SPM -Pemasyhuran Kemerdekaan -Kesan Kemerderkaan Terhadap Negara Kita – Sosial
Dewan Bahasa dan Pustaka Berdasarkan Fasal 1 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru,Johor sebagai satu jabatan di bawah kementerian Pelajaran. Jabatan Penerangan Merupakan lidah rasmi kerajaan yang menerangkan kepada rakyat berkaitan perkara yang berlaku di dalam dan luar negara. Di samping itu turut menerangkan kepada rakyat berkaitan falsafah,dasar dan wawasan negara menjelang dan pada awal selepas kemerdekaan. Kesihatan Pembinaan hospital dan pusat kesihatan bagi meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat penduduk luar bandar. Pada tahun 1957 sudah terdapat 65 buah hospital di negara kita Kementerian Kesihatan berfungsi dalam memulihkan isu sosial dan membangunkan masyarakat demi kesejahteraan rakyat Kemudahan Asas Perhatian diberikan kepada pembinaan dan pembangunan kemudahan asa seperti bekalan air dan elektrik demi keselesaan dan kesihatan penduduk Tujuan kemudahan ini diberikan adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan merapatkan jurang perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar.
0 Comments
SPM -Pemasyhuran Kemerdekaan -Kesan Kemerderkaan Terhadap Negara Kita – Ekonomi
Rancangan Malaysia Pertama 1956-1960 Tumpuan pada sektor luar bandar bagi menjamin pertumbuhan ekonomi Agar tidak bergantung kepada sektor getah kepelbagaian keluaran pertanian diutamakan Meningkatkan peluang pekerjaan dengan harapan membasmi kemiakinan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) FELDA ditubuhkan pada 1956 bertujuan untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran dan penempatan semula masyarakat. Keluarga dipindahakn dari kawasan luar bandar ke tanah rancangan FELDA bagi menanam kelapa sawit dan getah. Kemudahan asas pertanian untuk peneroka dan penempatan disediakan Instituti Kewangan Tempatan Kwong Yik Bank telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1913. Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Malaya adalah bank orang Melayu yang pertama dan ditubuhkan oleh Maarof Zakaria di Klang Street Kuala Lumpur Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari 1959 bagi mengalakkan kestabilan kewangan dengan menyediakan persekitaean yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Pembangunan Luar Bandar Pada 17 November 1959, Kementerian Luar Bandar ditubuhkan untuk membangunkan infrastruktur, ekonomi dan sosial kawasan luar bandar Rancangan dan perlaksanaan projek pembangunan adalah di bawah kuasa Majlis Pembangunan Luar Bandar peringkat daerah dan negeri. Keutamaan diberikan kepada masyarakat luar bandar dari segi kemudahan Rancangan Buku Merah Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961 dan mengandungi projek pembinaan jalan raya,jambatan,surau,bekalan air dan bekalan elektrik z Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod dalam Buku Meraah diletakkan di Bilik Gerakan Kemajuan Negara di peringkat daerah,negeri dan pusat. SPM- Pemasyhuran Kemerdekaan- Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
Politik Pengenalan kepada Sistem Raja Berperlembagaan Dalam sistem Raja Berperlembagaan Yang di Pertuan Agong diletakkan sebagai pemerintah tertinggi Persekutuan Tanah Melayu dengan bidang kuasa yang tertentu. Demokrasi Berparlimen Demokrasi berparlimen membawa maksud bahawa rakyat melibatkan diri dalam pentadbiran negara. Ini berlaku apabila rakyat mempunyai kuasa untuk memilih wakil mereka melalui pilihan raya. Rakyat turut mempunyai kebebasan bersuara dan memilih wakil pemimpin yang dapat menentukan hala tuju negara. Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang pada peringkat negeri. Parlimen menggubal undang -undang pada peringkat Persekutuan. Sistem ini memastikan kemakmuran negara. Pentadbiran Negara Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama manakala Dato Abdul Razak Hussein menjadi Timbalan Perdana Menteri yang pertama. Jawatan ahli kabinet dikekalkan seperti sebelum ini. Buat pertama kalinya jawatan Menteri Luar disandang oleh Tunku Abdul Rahman. Jawatan in melambangkan kebebasan negara dalam menjalankan dasar luar tanpa pengaruh kuasa asing. Cabaran kepada Pentadbiran Persekutuan Ingin menggantikan pegawai Eropah dengan penduduk tempatan. Selain menelan belanja yang tinggi,agak sukar untuk menggantikan tenaga pekerja dalam sektor keselamatan,pertahanan,pendidikan dan Professional. Startegi yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman dan Dato Abdul Razak Husein adalah dengan mengadakan penggantian secara berperingkat dan melibatkan rakyat tempatan dalam pelbagai bidang. SPM – Pemasyhuran Kemerdekaan – Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
Wilayah Pengaruh Sempadan Persekutuan Tanah Melayu merangkumi Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak,Pahang,Melaka,Negeri Sembilan,Selangor,Johor dan Pulau Pinang. Diketuai dan ditadbir oleh Raja,Sultan,Yang di Pertuan Besar dan Yang di Pertuan Negeri Kerajaan Ditadbir oleh badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif Institusi yang mentadbir dan menguruskan negara Kedaulatan Undang- Undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas bagi membentuk negara merdeka yang berdaulat di samping menjaga dan memelihara hak rakyat. Kerajaan dan rakyat sentiasa berada di bawah undang-undang. Undang -undang memastikan keamanan dan kesejahteraan negara dapat dikekalkan. Lambang Kebangsaan Lambang kebesaran melambangkan identiti dan jati diri rakyat disamping sebagai simbol perpaduan. Elemen –elemen yang merangkumi lambang kebangsaan ini meliputi Jata Negara, lagu kebangsaan, bunga kebangsaan dan bendera kebangsaan. Setiap elemen ini mempunyai pengertian dari segi sosiobudaya dan sejarah Pengiktirafan Sebagai Rakyat Rakyat mempunyai hak asasi seperti kebebasan bersuara dan memberi pendapat yang dilindungi dari aspek undang – undang. Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab kepada negara dan negara turut mempunyai hak dan tanggungjawab kepada rakyat SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Usaha Rundingan Kemerdekaan
Usaha ke arah kemerdekaan negara dipengaruhi tentang apa yang berlaku di dalam dan luar negara Di luar negara – kebangkitan rakyat menentang penjajah dan ingin mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua seperti di Filipina, India, Mesir dan Burma Di dalam negara – jaminan British bahawa dengan secepat mungkin akan membantu Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri Rundingan kemerdekaan melibatkan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan pihak British Asas kepada terbentuk perlembagaan persekutuan ke arah berkerajaan sendiri adalah melalui Pilihan Raya Umum 1955. Wakil Raja – raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa rombongan bagi rundingan di London adalah perlu bagi beberapa perkara seperti: -Hubungan British dan Tanah Melayu -Penggubalan perlembagaan bagi negara yang merdeka -hal -hal keselamatan Perjalanan Rombongan Rundingan Kemerdekaan Rombongan Merdeka ke London Tunku Abdul Rahman dan rombongan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura Rombongan merdeka kemudiannya meneruskan perjalanan dari Tanjung Pagar, Singapura ke London. Seramai 10 000 orang menghantar rombongan Tunku Abdul Rahman ke London. Rombongan merdeka menaiki kapal laut V.M Asia dari Tanjung Pagar, Singapura ke London pada 1 Januari 1956. Kesempatan ini digunakan untuk mengatur strategi Rombongan Merdeka tiba di Karachi Pakistan dan kemudian menaiki kapal terbang dari Pakistan ke London. Pada 14 Januari 1956 rombongan Merdeka tiba di London. Rundingan kemerdekaan bermula dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956 di Lancaster House,London Perkara yang dirunding dan disepakati di London Perwakilan Tanah Melayu Tidak melewatkan kemerdekaan Tanah Melayu melebihi 31 Ogos 1957. Inginkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di kalangan penduduk tempatan. Jawatan Setiausaha Kewangan dihapuskan dan digantikan dengan Menteri Kewangan. Ingin melantik rakyat tempatan sebagai Menteri Pertahanan dan menggantikan Pegawai Gerakan yang disandang oleh pegawai British. Rundingan berkaitan isu Perlembagaan Persekutuan,kewangan,keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam. Perwakilan British Antara Persekutuan Tanah Melayu dan British wujudnya Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan. Bantuan pertahanan akan diberikan oleh pihak British dan Komanwel kepada Persekutuan Tanah Melayu. Persuruhjaya Tinggi akan melantik ahli Majlis Eksekutif dengan nasihat Ketua Menteri selain daripada Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Hasil Rundingan Kemerdekaan Laporan setebal 20 halaman dihasilkan British bersetuju memberikan kemerdekaan Tanah Melayu melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk bagi merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 selepas menerima pandangan daripada Sheikh Abdullah Fahim, ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang Sambutan Bersejarah di Melaka 20 Februari 1956, Rombongan Merdeka tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Rombongan Merdeka diarak hingga ke Padang Banda Hilir Melaka. Anggaran seramai 100 000 orang hadir dengan berjalan kaki, menaiki lori dan bas dari seluruh negara. Orang ramai berkumpul untuk mendengar ucapan pengumuman tarikh kemerdekaan. Hari Kemerdekaan diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Laungan “Merdeka” oleh rakyat dengan gemuruh SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957- Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid diwujudkan pada Jun 1956 setelah mendapat persetujuan di London dan diperkenan oleh Raja -raja Melayu. Anggota Suruhanjaya Reid / Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada : Lord Reid Sir William Ivor Jennings Sir William McKell Hakim B.Malik Hakim Abdul Malik Tugas utama Suruhanjaya Reid : -membincang, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan terma- terma berikut: -melindungi kedudukan Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan -menjaga keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. -mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu -mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dan kerajaan negeri dengan autonomi yang tertentu -cadangan terhadap jawatan ketua negara iaitu Yang di Pertuan Besar yang kini dikenali sebagai Yang di Pertuan Agong -memeriksa aturan perlembagaan di seluruh Tanah Melayu dan mengambil kira kedudukan Ratu England dan Raja – raja Melayu. -cadangan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi satu unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan komanwel berdasarkan demokrasi berparlimen dan dua Dewan Perundangan Gerak Kerja Suruhanjaya Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu / Suruhanjaya Feid Menerima cadangan daripada semua penduduk secara lisan dan bertulis Memorandum bertulis daripada semua pihak diterima untuk diteliti Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Peraekutuan Menghadap Raja – raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai Bermesyuarat dan mengadakan lawatan ke negeri Melayu dan Negeri -negeri Selat Persidangan diadakan untuk membincangkan pelbagai isu 118 perjumpaan diadakan di antara bulan Jun hingga Oktober 1956 Mengkaji, membuat laporan dan memberi cadangan dalam usaha membentuk perlembagaan bagi sebuah negara yang merdeka SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957- Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka
Mendapatkan memorandum Perlu nendapatkan memorandum daripada Raja. Raja Melayu Menadangkan agar Yang di Pertuan Agong menjadi ketua nagara bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Tempoh jawatan Yang di Pertuan Agong adalah selama lima tahun dan dilantik di kalangan Raja -Raja Melayu berdasarkan prinsip kekananan. Yang di Pertuan Agong atas persetujuan Majlis Raja -Raja boleh meletakkan jawatan. Raja – Raja Melayu memainkan peranan penting dalam melindungi hak istimewa orang Melayu dan menjaga kepentingan sah kaum lain. Memorandum daripada Parti Politik dan Pihak Awam Kewarganegaraan Parti Perikatan mencadangkan melalui Testament Amanah Politik Perikatan. Dewan Perniagaan Melayu mencadangkan agar kewarganegaraan diperketatkan. Persatuan Dewan Perniagaan Cina Se Malaya pula menggesa kewarganegaraan berasakan kelahiran. Masyarakat India pula menuntut agar kewarganegaraan mereka diteliti. Masyarakat Serani menuntut agar hak mereka dipertahankan Bahasa dan Pendidikan MCA mencadangkan agar semua sekolah aliran Inggeris dan Vernakular diteruskan san mencadangkan agar sekolah kebangsaan mempelajari bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Draft Perlembagaan Konsep Raja Berperlembagaan . Yang di Pertuan Agong dipilih bagi Persekutuan Tanah Melayu . Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu. Pembentukan Parlimen dengan dua Majlis Mesyuarat iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Konsep Jus soli juga digunakan bagi mereka yang lahir di Tanah Melayu bagi isu berkata in dengan kewarganegaraan. Reaksi terhadap Draft Perlembagaan UMNO Terdapat ahli UMNO yang menentang draft perlembagaan ini kerana khuatir kedudukan istimewa orang Melayu akan terjejas melalui prinsip Jus Soli. Agama Islam dan Bahaa Melayu harus diangkat sebagai agama dan bahasa rasmi. PAS Mengkritik isu kewarganegaraan yang dikatakan tidak menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Ingin menjadikan agama Islam sebagai asas pemerintahan negara. Ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Parti Negara Dato Onn Jaafar menentang dan menolak syarat kewarganegaraan yang longgar MIC Mahukan penggunaan bahasa Tamil dan syarat kewarganegaraan diberi perhatian Kongres telah diadakan pada 4-7 Mei 1957 oleh PAS, Parti Rakyat dan Parti Negara bagi mengkaji draft perlembagaan. Sebahagian masyarakat Cina ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan Penerbangan ke London Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Hussein,V.T. Sambanthan dan Ong Yoke Lin mengadakan rombongan ke London untuk membincangkan isu kewarganegaraan dan beberapa isu yang belum muktamad. Pindahan dan Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1957 Hasil daripada pindaan dan perubahan disembah perkenaan dan dibincangkan oleh Majlis Raja – raja. Pada 10 –11 Julai 1957, draf perlembagaan ini dbentangkan dan dibahaskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Draf Perlembagaan Persekutuan ini kemudiannya diluluskan oleh Parlimen British dan Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957. Pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Berkuat kuasa. SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Pada 5 Ogos 1957 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara Raja – Raja Melayu dan Sir Donald MacGillivray bagi pihak Queen Elizabeth II di King’s House, Kuala Lumpur. Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Raja Berperlembagaan dan konsep demokrasi berparlimen Yang Di-Pertuan Agong dilantik di kalangan Raja- Raja Melayu pada setiap lima tahun berdasarkan Bahagian IV, Negeri Persekutuan Perkara 32(1). Kewarganegaraan Untuk menjadi warganegara Persekutuan setiap yang lahir pada atau selepas hari merdeka akan menjadi warganegara. Cara-cara untuk menjadi warganegara: -Perkara 14 Warganegara melalui penguatkuasaan Undang – Undang -Perkara 15 Warganegara melalui permohonan untuk menjadi rakyat -Perkara 19 Naturalisasi atau memohon untuk menukar kewarganegaraan. Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain Termaktub dalam Perkara 153(1), kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara dan semua rakyat di Tanah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai hak dan kewajipan yang sama. Kedudukan Agama Islam Perkara 3(1) Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan agama lain boleh diamalkan Kedudukan Bahasa Melayu Perkara 152(1) di mana Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa pengantar dan komunikasi SPM – Pilihan Raya – Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
Pilihan raya merupakan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti untuk membentuk kerajaan. Pilihan raya juga adalah asas untuk berkerajaan sendiri. Pilihan raya diadakan selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Pilihan raya yang diadakan adalah berperingkat iaitu pada peringkat majlis perbandaran, peringkat negeri dan peringkat Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Kajian dan perbincangan berkaitan pilihan raya diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan. Pada tahun 1950 Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diadakan bagi memberi kuasa kepada Majlis Tempatan mengadakan pilihan raya. Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town, Pulau Pinang Merupakan pilihan raya perbandaran yang pertama diadakan pada 1951. Sebelum wujudnya pilihan raya, ahli Majlis Perbandaran dipilih oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat. Pilihan raya ini diadakan dengan tujuan memilih sembilan ahli Persuruhjaya Perbandaran George Town. Hari pendaftaran pemilih diadakan selama enam minggu iaitu dari 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951 dan seramai 14,514 orang pengundi telah membuang undi. Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur Diadakan pada Februari 1952 Terdapat 12 kerusi Ahli Majlis Perbandaran Kuala Lumpur bagi kawasan Imbi, Sentul, Petaling Jaya dan Bangsar. Kerjasama diadakan antara UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor dan dikenali sebagai Perikatan. Kerjasama ini membuahkan hasil melalui kemenangan pada pilihan raya majlis perbandaran yang seterusnya. Pilihan raya majlis perbandaran kemudian diadakan di Johor Bahru,Ipoh, Alor Setar dan Melaka serta Seremban. Pilihan Raya Peringkat Negeri Diadakan pada tahun 1954. Kerjasama antara UMNO – MCA membuahkan hasil apabila memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi. Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara kaum boleh diterima oleh masyarakat dan betapa pentingnya amalan demokrasi. Pilihan raya memberi pengalaman kepada rakyat mengendalikan pilihan raya dan juga merupakan persediaan ke arah berkerajaan sendiri SPM – Pilhan Raya – Proses Pilihan Raya yang Pertama
Pilihan raya adalah asas untuk berkerajaan sendiri dan membolehkan rakyat memilih wakil untuk membentuk kerajaaan. Pilihan Raya Umum yang pertama diisytiharkan oleh Sir Donal MacGillivray Pilihan Raya Umum yang pertama ini mendapat persetujuan daripada Majlis Raja – Raja dan merupakan perintis ke arah kemerdekaan. Tujuan Pilihan Raya Umum ini diadakan adalah bagi melantik Ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk pada 1 Februari 1945. Jawatankuasa ini terdiri daripada 46 orang. Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji hal – hal yang berkaitan dengan perlaksanaan pilihan raya. Terdapat dua bentuk penyata susunan yang berkaitan tentang MPP. Penyata dalam bentuk A dan Penyata dalam bentuk B. Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih bentuk A manakala Jawatankuasa Pilihan Raya memilih Bentuk B Bentuk A Seorang Speaker Sebelas orang wakil negeri Tiga orang ahli dilantik Dua puluh orang dilantik mewakili kepentingan tertentu Tiga orang mewakili golongan minoriti Dua orang ahli rasmi iaitu Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi Enam puluh orang ahli dipilih melalui pilihan raya Pilihan raya diadakan tidak lewat dari November 1954 Bentuk B Seorang Speaker Sebelas orang wakil negeri Tiga orang ahli dilantik Dua puluh orang dilantik mewakili kepentingan tertentu Tiga orang mewakili golongan minoriti Dua orang ahli rasmi iaitu Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi Empat puluh empat orang ahli dipilih melalui pilihan raya manakala lapan lagi dilantik oleh Persuruhjaya Tinggi British Tiada tarikh tertentu ditetapkan untuk pilihan raya Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Husein, T.H.Tan dan Tan Cheng Lock pada 21 April 1954 telah berangkat ke London untuk meminta agar tiga perlima daripada jumlah anggota MPP dipilih melalui pilihan raya. Tunku Abdul Rahman dengan bantuan Lord Ogmore berjaya bertemu dengan ahli Parlimen daripada Parti Liberal, Parti Konservatif dan Parti Buruh British. Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat rombongan melalui akhbar kepada ahli Parlimen dan rakyat British Tunku Abdul Rahman kemudian mengadakan rundingan di London dengan Oliver Lyttelton iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British pada 14 Mei 1954 tetapi gagal untuk mendapatkan tiga perlima ahli MPP yang akan dipilih melalui pilihan raya. Akhirnya jumlah sebanyak 52 orang ahli MPP dipilih melalui pilihan raya dipersetujui oleh Parti Perikatan dan pihak British. Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 1)Menetapkan bilangan ahli MPP Membentuk Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan -52 kawasan pilihan raya dibentuk pada 26 April 1954 2)Rang Undang – Undang Rang Undang -Undang Pilihan Raya diluluskan pada Ogos 1954 bagi membolehkan pilihan raya diadakan 3)Pendaftaran Pengundi Pendaftaran pengundi diadakan pada -8 Oktober 1954 di seluruh Tanah Melayu san pada 29 Oktober 1954 di Terengganu 4)Penamaan Calon pada 15 Jun 1955 Penamaan calon diadakan. Syarat menjadi calon : warganegara Persekutuan Tanah Melayu, berumur 21 tahun ke atas dan tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam 12 bulan sebelum hari penamaan calon dan berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris 5)Kempen Pilihan Raya Kempen pilihan raya diadakan selama 45 hari 6)Hari Mengundi pada 27 Julai 1955 Syarat menjadi pengundi – berumur 21 tahun ke atas,warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh enam bulan terdahulu dari tarikh 17 Oktober 1954 di Tanah Melayu dan 28 Oktober 1954 7)Pengiraan Undi Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi untuk dikira 8)Pengumuman Keputusan Pegawai Pengurus akan mengumumkan keputusan pilihan raya. Calon yang mendapat undi majoriti diisytiharkan dan disahkan sebagai wakil yang mewakili bahagian pilihan raya tersebut. Dalam Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi. Ini menunjukkan kerjasama kaum adalah penting untuk menyatukan kaum yang berbilang bangsa. Pilihan Raya Awal di Sarawak Pada tahun 1956 pilihan raya tempatan yang pertama telah diadakan bagi kawasan Kuching Municipal Council (KMC). Ini merupakan perintis ke arah berkerajaan sendiri. Kawasan Kuching dibahagikan kepada 9 kawasan(wars) Hasil daripada pilihan raya tempatan, William Tan telah dilantik sebagai pengerusi Kuching Municipal Council (KMC) dan Ong Kee Hui sebagai timbalan Pengerusi (KMC). Pada 1957 pilihan raya diadakan bagi Sibu Urban District Council (SUDC). Ting Chen Huat dipilih sebagai pengerusi SUDC dan John Loo Ling Chong sebagai timbalan pengerusi SUDC Pilihan Raya Awal di Sabah Pada 16 Disember 1962, pilihan raya kerajaan tempatan yang pertama telah diadakan bagi 118 kawasan ( ward) di bawah Local Government Election Oedinance. Tanggungjawab menguruskan pilihan raya ini digalas oleh Setiausaha Kolonial Kerajaan Tematan sebagai Penguasa Pilihan Raya. Seramai 202 calon bertanding bagi 118 kawasan (ward). Sebanyak 53 orang calon menang tanpa bertanding. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
April 2025
Categories
All
Archives
April 2025
|