SPM – Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat – Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita2/19/2025 SPM – Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat – Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
Friedrich Engels dan Karl Max telah memperkenalkan ideologi komunis melalui karya mereka iaitu Des Kapital dan Communist Manifesto. Komunis adalah mereka yang menganuti fahaman Komunis. Komunisme adalah kepercayaan bahawa barang pengguna dan ekonomi adalah milik negara. China dan Indonesia adalah negara yang terlibat dalam penyebaran ajaran komunis. Sejak awal 1920an fahaman komunis telah tersebar di negara kita. Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia Fahaman komunis mula tersebar di Seberang Perai,Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah pada tahun 1920 oleh pemimpin komunis dari Indonesia iaitu Tan Malaka,Alimin, Boedisoejitro,Moeso, Winata,Hasanoesi, Sutan Perpateh dan Soebakat. Selepas gagal membuka cawangan di Pulau Jawa pada 1926 Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha membuka cawangan di Tanah Melayu. Usaha untuk meluaskan pengaruh komunis di Tanah Melayu gagal akibat kekerasan yang digunakan untuk mencapai matlamat mereka. Kemasukan Pengaruh Komunis dari China Ideologi komunis telah tersebar di negara kita pada tahun 1920an melalui cawangan Parti Kuomintang yang beribu pejabat di China. Hampir setiap bandar di Tanah Melayu mempunyai cawangan Parti Kuomintang (PKT) seperti di Muar, Seremban, Melaka, Sungai Petani, Kuala Lumpur dan Klang. Pertubuhan Orang Hailam telah menubuhkan Main School atas arahan Parti Komunis China yang turut menyebarkan fahaman komunis di negara kita. Pada tahun 1927 PKT dan PKC berpecah. Pada tahun 1928, PKN atau Parti Komunis Nanyang ditubuhkan atas arahan The Comminist International (Cominterm) yang berpusat di Moscow. Kegagalan PKN menyebabkan Cominterm mengarahkan penubuhan PKM ( Parti Komunis Malaya). SPM – Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat -Penubuhan Parti komunis Malaya
Parti Komunis Malaya atau PKM ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 30 April 1930. PKM bergerak melalui sekolah Cina, Kesatuan Sekerja, penerbitan akhbar dan pertubuhan. Kesatuan Sekerja Umum Malaya ditubuhkan oleh komunis bagi mengukuhkan kedudukan dan pengaruh komunis. Pada zaman pendudukan Jepun (1941-1945) PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dan pada tahun 1942, terbentuknya Malayan People Anti Japanese Army ( MPAJA) dimana bantuan dari segi logistik, kewangan, perubatan dan ketenteraan telah diberikan oleh pinak British. Gerila MPAjA keluar dari hutan dan melakukan kekejaman dan kekacauan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang dianggap bersubahat dengan Jepun. Pada 1 Disember 1945 MPAJA dibubarkan apabila BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun PKM dibenarkan berfungsi sebagai pertubuhan yang sah di Tanah Melayu. PKM mengambil kesempatan ini untuk mempengaruhi beberapa pertubuhan. PKM telah berjaya menyelinap masuk dalam Pan Malayan Federation Trade Union (PMFTU) PKM berjaya menguasai 355 kesatuan sekerja dan menyusup masuk dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA dari Disember 1947 hingga Mei 1948. Trade Union Ordinace No.9 of 1948 diluluskan oleh British bagi menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan mengharamkan PKM. SPM – Ancaman Komunis Dan Perisytiharaan Darurat – Ancaman Komunis Di Negara Kita
Dua persidangan di Calcutta diadakan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa: Pada 19 Februari 1949 hingga 25 Februari 1948 – Persidangan Kongres Belia Asia . Pada 19 Mac 1948 – Persidangan Parti Komunis India Persidangan tersebut turut dihadiri oleh ahli PKM Tujuan persidangan diadakan adalah untuk menggesa pengikut komunis di Asia agar memperhebatkan perjuangan menentang imperialisme. Kesan daripada persidangan itu maka jawatankuasa eksekutif pusat PKM telah melancarkan perjuangan bersenjata dengan harapan ingin hmenubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. PKM mengancam keselamatan rakyat, melumpuhkan ekonomi dan memusnahkan infrastrukur. Perisytiharan Darurat Tiga orang pengurus ladang Eropah telah dibunuh di Sungai Siput pada 16 Jun 1948 Oleh PKM. Mereka adalah John Allison pengurus ladang Phin Soon, Arthur Walker pengurus ladang Ephill dan Ian Cristian pembantu kepada John Allison. Akhirnya sir Edward Gent iaitu pesuruhjaya British di Tanah Melayu telah mengisytiharkan Darurat. Undang -undang darurat telah dilaksanakan di Ipoh dan Sumgai Siput di Perak, Muar,Kluang, Kulai dan Plentong di Johor. Pada 17 Jun 1948, undang – undang darurat diperluas ke seluruh negeri Perak dan Johor. Undang -Undang Darurat kemudiannya diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948 untuk membanteras ancaman Komunis. Tindakan Komunis mengancam keselamatan rakyat Komunis mengugut, menyerang,melakukan kekejaman, mensabotaj,menganiayai, merampas harta benda,menculik dan membunuh penduduk yang enggan berkerjasama. Bom tangan dicampakkan oleh komunis di Sheum Circus, Kampar, Perak pada malam 5 Julai 1949 menyebabkan 46 orang cedera parah dan 4 mati. Melumpuhkan ekonomi 80 lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan diserang dari tahun 1948-1956. Pokok getah, rumah asap,kilang estet,rumah kongsi dan sekolah dimusnahkan dan dirosakkan oleh komunis. Pekerja ladang dan lombong dibunuh sehingga mengganggu kerja harian dan mengancam nyawa. Merosakkan infrastruktur Landasan kereta api dibom, dirosakkan dan dialih. Kenderaan di jalan raya ditembak dan dirosakkan. Kemudahan telefon dan telegraf disabotaj. Paip air dirosakkan Serangan ke atas pekerja awam yang bertugas membaiki jalan raya, memasang paip air ,membina sistem pengairan dan pekerja yang menjalankan penyelidikan di tapak bideo elektrik. Mengancam Pasukan Keselamatan PKM menyerang balai polis dan pasukan keselamatan Tujuan adalah untuk mewujudkan huru – hara dan ingin menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi rakyat. SPM - Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis – Perang Saraf2/17/2025 SPM - Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis – Perang Saraf
Perang Saraf adalah usaha untuk menghapuskan komunis dengan memenangi hati dan fikiran rakyat. Dilaksanakan pada tahun 1952 apabila Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya British di Tanah Melayu Menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan agar mereka bekerjasama dengan kerajaan dan menyampaikan maklumat tentang komunis. Usaha ini berjaya memupuk semangat bekerjasama antara kaum dalam membanteras komunis. Rancangan Perang Saraf Lawatan Templer telah melakukan 122 lawatan ke kampung, sekolah, dispenseri, hospital, pondok polis,bilik operasi, pasukan keselamatan, estet serta lombong dan bersedia menerima perwakilan. Diringi dengan isteri lawatan diadakan selama 2 hingga 3 hari. 20 lawatan diadakan di kampung baru dan kampung melayu. Isteri beliau menubuhkan cawangan Pandu Puteri, Palang Merah dan Pusat Komuniti. Rakyat didampingi untuk memberi nasihat dan mendengar pandangan mereka. Kelonggaran Syarat Kewarganegaraan Pada 14 September 1952 sebanyak lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi warganegara. Tujuan kelonggaran syarat kewarganegaraan ini adalah untuk menarik sokongan kaum bukan melayu dan mewujudkan bangsa bersatu. Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur Adalah Pilihan Raya pertama bagi menggalakkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam politik dalam usaha untuk menentang komunis. Tawaran Hadiah Wang Tunai Menaikkan jumlah tawaran hadiah untuk pemberi maklumat dan sesiapa yang berjaya menangkap komunis. Menawarkan sebanyak $250 000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng. hidup atau mati. Mendapatkan kepercayaan orang Asli Sokongan orang asli diperlukan untuk menentang Komunis. 14 kubu didirikan untuk mendapatkan sokongan komunis Kubu ini menyediakan tempat kemudahan seperti kemudahan barangan keperluan harian, pendidikan, perlindungan dan perubatan. Memajukan Perkhidmatan Penerangan Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat agar menyokong kerajaan membanteras Komunis. Menyebarkan risalah anti komunis kepada penduduk dan risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan. Kawasan Hitam dan Kawasan Putih Di kawasan hitam perintah berkurung diperkenalkan dan kegiatan komunis agak aktif. Di kawasan putih tiada pengaruh komunis. Sehingga tahun 1984, Melaka,Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Terengganu diisytiharkan sebagai kawasan putih. Rundingan Baling Tujuan adalah untuk menamatkan ancaman komunis dan ingin mencapai kemerdekaan. Pada 28 Disember 1955, perjumpaan diadakan di Sekolah Inggeris Baling kedah di antara Tunku Abdul Rahman dan pemimpin PKM. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, David Marshall san Tan Cheng Lock. PKM diwakili oleh Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien. Tunku Abdul Rahman menyarankan agar PKM dibubarkan, menyerah diri dan meletakkan senjata. Chin Peng hanya bersetuju untuk meletakkan senjata dan menyerah diri jika PKM diiktiraf sebagai parti politik yang sah. Rundingan gagal kerana Tunku Abdul Rahman tidak menerima cadangan tersebut. SPM – Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis -Tawaran Pengampunan, Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat dan Perintah Berkurung
Tawaran Pengampunan Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan tawaran Pengampunan supaya komunis menyerah diri. Radio Malaya menyiarkan syarat Pengampunan pada setiap hari . Poster ditampal di merata tempat. 40 juta risalah dan 12 pas Pengampunan diedarkan dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Iklan dan wayang gambar disiarkan bagi membantu penduduk memujuk anggota komunis untuk menyerah diri. Tawaran wang tunai turut diberikan kepada anggota komunis yang memberikan maklumat kepada kerajaan. Terdapat banyan anggota komunis yang menerima tawaran tersebut. Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat Majlis Perundangan Persekutuan melancarkan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat pada 22 Disember 1949. Penduduk berbilang kaum diseru agar mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa. Jumlah sukarelawan mencapai 435 905 orang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang merupakan golongan ke rank, suri rumah, professional,peniaga, pegawai tinggi serta membantu kedai pada Mac 1950. Tujuan Kempen ini juga dapat mengeratkan hubungan dan interaksi antara orang Melayu dan Bukan Melayu apabila rakyat berbilang kaum bersatu menentang komunis. Perintah Berkurung Melarang penduduk keluar dari rumah untuk tempoh tertentu. Pasukan keselamatan dapat memburu komunis dengan lebih berkesan. Jun 1951,penduduk di Labis Johor dikenakan perintah berkurung. Pada Mac 1952, perintah berkurung selama 22 jam diperkenalkan di Tanjung Malim bagi mengelakkan penduduk berhubung dengan komunis. Tindakan ini us sultan tindakan komunis menyerang 40 pekerja untuk membaiki air hingga menyebabkan 12 orang terkorban. Tiada sebarang maklumat diperolehi melalui siasatan polis. Sir Gerard Templer telah merging ke Tanjung Malim pada 27 Mac 1952 untuk member amaran bahawa hukuman berat akan dikenakan kepada penduduk yang engage memberikan maklumat berkaitan komunis. SPM – Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis -Rancangan Briggs2/12/2025 SPM – Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis -Rancangan Briggs
Rancangan Biggs dilancarkan pada tahun 1950 oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Ketua Operasi Rancangan Briggs adalah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs. Tujuan Rancangan Briggs adalah untuk memutuskan hubungan dengan Min Yuen yang membekalkan senjata,ubat- ubatan dan bahan makanan kepada komunis. Min Yuen Min Yuen ( Organisasi Massa) ditubuhkan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan dan wang kepada komunis. Bergerak dalam kalangan rakyat tanpa senjata api dan beroperasi sebelah malam. Melakukan rompakan, peras ugut, perisikan, sabotaj, propaganda dan merekrut ahli baru dan membantu kegiatan politik. Kampung Baru Rancangan memindahkan penduduk di pinggir hutan berjaya melemahkan ancaman komunis ke kampung Baru. Kampung baru dilengkapi kemudahan tenaga electrik, bekalan air paip, sekolah, rumah Ibadat, pusat komuniti dan pusat kesihatan. Bagi memelihara dan membaiki kemudahan Jawatankuasa Kampung diperkenalkan. Kampung baru dikawal oleh Special Constables dan diawasi oleh kawat berduri. Sebanyak 423 orang dipindahkan dari pinggir hutan ke 410 kampung baru pada Mac 1952. SPM – Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis-Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
Undang – Undang Darurat memperkenalkan sistem pendaftaran dan kad pengenalan pada 23 Julai 1948. Tujuan adalah untuk mengawal pergerakan penduduk. Cara ini membolehkan pihak keselamatan membezakan orang awam dan anggota komunis. Perempuan, lelaki dan kanak – kanak berumur 12 tahun ke atas diminta mendaftar diri kepada pihak berkuasa. Kad pengenalan ini perlu dibawa ke mana – mana sahaja. SPM – Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis- Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
Polis Polis Hutan Mule dikenali sebagai Flying Squad kemudian Jungle Squad ( 1951) dan Jungle Companies Pada 1953, dinamakan sebagai Police Field Force. 18 Oktober 1958, Police Field Force dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan. Tugas Pasukan Polis Hutan adalah untuk memburu komunis, menjaga kubu ( jungle fort), membawa bekalan makanan kepada pasukan yang bertugas di dalam hutan dan rondaan di pinggir hutan. Special Constables Sebahagian daripada Rancangan Briggs. Ditubuhkan pada tahun 1948. 24 ribu Special Constable telah dilatih. Merupakan angota barisan hadapan dalam usaha menentang ancaman komunis. Ditugaskan untuk mengawal Kawasaki lombong dan ladang. Polis Wanita Ditubuhkan pada Ogos 1955. Pegawai Polis yang pertama adalah Barbara D.R. Wentworth. Cawangan Khas Guy C Madoc telah Dilantin sebagai ketua badan perisikan pada Ogos 1950. Special Branch ( Cawangan Khas) Ditubuhkan dan menjadi sebahagian daripada unit polis. Terdapat anggota yang menyamar sebagai anggota komunis bagi mendapatkan maklumat PKM. Dengan ini pihak berkuasa dapat mengetahui operasi komunis. Ahli Cawangan Khas kebanyakannya terdiri daripada orang Cina yang diambil oleh British bagi menjejaki anggota komunis dan kubu persembunyian. Senoi Praaq Dalam bahasa Semai dikenali sebagai Urang Perang atau “the silent killer”. Diarahkan untuk mangecam tempat persembunyian komunis. Orang Asli suku Senoi, Temuan dan Semai menjadi ahli. Auxiliary Police Bertugas untuk membantu polis mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis. Terdapat 17 ribu orang anggota di seluruh Tanah Melayu. Anggota Auxillary Police dijadikan Police Volunteer Reserve pada tahun 1956. Tentera Pasukan Askar Melayu Pada tahun 1933, ditubuhkan dan ditugaskan untuk membanteras gerila komunis di dalam hutan. Pasukan tentera darat turut dilengkapkan dengan pasukan bantuan dan pasukan meriam. Regimen Askar Melayu berjaya memusnahkan kubu operasi komunis dan menumpaskan anggota komunis. Rejimen Askar Melayu turut dibesarkan daripada tiga ke tujuh rejimen. Pasukan Askar Komanwel Dibawa masuk dari Australia, British, New Zealand, India, Fiji, Rhodesia, Kenya, Uganda dan Afrika Timur. Terdapat satu battalion Askar Afrika dan Fiji, 10 ribu Askar Gurkha dan 25 ribu askar British pada tahun 1954. Sarawak Rangers Terkenal dengan cogan kata” Agi Idup Agi Ngelabam” yang bermaksud hidup sebagai melawan. Terdiri daripada orang Iban yang major dengan selok below hutan untuk menjejak persembunyian komunis dan berjaya memusnahkan kem dan markas komunis. Sukarelawan Home Guards Merupakan Pasukan Pegawal Kampung Menyekat pergerakan makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis. Latihan ketenteraan diberikan untuk mengawal kampung dan pekan. Berjaya melindungi pekerja bijih timah daripada serangan komunis dan mengamankan kampung. SPM – Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat- Usaha Menangani Ancaman Komunis- Penguatkuasaan Undang – Undang Darurat
Usaha Menangani Ancaman Komunis Penguatkuasaan Undang – Undang Darurat Mereka yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis Akan ditahan tanpa perbicaraan. Hukuman berat kepada sesiapa yang membantu komunis Mengenakan hukuman mati terhadap sesiapa yang mempunyai senjata api dan bahan letupan. Mewujudkan Kampung Baru dan memindahkan penduduk. Mengadakan perintah berkurung, memagar kampung dan menggeledah rumah kediaman. Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal seperti Ikatan Pembela Tanah Air ( PETA), AngkatanWanita Sedar ( AWAS), Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM) dan Pemuda Radikal Melayu ( PERAM). Pemimpin radikal ditangkap seperti Khatijah Sidek, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar al aBaqir |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
April 2025
Categories
All
Archives
April 2025
|