SPM – Perlembagaan Persekutuan-Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965
Pindaan Perlembagaan 1963 Selepas pembentukan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan 1957 dipinda dengan klausa baharu dimasukkan pada bahagian tertentu bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. Jawatan Yang Di Pertua Negeri Selepas pembentukan Malaysia, Sabah dan Sarawak diketuai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Yang Di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Di Sabah,Yang Di-Pertua Negeri dibantu oleh kabinet Negeri yang memberi nasihat berkaitan pentadbiran. Di Sarawak, Yang Di-Pertua Negeri mendapatkan nasihat daripada Majis Tertinggi dalam menjalankan tugas Mahkamah Tinggi Borneo Kedudukan Mahkamah Tinggi Malaya dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan Soal kehakiman di Sabah dan Sarawak diuruskan oleh Mahkamah Tinggi Borneo Jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan dan berpusat di Kuching Sarawak pada tahun 1963 Pada tahun 1994 nama jawatan tersebut diubah kepada Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Struktur Mahkamah Atasan Struktur mahkamah atasan adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Struktur mahkamah atasan adalah berdasarkan model Mahkamah Tertinggi England yang terbahagi kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan Tiga Mahkamah Atasan dibentuk di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan Tanah Melayu, Mahkamah Persekutuan Singapura,Mahkamah Persekutuan Sabah dan Sarawak. Mahkamah Persekutuan mendengar sebarang pertikaian antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dan sebarang soal perlembagaan. Pindaan Perlembagaan 1965 Turut dikenali sebagai Pindaan Singapura Pindaan perlembagaan diusulkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 7 Ogos 1965 Usul telah diluluskan oleh Parlimen bagi membolehkan Singapura keluar dari Malaysia Perkara yang berkaitan dengan Singapura seperti imigresen,hubungan luar,kewangan dan pertahanan
0 Comments
SPM -Kedaulatan Negara – Konsep Kedaulatan
Apakah itu kedaulatan? Kedaulatan adalah satu konsep kekuasaan tertinggi dan kewibawaaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak menjalankan pemerintahan. Kedaulatan negara kita wujud pada zaman kesultanan Melayu Melaka, kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Takrif Kedaulatan Bahasa Yunani Agung atau tertinggi atau supernuus atau superanus dalam istilah yunani.Merujuk kepada negara yang bebas dan merdeka. Bahasa Inggeris Kedaulatan bermaksud sovereignity atau negara yang berkuasa penuh terhadap pemerintahan. Bahasa Arab Kedaulatan adalah daulah dalam bahasa Arab atau kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu kedaulatan bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara Pandangan Tokoh Aristotle Kuasa tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Kerajaan terikat oleh undang-undang. Jean Bodin Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. Bersifat kekal dan kuasa yang tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya. Tun Dr. Mohamed Salleh Abas Kedaulatan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa Negara merdeka mempunyai hak dan kuasa untuk menaatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing. Ibnu Khaldun Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara. Berasaskan semangat kekitaan bangsanya. Diiringi kekuatan semangat beragama yang menyebabkan sesuatu bangsa rela berkorban demi mencapai cita-cita yang sama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan. Sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Jenis – Jenis Kedaulatan Kedaulatan Tradisional Wujud sejak zaman tamadun awal manusia Pemerintahan adalah berkuasa mutlak dan seluruh urusan negara dikuasai sepenuhnya Kedaulatan negara kita berpaksi kepada kedaulatan Raja- Raja Melayu Raja adalah ketua pemerintah dengan kuasa yang tertinggi Taat setia rakyat memperkukuhkan kekuasaan raja Kedaulatan Moden Selepas Revolusi keagungan di England dan Revolusi Perancis, wujudnya idea kemunculan negara bangsa moden. Kedaulatan moden lebih fokus kepada hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan Kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme selepas Perang Dunia Kedua di mana fokus lebih menjurus kepada persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa Kedaulatan negara kita sebagai negara bangsa terbentuk melalui Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963 Kedaulatan Undang- Undang Kedaulatan Undang – undang adalah prinsip keempat dalam Rukun Negara Undang -undang harus dipatuhi oleh rakyat dan kerajaan Badan kehakiman berfungsi untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang Tujuan adalah untuk menjamin kestabilan,kemakmuran dan keamanan negara selain mewujudkan keadilan dalam hidup bermasyarakat Kedaulatan Antarabangsa Merupakan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain. Prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang telah diperkanalkan melalui Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 Negara Malaysia diiktiraf sebagai negara yang bebas,berdaulat dan merdeka dengan memaki anggota PBB Pada 17 September 1957 negara kita telah menghantar perwakilan yang terdiri daripada Dr Ismail Abdul Rahman,Ismail , Ismail Ali dan Tun’ku Jaafar untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB yang ke 12 SPM -Kedaulatan Negara – Ciri Negara yang Berdaulat
Wujudnya Pemerintah Malaysia adalah negara persekutuan Mengamalkan konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Pemerintahan yang teratur adalah penting bagi menjamin kestabilan ekonomi,sosial,keamanan dan pertahanan. Wujudnya rakyat Rakyat adalah penduduk sesebuah negara Rakyat yang berbilang kaum,agama bangsa dan adat resam Disatukan melalui satu bahasa, kebudayaan.identiti nasional yang sama dan Rukun Negara Undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah diguna pakai kepada rakyat Wujudnya Sempadan Sempadan adalah garis pemisah antara negeri atau negara Sempadan bagi Malaysia adalah Filipina,Singapura,Thailand dan Indonesia PBB mengakui sempadan Malaysia Sempadan yang tetap memudahkan pentadbiran, pemerintahan, pembangunan ekonomi dan pertahanan. Wujudnya Sistem Perundangan Merupakan asas peraturan negara Asas perundangan negara adalah Perlembgaan Persekutuan Parlimen mempunyai tanggungjawab menggubal dan menentukan hala tuju undang-undang negara kita. Undang-Undang dapat memelihara kesejahteraan,melindungi rakyat dan menjamin keadilan SPM – Kedaulatan Negara – Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
Keberkesanan Pentadbiran Kedaulatan membolehkan negara menjalankan pentadbiran tanpa campur tangan kuasa luar. Pentadbiran negara diletakkan di bawah kuasa kementerian dan Jemaah Menteri. Keberkesanan pentadbiran turut dicapai melalui pengagihan kuasa san kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan telah mengukuhkan sistem pentadbiran di negara kita. Kemakmuran Ekonomi Selepas mencapai kemerdekaan, pelbagai cara telah diambil untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Dasar pembangunan ekonomi diperkenalkan bertujuan untuk memajukan ekonomi dalam bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan Kedaulatan membolehkan negara mengamalkan dasar untuk memakmurkan ekonomi tanpa campur tangan pihak luar Kesejahteraan Sosial Kedaulatan memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar sosial demi kesejahteraan rakyat Dasar sosial meliputi pendidikan yang boleh melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran Melalui pendidikan rakyat dapat memberikan sumbangan demi kemajuan negara Bagi memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara kaum dasar kebudayaan, bahasa kebangsaan, Rukun Negara dan sukan diperkenalkan Kecemerlangan Hubungan Luar Kedaulatan membolehkan negara kita menjalinkan hubungan dengan negara lain Kedaulatan membolehkan negara kita menjalinkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara lain dan dengan ini Malaysia mempunyai kelebihan dalam mempertahankan kedaulatan. Imej negara dapat ditingkatkan dengan keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa. Kebolehan negara kita diakui oleh masyarakat antarabangsa setanding dengan negara lain dan ini akan meningkatkan imej negara SPM – Kedaulatan Negara – Langkah Mempertahankan Kedaulatan Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Peranan Pemerintah Undang- undang negara dijalankan berlandaskan perlembagaan. Pentadbiran yang cekap dan amalan rasuah dielakkan Mengagihkan sumber kekayaan negara secara sama rata antara kaum agar melalui pembangunan ekonomi. Peranan Rakyat Memberikan kesetiaan kepada Raja dan negara Segala usaha dan dasar kerajaan disokong bagi menjamin kestabilan politik Mematuhi undang-undang negara Mengekalkan Perpaduan Kaum Peranan Pemerintah Menggubal undang -undang dan dasar -dasar yang dapat memupuk perpaduan nasional. Mewujudkan kempen dan program yang dapat memupuk integrasi nasional dan perpaduan antara kaum. Perbelanjaan diperuntukan untuk program yang dapat memupuk semangat perpaduan. Memastikan dasar yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi kerajaan berkaitan tentang bahasa,pendidikan dan kebudayaan adalah berkesan. Peranan Rakyat Menghormati dan memahami agama dan budaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Semangat hormat-menghormati,toleransi san bekerjasama harus ada. Banyak melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan Menghayati prinsip Rukun Negara dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai langkah memupuk perpaduan antara kaum. Memupuk Patriotisme Peranan Pemerintah Bagi melahirkan perasaan cinta dan kesetiaan kepada negara Hari Kemerdekaan dan Hari Pahlawan telah diadakan Bagi mewujudkan generasi yang peka kepada sejarah negara maka subjek sejarah telah dijadikan subjek mata pelataran teras di sekolah Kempen,filem dan rencana yang bersifat patriotisme telah dilancarkan Mengabdikan nama rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara sebagai nama jalan dan bangunan. Peranan Rakyat Menghormati jata negara. Lagu. Negaraku dan bendera negara iaitu Jalur Gemilang. Menghargai dan menyanjung adat resam dan budaya negara kita. Melakarkan kejayaan dalam bidang ekonomi, sukan dan pendidikan bagi menaikkan imej negara Menghargai tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara tanpa mengira kaum,agama dan bangsa Mengukuhkan Pertahanan Negara Peranan Pemerintah Dasar dan undang-undang digubal bagi menjamin keselamatan negara. Perjanjian pertahanan dan latihan ketenteraan diadakan dengan rakan serantau dan antarabangsa Mengukuhkan badan pertahanan dan memodenkan aset ketenteraan Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia Peranan Rakyat Peka terhadap isu keselamatan negara Melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap pencerobohan terhadap sempadan negara Harus mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara Sanggup berkorban nyawa dan harta bagi mempertahankan kedaulatan negara SPM – Pemasyhuran Kemerdekaan -Pengertian Kemerdekaan
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (insiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah). Rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara. Rashid Rida Merupakan tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir. Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman. Mahatma Gandhi Merupakan tokoh pejuang kemerdekaan India. Bellau memperjuangkan pembebasan rakyat India daripada belenggu kemiskinan dan penindasan kasta. Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap warganegara berhak menguruskan sendiri negaranya walaupun sukar agar setiap komuniti hidup dalam harmoni. Nelson Mandela Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Kebebasan boleh dicapai melalui politik, bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan. Soekarno Kemordekaan bererti bebas selama-lamanya. Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik. Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yang dijajah itu akan terus didominasi oleh mereka. Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan. Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta. Tunku Abdul Rahman Kemerdekaan Ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan. Tun Temenggong Jugah anak Barieng Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat. Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Kemerdekaan juga dapat mengatasi ancaman komunis. Tun Fuad Stephens Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. Usaha pembangunan yang pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu rakyat. Tun Dr. Mahathir Mohamad Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun. SPM-Pemashyuran Kemerderkaan -Persediaan Menyambut Pemashyuran Kemerdekaan Negara
Bagi menyambut kemerdekaan dua buah jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Persediaan Fizikal dan Jawatankuasa Sanmbutan . Tumpuan tempat bagi mengadakan sambutan kemerdekaan Tanah Melayau adalah stadium Merdeka dan Padang Kelab Selangor Kronologi sambutan kemerdekaan 8 Julai 1957 Tunku Abdul Rahman menyeru dalam radio agar rakyat menyambut hari kemerdekaan dengan meriah. 3 Ogos 1957 Dato Abdul Razak Hussein memaklumkan melalui Radio Malaya aturcara sambutan HRI kemerdekaan 31 Ogos 1957 Sambutan hari kemerdekaan diadakan di Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka Jawatankuasa Persediaan Fizikal Menyediakan prasarana fizikal dalam usaha menonjolkan identiti negara Stadium Merdeka S.E Jewkes mereka bentuk stadium Merdeka. Menelan kos sebanyak RM 2.5 juta ringgit Selama 6 bulan diperlukan untuk membina stadium Merdeka dan siap sepenuhnya pada 21 Ogos 1957. Mempunyai 22000 tempat duduk dengan 3000 tempat duduk berbumbung. Istana Negara Dibina sebagai kediaman Seri Paduka Baginda Yang di – Pertuan Agong. Lagu Negaraku Berasal daripada lagu Terang Bulan yang merupakan lagu negeri Perak dan lirik ditulis oleh Saiful Bahari. Tunku Abdul Rahman merupakan pengerusi bagi Jawatankuasa Permiliham Lagu Kebangsaan dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff iaitu Pengarah Jabatan Penerangan) dalam memilih lagu kebangsaan. Lagu Negaraku dicipta untuk diperdengarkan semasa upacara pengisytiharan kemerdekaan. Jata Negara Raja raja Melayu telah memperkenankan penggunaan Jata Negara pada 30 Mei 1957. Bendera Persekutuan Tanah Melayu Dicipta oleh Mohamed Hamzah yang merupakan kakitangan Kerja Raya Negeri Johor l. Mula dikibarkan pada 26 Mei 1950 secara rasminya di Istana Sultan Selangor Bunga Kebangssaan Bunga Raya telah dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan hasil tinjauan Kementerian Pertanian terhadap pandangan rakyat. Jawatankuasa Sambutan Berperanan dalam memeriahkan sambutan kemerdekaan pada peringkat ibu kota dan negeri Sebanyak 75000 bendera Persekutuan Tanah Melayu ditempah khas dari kilang kain di Jepun Lampu menghiasi bangunan di sekitar jalan raya,bandar dan Padang Kelab Selangor Menteri san pegawai tinggi kerajaan menerima pakaian khas yang diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pakaian khas ini adalah pakaian negeri Kedah iaitu “baju muskat” yang diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam san bersongket,bersamping dan tengkolok. Kursus khas protokol diadakan oleh pihak kerajaan yang melibatkan lebih kurang 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari. Mereka merupakan pegawai penerangan pegawai pengiring tetamu dan jemputan luar negara. Bagi memastikan kelancaran sambutan hari kemerdekaan, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu: -Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka diketuai oleh Dato Abdul Razak Hussein -Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan yang dipengerusikan oleh H.S Lee -Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman -Jawatankuasa Derma Perayaan Kemerdekaan ditubuhkan untuk mengutip derma bagi membantu perbelanjaan SPM-Pemashyuran Kemerdekaan - Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
Peristiwa bersejarah di Padang Kelab Selangor Pada 10.00 malam: Sardon Jubir mengetuai wakil Parti Perikatan daripada Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam mengambil tempat duduk. Lampu dipadamkan dan seluruh kawasan menjadi gelap gelita. Pada10.30 malam: Ismail Bontak mengetuai 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat dan mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (Menara Jam) Pada 11.58 malam: Kawasan menjadi gelap gelita apabila seluruh lampu dipadamkan di Padang Kelab Selangor Pada 12.00 tengah malam: Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12.00 tengah malam.Laungan merdeka oleh orang ramai didengar sejurus jam berbunyi pada 12.00 tengah malam.Tunku Abdul Rahman berada di hadapan pentas menghadap tiang bendera. Tahir Abdul Majid bertindak menurunkan bendera UnIon Jack diringi dengan lagu God Save the Queen. Penurunan bendera Union Jack disertakan dengan tempukan gemuruh dan Laungan Merdeka Buat kali pertama bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan diringi dengan lagu Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum. Tabik hormat diberikan oleh Tunku Abdul Rahman ketika bendera dinaikkan. Sorakan merdeka dilaungkan sebanyak tujuh kali. Pada 12.10 tengah malam: Di samping menerima tabik hormat Tunku Abdul Rahman turut memeriksa perbarisan perwakilan negeri.Dulang berisi sebutir pingat emas dibawa oleh Abdul Majid Othman yang mengetuai 24 wakil pemuda Perikatan. Pada pingat emas tu terukir peta semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul Rahman. Gelaran “Bapa kemerdekaan Tanah Air” ditulis pada bahagian tepi peta yang merujuk kepada Tunku Abdul Rahman. Pada 12.25 tengah malam : Sardon Jubir mengkalungkan pingat ke leher Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan “Bapa Kemerderkaan Tanah Air” sebanyak tiga kali. Pada 12.55 tengah malam Tuan Haji Massood Hayati mengakhiri majlis dengan bacaan doa selamat. Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka Pada 8.15 pagi: Upacara sambutan Hari Merdeka diadakan pada 31 Ogos 1957. Seramai 20 000 orang terlibat yang merangkumi perarakan barisan ketenteraan dan orang ramai. Nafiri berbunyi setiap kali para pembesar negara tiba. Tunku Abdul Rahman tiba terlebih dahulu diikuti oleh Raja-Raja Melayu,Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri serta Duke and Duchess of Gloucester. Disaksikan oleh Raja-Raja Melayu surat Perlembagaan Serahan Kuasa diberikan oleh Duke of Gloucester kepada Tunku Abdul Rahman.Pemashyuran kemerdekaan dibaca oleh Tunku Abdul Rahman sebagai tanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan kedaulatan. Tunku Abdul Rahman melaungkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali dan disambut oleh para hadirin. Rasa kesyukuran terhadap kemerdekaan yang diberi dizahirkan melalui azan dan bacaan doa oleh Ustaz Hassan Azhari. Seterusnya bendera kebangsaan dikibarkan dan diringi dengan lagu kebangsaan Negaraku. 101 das tembakan dilepaskan bagi menandakan negara yang Merdeka dan berdaulat. Pada 11.00 pagi: Di Balairong Seri istiadat perlantikan dan angkat sumpah Yang Di Pertuan Agong telah diadakan.ini diikuti pula dengan perlantikan jawatan Perdana Menteri,Jemaah Menteri,Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka. Pada 1.30 tengah hari: Satu majlis jamuan diadakan di Reaidensi sebagai tanda ucapan selamat jalan kepada Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu iaitu Donald MacGillivray. Pada 5.25 petang: Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas ke England dari Lapanagn Terbang Kuala Lumpur. Barisan kehormat Batalion keempat Askar Melayu memberi penghormatan kepada beliau. SPM – Kesan Kemerdekaan Terhadap Negara Kita – Peringkat Antarabangsa
Dasar Luar Kumpulan pertama pengawal telah dihantar ke Britain bagi mendapatkan latihan pada awal tahun 1957. Langkah ini bertujuan bagi mengukuhkan Kementerian Luar. Dasar luar negara berperanan melalui PBB dan Komanwel. Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie merupakan antara Menteri Luar yang pernah dilantik. Menganggotai Komanwel Negara kita diterima untuk menganggotai pertubuhan Komanwel setelah mencapai kemerdekaan. Penyertaan dalam Komanwel membolehkan negara kita menunjukkan komitmen dan minat terhadap isu yang dihadapi oleh negara anggota. Selain itu menjadi ahli Komanwel memboleh negara kita menjalinkan hubungan sosioekonomi dengan negara anggota yang lain. Pertahanan Negara Kerjasama pertahanan antara British, Australia dan New Zealand telah melindungi negara kita sebelum merdeka. Selepas merdeka negara kita masih belum mempunyai sistem pertahanan yang kuat dan masih bergantung kepada bantuan ketenteraan daripada Britain. Dengan ini maka wujudnya Perjanjian Pertahanan Anglo Malayan Defence Agreement ( AMDA) pada tahun 1957. Tunku Abdul Rahman turut mengekalkan hubungan yang baik dengan Britain dan negara Komanwel. Penyertaan Dalam Blok Sterling Pound sterling digunakan oleh negara kita dalam urusan perdagangan antarabangsa. Kekuatan pound sterling dikukuhkan melalui kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara berpendapatan tinggi melalui hasil bijih timah dan getah. Kedudukan ekonomi yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel ( Commonwealth Preferential Tariff System) turut pada masa yang sama memperkukuhkan kedudukan ekonomi ahli- ahlinya. Pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) Pada persidangan PBB 17 September 1957, negara kita telah diterima sebagai ahli PBB yang ke 82. Bendera negara kita dikibarkan secara Rasmussen di Ibu pejabat PBB pada 15 Oktober 1957 di New York. Prinsip PBB dijunjung negara kita iaitu melindungi hai asasi manusia. Negara kita turut mengikuti misi pengaman PBB di Congo. Ini menggambarkan kepercayaan PBB dalam memberi pengiktirafan kepada sebuah negara yang baharu dalam menguruskan konflik antrarabangsa. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|