dengan penduduk tempatan.
Selain menelan belanja yang tinggi,agak sukar untuk menggantikan tenaga pekerja dalam sektor keselamatan,pertahanan,pendidikan dan Professional.
Startegi yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman dan Dato Abdul Razak Husein adalah dengan mengadakan penggantian secara berperingkat dan melibatkan rakyat tempatan dalam pelbagai bidang.



Picture
0 Comments

SPM – Pemasyhuran Kemerdekaan – Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

3/22/2025

0 Comments

 
SPM – Pemasyhuran Kemerdekaan – Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu  

Wilayah Pengaruh  

Sempadan Persekutuan Tanah Melayu merangkumi Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak,Pahang,Melaka,Negeri Sembilan,Selangor,Johor dan Pulau Pinang. 

Diketuai dan ditadbir  oleh Raja,Sultan,Yang di Pertuan Besar dan Yang di Pertuan Negeri 

Kerajaan  

Ditadbir oleh badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif  

Institusi yang mentadbir dan menguruskan negara 


Kedaulatan Undang- Undang  

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas bagi membentuk negara merdeka yang berdaulat di samping menjaga dan memelihara hak rakyat. 

Kerajaan dan rakyat sentiasa berada di bawah undang-undang. 

Undang -undang memastikan keamanan dan kesejahteraan negara dapat dikekalkan. 

Lambang Kebangsaan  

Lambang kebesaran melambangkan identiti dan jati diri rakyat disamping sebagai simbol perpaduan. 

Elemen –elemen yang merangkumi lambang kebangsaan ini meliputi Jata Negara, lagu kebangsaan, bunga kebangsaan dan bendera kebangsaan. 

Setiap elemen ini mempunyai pengertian dari segi sosiobudaya dan sejarah 


Pengiktirafan Sebagai Rakyat  

Rakyat mempunyai hak asasi seperti kebebasan bersuara dan memberi pendapat yang dilindungi dari aspek undang – undang. 

Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab kepada negara dan negara turut mempunyai hak dan tanggungjawab kepada rakyat 
Picture
0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly